“ Because I love Youuuuu .. Love Youuu .. “

by - Isnin, Mac 19, 2012

 

 

image

Penat bersenam kat gym .. Menghabiskan segala kalori yg ada hasil dari makan ayam tadi  .. Selesai setelah 45 minit bersenam. Terjumpa member blogger  ( Hani ) gak tadi yang mana dia kerja di KBS tu .. Sempat la bertegur sapa melalui Twitter .. Haha.. I segan Uuu ..

Aku balik awal memandangkan dah ramai sangat kat gym tu .. Dan hari ni tak perlu jemput wife memandangkan dia off hari ni .. Hehe.. Takde mood g kerja katanya . Lagi pon dia bila bila masa je nak bersalin .. Dah cukup 9 bulan ni .. huhu .. Antara awal atau lambat je.. Jadi aku kena alert skit la.. Siren kereta ambulan dah beli ni .. huhu .. Siren mulut jer ..

Dalam kereta , aku turunkan tingkap sbb badan masih berpeluh seksi gitu. Kira kalau mak datin tengok leh tangkap tergoda la.. hahaha .. Sori eh mak datin.. Guwau je.. Yang tergoda tu , mak datin terlampau je.. Yg baik ni ramaaaaii sangat .. Tak baik tabur fitnah gitu.. ok ?

Pasang radio .. Sinar.Fm , seperti biasa. Tak minat nak dengar yg lain .. Keluar satu lagu omputih yg aku biasa dengar dari kecik sampai nak mati dah ni .. Dan mulut aku , secara automatik memfollow jer rentak lagu tu sambil kepala aku layan headbangging padahal lagu jiwang je tu ..

“ Because I loveee You … Loveee Youuu ..”

Aku mmg suka karaoke dalam kereta kuat kuat .. Lantak la orang nak kata apa.. Kereta aku kan ? Lampu merah . Aku berhentikan kereta .. Lagu jiwang tu masih berkumandang .. Dan aku masih ikut lirik dia terutama tang I love You tu .. Part lain , aku tak hafal ..

Tiba-tiba ada kereta berenti sebelah kereta aku . Aku pusingkan kepala memandang kereta kat sebelah tu sambil mulut aku terkumat kamit mennyanyi lagu tu ..

“ I loveee uuuuuu .. loveee uuu .. “

Sekali awek 2 orang  daaa … Terpandang aku gak .. Bayangkan aku dok lafaz I LOVE U tu dengan memandang dia .. Hahahah .. Tak leh blah ! Tau kat bini aku , sahih kena cubit je nanti !

Lampu hijau , aku menderu pergi dari situ .. nasib baik kawin dah .. Kalau tak ?

“ This is my card .. “

Gatal ? Normal la kan ? Kalau tak gatal , kang kata aku gay lak .. kan kan ?

You May Also Like

23 comments

  1. dia terkejut sbb sore sedap sgt kot? haha XD

    BalasPadam
  2. hahak. ape reaksi awek tu? hehe.

    BalasPadam
  3. @Udinz.com iskh iskh iskh ..

    http://www.benashaari.com/2011/09/this-is-my-card.html

    BalasPadam
  4. hahhahha..pitammmmmmmmmmm
    kalau zla tak cubit, ayu yang tolong cubitkan...

    waka..waka

    BalasPadam
  5. THIS IS MY CARD:

    Name: Piebenhaezer @ Ben-Izer
    Status: Unbelieveable
    Job: Dokter Cinta

    ok card ni lau bagi dkt awek yg abg ben bagitau kat entry tu. .ehehe. .gurau. .

    BalasPadam
  6. HAHA , mcm mana awek tu tengok awak?

    Pandangan : Menggoda , Membunuh atau Pelik? HAHA!

    BalasPadam
  7. hahah
    pinky tak muke awek tu bile abg ben ckp i love u?

    BalasPadam
  8. mesti perempuan tu tgok sbb suare abg ben sedap , kalah penyanyi sebenar . HAHA .

    BalasPadam
  9. Hahahaha! Tak boleh blah!
    Terbaik dari ladang, haha! Slalunya lawak bab nyanyi arr. Part hafal je kasi lalak kuat2. Part lain diam, or mulut ngomel, tapi satu habuk pun taktau apa kasi ngomel, haha!

    BalasPadam
  10. haha...nyanyi kuat2 dlm kereta..standard la tu abg ben...hee...

    > btw, header baru ni smart la..(^^,)

    BalasPadam
  11. bhahaha, mesti terkejut 2 org tu !

    BalasPadam
  12. ingatlah bini yang sedang memboyot tu.. anda mampu mengubahnya. kekekeke

    Normal kalau ada miang2 rebung dlm diri sorang lelaki walau dah kawen termasuk laki den jugak. skit2 blh accept kalau melampau ku senduk kepalanya guna sudip besi. kekekeke

    BalasPadam
  13. betul tu bro..menggatal tak semestinya curang..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  14. hahaha.. lawak la pakcik ben ni.. heee

    BalasPadam
  15. wahhh! awek tu..nak sorang @_@

    BalasPadam
  16. auwww malusss! ahahahaaa. haiii. :)

    BalasPadam
  17. thanks buat saya tersengih n tergelak baca post ni..hahaha...

    mesti nyanyi buka tingkap kan...kan...kan...

    BalasPadam