Bermain-main dengan baby dalam perut ..

by - Khamis, Mac 29, 2012

 

“ Abang , tengok ni .. Haa .. terbonjol bonjol . Dari tadi tak berenti bergerak gerak dia .. Macam dok bermain dalam tu jer .. “ , ujar wife .

image

Aku pegang. Terpaku sejenak . Maha Besar Allah. Betapa seronoknnya si kecil itu dalam perut ibunya. Seolah-olah tak nak keluar ke dunia ini ..

Aku pasangkan lagu . Aku tau dia suka lagu apa. ABC dan Alif Ba Ta adalah kegemaran dia dan untuk pujuk dia diam , aku pasangkan zikir saja dan terus dia kembali senyap dan perlahan saja pergerakkannya.

Tak tergambar sebenarnya perasaan aku. Esok , si kecil tu dah berusia 39 minggu dalam kandungan dan perlu ke klinik untuk menjalani ujian kesihatan.

Bila memandang perut si isteri dengan kandungan di dalam tu , aku terfikir , betapa selesanya dia di dalam tu walaupun sempit. Dan apabila lahir ke dunia , ianya sangat luas tapi tidak langsung selesa. Akhirnya kita kembali ke keadaan sempit tetapi persoalannya , selesakah kita nanti ?

Terlalu banyak dosa aku atas muka bumi ini.

“ Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya. “

You May Also Like

19 comments

  1. wahh~ seronoknya, untunglahh =)

    BalasPadam
  2. mesti bangga kan ne bila pegang ank kecil dan si dia tu bergerak...tak sabar nak tengok dunia da tu :)

    BalasPadam
  3. besar makna kata2 tu..dunia ni sgt mencabar

    BalasPadam
  4. bestnya jadi bayi :)
    semoga semuanya selamat :)

    BalasPadam
  5. wah, best la..best la join segmen abg Ben..

    BalasPadam
  6. alamak !!!
    Tertouching n tersebak pulak baca entri abg ben ni..

    moga bayi abg ben sihat sihat je.. dan insyallah abg ben leh jadi ayah yang baik nanti ^,^

    BalasPadam
  7. haha..tahniah bro..semoga selamat segala2nya..amin

    BalasPadam
  8. Amin..
    Bgus bro, bila kita mnghayati stiap ciptaan Allah SWT ni.. Btapa indahnya hidup, wlaupun sketika!

    BalasPadam
  9. tak lama dah tu bro! moga selamat semuanya! :) sebaya lah anak kite..hehehe

    BalasPadam
  10. hehhee kim slm kt baby.. pakcik nie kim slm :P

    BalasPadam
  11. Dah hampir sampai waktu kelahiran tu EN BEN. Saya doakan semoga segalanya dalam keadaan baik ... saya masih ada 6 bulan lagi tempoh menunggu .. seronok pula bila baca pengalaman EN BEN ni ..

    BalasPadam
  12. semoga berbahagia hendaknya abg den sekeluarga...mesti x sabar nk tggu kelahiran baby kan

    BalasPadam
  13. subhanallah...

    si kecit tu tak sabo nk kluar kot...nk ikut en. ben g gym.. =)

    BalasPadam
  14. sebak pulak baca entry abg ben ni huhu. setiap kali baby bergerak dlm perut mmg rs bahagia sgt.. alhamdulillah.

    BalasPadam
  15. semoga wife abg ben selamat melahirkan baby tu nanti... semoga allah permudahkan segala-galanya...AMIN..

    ~ mesti tak sabar kan nak pegang baby..hehehe

    BalasPadam
  16. tersenyum sendiri baca entry ni :)
    mmg best pengalaman baby gerak2 dlm perut..Subahanallah~

    BalasPadam