Bila wanita jadi mangsa ..

by - Rabu, Mac 21, 2012

 

Terbaca di akhbar online, SinarHarian tadi satu kes cabul melibatkan seorang wanita muda ..

“ Kaki, tangan diikat pada katil dan kemudian seorang penjenayah mencabul dengan rakus.Itu detik hitam dilalui seorang jurutol, berumur 20 tahun, ketika berada seorang diri di rumahnya di Taman Putra Perdana, Puchong, Khamis lalu. Dalam kejadian itu, seorang lelaki berbaju kuning dan berseluar jean memecah masuk rumahnya, jam 12.50 tengah malam.

Menurut sumber polis, lelaki itu terus menyerang mangsa dari arah belakang dan mengacukan pisau di lehernya.Difahamkan, pada awalnya lelaki tersebut cuba meragut rantai emas milik mangsa, tetapi tidak berjaya.Katanya, lelaki itu seterusnya mengarahkan mangsa supaya diam, sebelum mulut wanita terbabit diikat dengan menggunakan kain.

“Lelaki itu mengarah mangsa baring di atas lantai. Kaki dan tangannya diikat pada katil dengan menggunakan kain.
“Seluar mangsa kemudiannya ditanggalkan dan lelaki itu terus mencabulnya,” katanya, semalam.

Menurutnya, mangsa dapat melepaskan ikatan selepas lelaki tersebut melarikan diri.

“Mangsa kemudiannya mem­buat laporan polis setelah dua rakan sekerjanya pulang,” katanya. “.

Zaman ni rasanya yang jadi penjenayah semakin berhati kering dan gila ! Mangsa , yg selamat mmg sesungguhnya bernasib baik . Kalau tidak ? Tak dapat bayangkan apalah nasib mereka .

Tak kira lelaki mahupun perempuan , sesiapa saja boleh jadi mangsa ketika ini . Perlu ada persediaan selain dari berhati-hati. Seperti senantiasa mengamalkan ayat-ayat dari Al-Quran selepas bersolat atau sebelum tidur mahupun keluar rumah , adalah langkah yg patut dibuat.

Bagi wanita , rasanya-rasanya korang perlu tak belajar seni mempertahankan diri sebagai alternatif untuk melindungi diri ? Sapa tau kan .. Kadang kadang anjing pon boleh jadi ‘penjenayah’. Sekurangnya dengan punya sedikit keberanian , boleh juga di sepak terajang anjing itu sebelum balik rumah dan samak je kasut tu dari g klinik !

You May Also Like

5 comments

  1. Pergh, kes parah ni!
    Tp serius, prempuan tu ptut brsyukur sbb dia tak diapa-apakn.. Still, tak boleh dmaafkn.

    Mmg sy pun latih taekwondo. Seni prtahankn diri ni makin bgus utk kselamatan org prempuan. Tu antara usaha yg boleh dlakukan la. Selebihnya, byk brdoa, brtawakal.

    Prnh sekali sy masuk lif nak ke surau dlm 1 shopping cmplex ni. Tiba2 7 org laki India msuk sekali mcm satu geng, bdan besar2 smua msuk sekali. Sy sorang je prempuan. Mlut mmg non-stop kumat-kamit, btul2 kasi twakal, mohon lindung. Alhamdulillah, tak jdi apa2..

    Nak hidup ni kena ada ilmu. Yg pnting slalu beringat. Dunia skrg makin goyah..

    BalasPadam
  2. dapat penjenayah tu, "kasi"kan aje... hahahha kalau tak, buat cam "lorena bobbit" buat kat laki dia...

    BalasPadam
  3. Macam mane lah die boleh masuk dalam rumah mangse. kesian betul .

    BalasPadam
  4. tak belajr lagi seni pertahankan diri.....Allah..makin bahaya skang ni....

    BalasPadam
  5. bahaya betul la zaman sekarang ni..dalam rumah sendiri pun boleh terkena juga..

    pernah tengok rancangan WHI baru2 ni yg memaparkan cara2 m'pertahankan diri yg diajar oleh salah seorang anggota polis...berguna betul ilmu tu

    BalasPadam