Duit sapa ni ?

by - Ahad, Mac 18, 2012

 

image

Terjumpa duit ? Sapa punya ni ?? Ada yang akan kata , ni rezeki kita .. Dah takde orang kat sini , maka amik simpan laa .. Dan ada yg jawab , bagi je kat pihak berkuasa . Nanti ada la yg tuntut. Tapi kalau takat RM1 , 5 , 10 .. takkan nak bagi gak ?

Nak lagi best , sedekah je kat masjid .. Ahaa .. Tu aku tak berani nak komen .. Tapi ada yg kata , biar je la kat situ .. mana tau si dia yg hilang tu mmg perlukan duit tu untuk tambang balik rumah atau sebagainya , boleh dia jumpa balik duit dia tu kan ?

Ada yang tak kisah langsung .. Baginya , tu rezeki dia sbb dah depan mata .. Heheh .. Yeker ??  benarkah kalau dah itu rezeki kita walaupun kita tau itu bukan hak kita , kita tetap mengambilnya ?

You May Also Like

5 comments

  1. dulu pernah abg saya jumpa duit tepi jalan masa kesekolah, budak lagi punyalah dia suka.. dia ambil wat belanja, 2hari lepas tu duit arwah abah pula yg hilang rm 110.00..

    BalasPadam
  2. kalau bab jumpa duit nie,nak ambik ke tak,bergantung kepada iman individu tersebut....

    BalasPadam
  3. assalam, mmg betul tu Ben, tambahan pulak duit2 tu dah tak bernilai...ttp sbgi seorg Islam, ia dianggap membazir.

    BalasPadam
  4. Pernah sekali semasa tengah makan lunch dengan opismate kat restoran nih, pekerja restoran terjumpa beberapa keping RM1 kat lantai betul-betul sebelah I. Dia kutip dan bertanya kalau itu duit I. Sebelum tuh I bayar RM10 untuk harga makanan dan mendapat bakinya dalam kepingan RM1 jugak, tapi I tak ingat pulak berapa duit RM1 yang ada kat dalam dompet ketika itu. Jadi I pun tak berani nak kata itu duit I. I biar jer pekerja restoran itu mengambilnya.

    Pas tuh opismate I tegur, "U sepatutnya ambik aje lah. Bukannya orang kisah pon..."

    Hmmm... tak per lah. I halalkan jer kalau betul I yang tercicir duit tuh...

    BalasPadam
  5. hari tuh jumpa 10 sen, masuk dlm poket je la. hehe

    BalasPadam