Jangan taksub sangat dengan artis ..

by - Khamis, Mac 22, 2012

 

Bila aku baca komen komen yang terdapat di satu video klip  Awan Nano yang entah sapa upload di youtube , aku jadi kesian kat diorang. Ada yg memberi komen yg bijak dan malangnya ada yang ketara nampak sangat la cam penyokong fanatik sebuah pasukan bolasepak yg tak puashati pasukannya kalah dengan pasukan yg bertaraf underdog .

Dan boleh jangka la spesis mana yang tak puashati ni haa .. Aku rasa sekolah pon tak abis lagi tapi dah pandai maki hamun dan hakimi orang lain. Tolonglah skit .. Abiskan belajar , cari kerja dan nikmati kehidupan ini. Tak perlu nak taksub atau fanatik sangat laaa dengan perkara yg tak menjanjikan apa apa langsung.

Teringat nun budak budak perempuan di zaman aku tu.. Buku , fail mereka penuh dengan poster muka muka artis lelaki mahupun perempuan yg mereka tampal dan mereka bangga gile mengusungnya walaupun berdiri dalam bas mini . Sekarang apa jadi ? Kalau mereka fikir semula apa mereka buat tu , tentu jadi segan punya ! Nasib baik anak mereka tak tau .. Kalau ada blog dah zaman tu , pasti anak mereka boleh lihat betapa taksubnya mak mereka waktu tu. Lelaki , tak setaksub itu lagi , waktu tu.. seingat aku la.. hehe..Jgn marah …

Hakikat .. Belajar terima hakikat. Kalau boleh menjerit artis pujaan tu menang , belajar terima hakikat juga yg dia boleh kalah. Janganlah ingat menang award kat anugerah antarabangsa tu dah cukup gah untuk menang dalam negara .. Yang jadi juri/hakim tu , dah pegang mikrofon sebelum ‘awak’ pegang botol susu tu lagi haa ! Jadi jangan sedap je mengkritik orang dengan memaki hamun.

Dan seperkara lagi , camanana pon kita di Malaysia ini masih mengutamakan tengkolok dari topi koboi … Kat luar , ceritanya lain .. dalam ni , sendiri mau ingat ..

Aku ? Mana yang sedap dan beri impak yang baik pada pendengar, itu yang aku sokong. Yang mengarut tu , maaf la ..

You May Also Like

6 comments

  1. mmg mnympah bile baca komen maki hamun tu.. lagi psal artis bergadoh bgai nak rak hihi..

    BalasPadam
  2. stju a.ben..zaza pun mana yg best je dgr..huhu

    BalasPadam
  3. Haha! Serius blur skit.. ooh, anugerah ke? Ala, kat Youtube tu dh biasa dah diorg tnjuk kekurangan moral msing2.. Nsib baik tak tgk lg video tu.

    Klu tgk, buat sakit jiwa je kot..

    BalasPadam
  4. hehehe...
    Bse la tu bro ben..
    Kekadang dorg ni cakap tak guna akal yang Allah bagi...
    Cakap sesedap rasa anak tekak je...
    Gam mulut tu baru tau...
    Anggota palingbanyak buat dosa ialah Mulut..
    Saya sangat benci org yang buat mulut (teremosi plak..)

    BalasPadam
  5. hehehe...
    Bse la tu bro ben..
    Kekadang dorg ni cakap tak guna akal yang Allah bagi...
    Cakap sesedap rasa anak tekak je...
    Gam mulut tu baru tau...
    Anggota palingbanyak buat dosa ialah Mulut..
    Saya sangat benci org yang buat mulut (teremosi plak..)

    BalasPadam