Kecewa dengan kenaikkan harga yuran GYM 1MALAYSIA

by - Sabtu, Mac 03, 2012

 

Serius aku terkejut dengan kenaikkan ni . Mula aku dengar khabar angin ni , awal tahun ni yg mana katanya nak naik tapi tak jadi. Bersyukur sangat !

Walaupun cuma naik RM10 kena ingat , nak ke GYM 1MALAYSIA di Menara KBS , Kementerian Belia dan Sukan , Presint  4 ni bukan dekat .. Aku nun di Presint 14. Nak ke sini , guna minyak gak bukan berlari ..

 

IMAG1845

Seperkara lagi , kena la tau gak .. yg datang gym ni , bukanlah mereka yg bawak BMW , atau ada driver antar .. Semua dari golongan kelas sederhana dan juga bawahan . Rata-rata yang datang pon sekadar nak kasi keluar peluh . Kata nak rakyat rajin bersenam kan ?

Mereka yang datang ni pon bukannya duduk berjam lamanya. Paling lama pon 2 jam bersenam pastu balik .. Tu pun sekadar nak beriadah .. Lebih baik dari melepak tak tentu hala kan ? Tu antara tujuan pembinaan gym ni .. Nama pon 1Malaysia .

Sebulan RM40 .. setahun ? hampir sama dengan jumlah bantuan BR1M setahun RM500 tu .. Apa la sangat bab maintenance gym ni .. Aku tengok pon mereka pandai guna dan jaga apatah lagi dengan kehadiran kakitangan KBS yang memastikan segalanya dalam keadaan baik .

Kalau masuk bayar hari hari .. RM4 untuk dewasa … haa.. camana tu .. Kalau seminggu 3 kali ?  Hurm .. Jadi pilih je bayar bulan bulan .. Tapi sekarang dah naik RM10 … haih ..

Jadi , aku harap pihak terbabit , kalau boleh kekalkan harga lama .Nampak sikit  tapi besar buat mereka yg cuma menyimpan duit lebih lagi mereka yang berpendapatan rendah tapi nak beriadah di gym .

Mungkin ada yg fikir jumlah itu kecil tapi buat mereka yang datang gym hari hari kerana tidak ada sukan lain untuk mereka serta , tu camana .. cam aku ni la yang dah g gym selama 10 tahun .

Fikir-fikirkan la yer  ..

 

IMAG1846

You May Also Like

17 comments

  1. kena selidik tu..adakah mereka sekadar untuk mengaut keuntungan lebih atau ada sebab yang lain.

    BalasPadam
  2. betul gak tu kan. kata 1malaysia. ni yang buat org lagi malas bersenam ni. *alasan. hehe

    BalasPadam
  3. bab naik2 harga @ yuran ni mmg sensitifkan.. bab tambang bas naik 50sen pun ramai yg merungut, inikan pula 10ringgit.. betul tu, bukan semua orang ni yg berada..

    BalasPadam
  4. bila fikir golongan kurang mampu ni..,
    memang kesian.,

    kalaulah semuanya tulus menjalankan amanah.. agaknya dah lama pupus golongan miskin tegar ni. yang bergaji rendah pun tetap boleh hidup selesa.

    BalasPadam
  5. Ala Ben..skrg ni mmg semua naik...ntahapaapa....smpi dah jemu nak ckp apa...haihhhh

    BalasPadam
  6. bro..wa tren kat umah je..malas dah nak pi gym

    BalasPadam
  7. alahai..terasa saya sebab kerja di KBS juga.. T_T

    Salam, sy dengan rasminya melepaskan komen untuk menjemput owner blog join saya punya bloglist jika sudi..hehe..di link ::

    http://www.nornadiah.com/2012/03/miss-nadya-bloglist-mac-april-2012.html

    BalasPadam
  8. mintak kerajaan sediakan voucer 1 malaysia untuk gym pulak! heheee

    nama gym pun dah gym 1 malaysia.
    dan dannn la kan ade voucer. hikhik

    BalasPadam
  9. nasib baikla gym masuk free je kat tempat sy..hehe..
    cuma x berapa rajin pulak exercise kat situ...

    new hupdate>>

    http://cintailmu89.blogspot.com/2012/03/jodoh-bukan-agama-semata-mata.html

    BalasPadam
  10. hari tu liza terkejut beruk.. beli air milo.. keluarkan duit rm2.. konon nak bayar.
    sekali rm2.80.. malu sih.

    BalasPadam
  11. Salam saudara ben. Kenaikan RM1 utk perentery dan RM10 bagi bulanan adalah berpatutan jika dibandingkan dengan kemudahan sukan lain sprt sewaan gelanggang futsal RM40 selama 1jam. Pihak pengurusan kelab gym bersetuju utk menaikan yuran RM1 berikutan daripada kos selenggara peralatan seperti treadmill, alat strength machine dan cycle. Pihak pengurusan turut menerima komplen kerana byk alat tidak dpt dibaiki dgn kadar segera dari pelanggan yang hadir utk menggunakan peralatan tersebut..kemudahan sprt siaran astro, kemudahan peti sejuk dll utk keselesaan pengunjung juga tidak dapat diteruskan kerana hasil kutipan yuran tidak dapat menampung bil2 tersebut. Untuk makluman saudara Ben, pihak KBS telah menyerahkan pengurusan gym kepada Kelab Gym 1 Malaysia utk melaksanakan pengurusan termasuk perancangan aktiviti, selenggara peralatan, elaun jurulatih, elaun instruktur senamrobik dan kos bil2 berkaitan adalah ditanggung sendiri oleh pihak kelab melalui hasil kutipan yuran..pihak KBS tidak lepas tangan begitu shj kerana pegawai penyelaras turut memantau operasi gym setiap hari. Sekiranya saudara Ben ingin mengetahui info lanjut, boleh jumpa saya di gym pada bila2 masa di gym pada setiap petang. Saya berasa kesian kerana saudara Ben duduk Presint 14 dan jauh utk ke Presint 4..Syed Mashor (016-3238655)..Tiada Alasan untuk Cergas!!

    BalasPadam
  12. Harapnya ini yang terakhir untuk kenaikan nie... :(

    BalasPadam
  13. hmm baru 1st time denga gym kbs ni. okay nnt saya dtg. its time for a big change! sini ada offer personnel trainer tak?

    BalasPadam
  14. nnt saya dtg. tgh semangat nak workout ni. sini crowded tak? saya kerja di cyberjaya. so lpas habis kerja boleh la dtg.

    BalasPadam
  15. nak tanya kat kuantan ada x gym 1malaysia ni n area mne?

    BalasPadam
  16. nak tanye,kat kuantan ade x gym 1malaysia ni n kat area mne?syed655

    BalasPadam
  17. boleh cuba ke gym 1 malaysia ni..

    BalasPadam