“ Saya tak suka sama polis ! Allah tak suka ! “

by - Khamis, Mac 01, 2012

 

Hurm .. datang dah dia ni .. Dari jauh dia bagi salam. Terpamer keletihan di raut wajahnya. Memang aku kenal mamat Bangla ni .. Rajin dia .. Cari duit poket time lunch dengan bersihkan kebun jiran jiran yang ada di kawasan taman aku ni ..

Dia datang dan duduk atas batu dekat depan rumah aku ni.

“ Itu orang pindah Pahang. Banyak jauh aa .. “

Aku senyum..

“ Dia polis. Mesti kena selalu tukar punya .. “

“ Oo.. dia polis ka ? Saya tak suka polis. Allah tak suka polis.. “

Aku senyum. Aku faham maksud dia . Yelah , mat Bangla kan.. Faham faham je laa ..

“ Saya punya handphone , polis angkat. 300 ringgit saya beli.  “

Mengeluh panjang dia .. Muka mmg dah sedih abis ..

“ Bukan semua polis jahat .. “. Aku cuba sejukkan hati dia .

“ Ya , saya tau . “

Pastu dia ada la bebel lagi yang mana aku nak tangkap setiap kata kata dia tu , makan masa utk aku terjemahkan apatah lagi , dalam kepala aku .. gym gym gym .. Lewat dah ..

Aku bagitau dia yang aku nak keluar g gym. Lambat dah. Dia akur. Aku tau , dia nak cerita panjang lagi .. Tak cerita kat aku pon aku tau .. Apa nak buat kan ? Inilah dunia kita .. Antara sedar tak sedar jer mereka ni.. Tak kira dah dosa pahala.. yang penting , tekak sendiri lepas ! Hari ini.. Esok ?

Mereka yang punya kuasa ni … ingat ingat la akhirat .. Ada balasannya .. Jangan gembira sangat atas dunia ni ..

You May Also Like

11 comments

  1. ni laa umpama pepatah.. Kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga...

    BalasPadam
  2. Tu la hakikatnya...disebabkan ada yang berperangai camni..semua unit polis pun terkena tempias...camner org nk respect polis klu polis sendiri xde integriti...

    BalasPadam
  3. manusia, ade baik ada jahat..xkiralah dia bangla ke indon ke melayu..sape2 yg keje kat site ngan orang asing ni mungkin leh jumpe banyak ragam diorang~

    BalasPadam
  4. jangan salah guna kuasa... .

    bukan selamanya kita sihat, berkuasa.., dan berharta..

    BalasPadam
  5. kesian... ni la org ckp.. harapkan pagar, pagar mkn padi... mengepaw pulak... bagus kalau dpt rakam je mase aksi mengepaw tu... siar kat youtube... baru org bukak mata...

    p/s : harap sudi singgah,,, komen la seadanya
    http://thetimelines2u.blogspot.com/2012/02/kian-melayu.html

    BalasPadam
  6. nak m'celah jap ye..hehe..time kasih abg ben sbb follow back my blog..wlaupun bru 7 org follower..hehe..xpe..x ksh pun..asalkan ad blogger otai yg dpt bri sokongan wlaupun hny skadar jd sy pny follower..hehe..thanks abg ben..arp2 abg ben dpt promote blog sy kt blog abg ben..hee..gurau je..^^V

    BalasPadam
  7. Bila jadi anggota masyarakat ni, kena lah sama2 jaga kepentingan dan maruah setiap ahlinya. Kalau buat hal dan fikir kepentingan diri je jangan duduk kat Bumi. Terasa jugak, sebab nurse pun kadang ada yang pandang serong.

    BalasPadam
  8. adik sy baru bertugas sbg anggota polis & sy sentiasa igt kn dia jgn libatkan diri dlm urusan yg blh menjejaskn diri sendri...

    BalasPadam
  9. sorg kawan penah kate..
    nilah akibatnye ble orang lulus SPM skadar di pinggiran, tp diberi kuasa n pistol..

    BalasPadam