START YOUR JOURNEY TO A CAREER ! DICOVER U @ KLMU

by - Isnin, Mac 19, 2012

 

image

Segalanya bermula dengan satu langkah dan diikuti dengan langkah seterusnya , hingga berjaya ! Pasti berjaya ! Tapi … nak mulakan langkah tu satu … nak terus melangkah tu pun satu hal gak .. Bukan senang nak melangkah walaupun sekadar menghayun kaki kanan dan kiri ..

Kenapa ? Yelah , nak sambung belajar kat mana ? Jurusan apa nak amik ? Haa.. takkan nak main amik je jurusan yg ada kan ? Atau tengok mana ada kawan yg kita kenal , kita amik sekali ngan dia .. Tau tau , dia abis belajar , kita tergadai sebab tak sesuai dengan kita .. kan kan ?

Kali ni kan , KLMU memudahkan mana mana pelajar lepasan SPM atau STPM memilih jurusan mereka berdasarkan kreativiti pihak KLMU sendiri ! Hanya dengan melalui permainan atau game saja , pelajar dapat mengetahui apakah sebenarnya jurusan yg sesuai untuk mereka ambil ! Haaa… menarik kan ? Sangat mudah dan pantas !

Game ini dipanggil LIFE’S A TRIP yang mana pelajar atau sapa saja yg teringin nak mencubanya bolehlah ke laman web ini , http://www.discoveru.com.my/game/game.html .

 

image

Apa yang aku boleh katakan , bila korang masuk dan cuba game tu pasti akan teruja kerana mmg sangat interaktif sekali ! Game tu sebenarnya akan menduga sejauh mana pelajar mengetahui selok belok jurusan yg akan dipilihnya nanti. Apakah sesuai atau tidak , di game itu dia akan dapat jawapannya

Dan nak tau apa yg membuatkan korang nak cuba lagi dan lagi dan lagi ?? Ahaaa .. meh aku bagitau .. Hadiah yang ditawarkan buat mereka yg berjaya mencapai matlamat dalam game tu akan memenangi hadiah yg ditawarkan seperti iPhone 4S, Samsung Galaxy (W), iPod (nano) atau Sony MP3 Player/Recorder.

clip_image002

Pertandingan ni bermula dari 1 Mac 2012 hingga 3 Jun 2012 . Terma dan syarat , boleh dibaca di www.discoveru.com.my

Selain dari itu pelajar boleh belajar bagaimana nak berjaya dalam karier yang mereka pilih dengan membaca ‘Stories to Inspire Your Career’ yang terdapat di laman web DiscoverU. Cerita yang terdapat dalam tu adalah berkenaan mereka yang telah berjaya pelbagai bidang yang pastinya akan meningkatkan semangat pelajar !

Haa .. jangan lupa cuba ‘Know Your Course Personality’ Quiz. Sebuah kuiz yg membantu memperjelaskan lagi sasaran , kekuatan serta minat pelajar terhadap jurusan yang diambilnya itu nanti . Menarik kan ? Macam macam ada kat laman web tu ..

Ehem… Ada nampak tak muzik video kat situ ? Haaa … Jangan skip yang tu ! Serius ! Rugi kalau tak tonton video tu .. Kenapa ? Bila korang tengok , korang pasti senyum .. Kenapa ? Korang akan tau bila menontonnya nanti ..

Dan buat mereka yang berminat nak mendaftar , pastikan korang antara yang terawal dan bernasib baik kerana … mereka yang bernasib baik akan dapat biasisiwa bernilai RM1000 ! Hanya layak bagi mereka yang mendaftar awal ..

clip_image004

Untuk keterangan lebih lanjut sila kunjungi www.discoveru.com.my

Atau SMS: KLMU DBG <space> NAME <space> STATE to 36600

Semoga berjaya ! Dan aku tahu punya , korang boleh kerana Malaysia Boleh !

You May Also Like

6 comments