Tahniah buat MBPJ kerana menjadi perintis bandar WIFI percuma .
Satu penghargaan buat Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah dipilih bandar projek jalur lebar (WiFi) percuma yang pertama di negeri Selangor .
Di bawah projek Perkhidmatan Awam Berintegrasi Selangor (Spins), penduduk Selangor khususnya di kawasan Petaling Jaya dijangka menikmati kemudahan itu di lebih 200 lokasi mulai Jun depan.
Dijangka siap secara keseluruhannya pada 2015 dengan menyaksikan Taman Datuk Harun sebagai lokasi perintis bagi projek terbabit yang siap pada 29 Februari lalu.
MACAM POKOK...tiang WiFi yang dipasang. – Gambar Bharian
Kat Putrajaya ni ada tapi kat kedai mamak dan restoran . Tu pon berpassword . Kat dalam bangunan kerajaan , hanya di ruang lobi saja. Itu pon bukan semua bangunan kerajaan ada , kalau tak silap aku.
Dulu tak silap aku la kan .. perancangan bandar Putrajaya dan Cyberjaya ni , antaranya nak dilengkap internet percuma . Tapi sampai sekarang , takde yg percuma di Putrajaya. Segalanya berbayar. Tapi ok la kan .. bandar 5 bintang. Orang yang duduk sini pon , 90% banyak duit .. kan kan ?
Pasang UNIFI je la .. free gak kan ? Cuma hujung bulan je baru bayar.
7 comments
salam ben...
BalasPadamlaa... tiang besi mcm pokok tu rupanya tiang wifi free eik? ketinggalan betul akak ni.. padahal dekat jer ngan opis akak kat sri manja sini ada 'sepokok'.. hehe..
ehh bestnya .. jimat duit tak payah guna broadband .. bila agak2 presint 14 nak ada yer ? hihihihi . En.Ben pg ke Belon panas ni ?
BalasPadamUntunglah warga taman datuk harun. Mieya yg duduk di kawasan bersebelahan, sikit pon tak dapat coverage. tsk tsk
BalasPadambukan ke s.a dh buat dulu?
BalasPadamlarhhh ye ke...mcm tu ke dia pasang.. patut la pelik kat UiTM ni ada pokok tp penuh dgn wayar2...hahaha baru tahu
BalasPadamSerius kasi cacak kat pokok je? Bagusla, saving besi tiang, haha! Apapun, Putrajaya ni sy tgk yg best jalan lebar, kreta takde jam gila2. Taktau pulak diorg buat prancangan tak jadi2..
BalasPadamkerajaan patut bagi free je wifi .. habis cerita ..
BalasPadam