Terasa tak diraikan bila dah berenti kerja atau tukar kerja ?

by - Ahad, Mac 18, 2012

 

Hahaha .. aku terdengar tadi keluhan rasa seorang pemanggil di SinarFM yg mana dia memberitahu pada Dj , dia cerita kawan dia kecik hati dengan bekas majikan syarikat tempat kereka bekerja . Kerja dah berpuluh tahun tapi bila bersara , takda langsung laa majlis perpisahan untuknya sedangkan bila mereka yang berpangkat tu sekadar bertukar cawangan , siap buat majlis perpisahan ..

Alahai.. kecik hati ke ? Lumrah tu bang .. Mmg bab bab gini , mereka yg berpangkat je selalu dapat perhatian . Yang kecik kecik ni , macam tak pernah menyumbang langsung pada syarikat sedangkan ada yang setia bertahun tahun hingga sanggup menolak peluang kerja di tempat lain.

Aku pon rasa banyak kali dah rasa gini .. Maklumlah , kita ni sekadar tukang bantu mereka yg tetap kat sana .. Gitulah nasib mereka yang bekerja kontrak di sektor awam . Sekadar membantu mereka saja yg sibuk sangat dengan kerja mereka dari awal pagi hingga petang sehinggakan nak g lunch pon tak sempat mereka .. kan kan ?

Terasa ? Tidak laa .. hakikat yang perlu aku terima . Kalau lebih lebih kang , ada yang kata sapa tak suruh cari kerja lain kan ? Aku nak je jawab tapi tak pe la .. Aku rasa mereka pon tau apa mereka buat kat opis dari masuk kerja hingga tamat kerja. Nanti akhirat  , jawab je kat Allah .. kan kan ?

Best pe kerja kerajaan ni. Walaupun bukan semua gitu tapi mereka yang segelintir inilah mencacatkan reputasi penjawat awam yang lain .  Nak buang mereka yang pemalas , kaki ponteng atau takat datang punch pastu hilang ni , bukan mudah ! Banyak prosedur yang nak kena ikut .

Jadi , rasa rasa nak selamat ..  isi borang SPA segera ..  Jangan terasa yer .. hakikat yg kita sama sama tau .. Tak perlu nak marah . Sekali lagi , bukan semua tapi mereka inilah virus yg patut kena buang untuk membersihkan nama baik penjawat awam.

Rezeki masing masing ? Rezeki , rezeki gak .. tapi sendiri mau faham la kan ..

You May Also Like

3 comments

  1. tu kn rezeki masing2...xsemua org nasib dia baik... yang penting kje mesti ikhlas...

    BalasPadam
  2. Hmm.. Biasa la tu kan bro, hidup ni klu low profile msti org,

    "Lah, lu bru kerja ke ni?"

    Bnda ni kna pndai2 la kasi tonjol ke, apa ke.. Rsa unfair jgk klu tak diraikn smua.. Tp bak kta tukang komen 1st, tu rzeki msing2..

    N yg penting, kita krja utk?????
    Haa.. Kita fkir sndiri la.. :)

    BalasPadam
  3. Haha saya kt office, bos pn tak perasan...eh ada budak baru eh?padahal dah nak masuk 3 bulan..aduii haha

    BalasPadam