Terima kasih pada mereka kerana berjaya melakukannya !

by - Selasa, Mac 13, 2012

 

Bukan mudah nak memecahbelahkan sesebuah keluarga tu . Memerlukan kreativiti , idea serta usaha yang berterusan . Dan akhirnya , sebuah lagi keluarga berjaya dihancurkan dek kerana ketaksuban mereka mengejar populariti .

Syukur pada Tuhan kerana mereka berjaya melakukannya dan berjaya mendedahkan aib artis tersebut ke masyarakat . Mesti artis tu bertambah malu. Begitu juga keluarganya . Tahniah buat blog tersebut.

Untuk menjatuhkan seseorang , mmg sukar. Untuk menaikkannya pula , memerlukan masa tetapi ramai tak berminat nak melakukannya , pada zaman ini . Zaman ini , ramai nak lihat jatuh tergolek dari bangun berlari .

Apa nak dibuktikan dengan pendedahan tersebut ? Artis itu jahat ? Tak layak disanjung atau tak boleh duduk di muka bumi ini ? Ahaa .. aku tau .. Mesti nak bagitau yang artis ni poyo je lebih kan ? Kira berlagak suci la kan ? Jadi dengan pendedahan video gambar bogelnya tu , berjaya la buktikan yg dia tu bukan begitu ?

Aku rasa baik jadi paparazi dan ikut mana mana artis g solat dan amik gambar dia .. Kot mereka pon pura pura je solat. Kalau betul solat , tak payah la siar dalam blog. Apa kes kan ? Sapa nak baca kisah gitu ..

“Saya akui kontroversi ini bukan sahaja mengaibkan, malah turut memporak-perandakan kehidupan saya sekeluarga. Bayangkanlah, apabila isu dibesarkan sehingga terpampang di muka hadapan akhbar semalam (Isnin), ibu bapa saya mula dihujani pelbagai panggilan dan kecaman daripada sanak saudara dan kenalan.

“Apa yang saya kesalkan, apabila saudara mara lebih mempercayai laporan-laporan tersebut berbanding penjelasan darah daging mereka sendiri,”.

Samada dia buat tau tidak,bukanlah hak kita untuk dedahkannya . Sian mereka .. Camana mereka nak berdepan dengan masyarakat ? Janganlah kita lupa , kita juga punya aib sendiri.. Janganlah berlagak suci sangat ..

You May Also Like

12 comments

  1. tak baik buka aib org terang2.. sekadar umum utk pengajaran ok lagi.

    BalasPadam
  2. dunia zaman sekarang.. mcm la xde saluran yg betul utk perkara2 camni.. wat laporan polis ke?

    BalasPadam
  3. kalau kita menutp aib org lain InsyaAllah.. Allah akan menutp aib kita.. sama2 lah kita muhasabh diri.. :)

    BalasPadam
  4. tak best la bila bloger nak meraih populariti dgn cerita mcm ni.. hadoiii

    BalasPadam
  5. hm.. memang kita mesti menutup aib orang... tapi kalau bukan dia dalam video tu, saman jer juta2.. betul tak?? sedara yang asyik kol ayah dia tu pun boleh merasa skali nanti... tapi kalau dia dalam video tu, elok lah taubat jer dan redha apa yang terjadi... pendapat saya jer..

    BalasPadam
  6. hm.. memang kita mesti menutup aib orang... tapi kalau bukan dia dalam video tu, saman jer juta2.. betul tak?? sedara yang asyik kol ayah dia tu pun boleh merasa skali nanti... tapi kalau dia dalam video tu, elok lah taubat jer dan redha apa yang terjadi... pendapat saya jer..

    BalasPadam
  7. Jangan aibkan, tapi bantu betulkan kesalahan sekiranya ada yg bersalah. Bukan main belasah sesuka hati.

    BalasPadam
  8. Sy brsimpati buat mangsa.. Tak perlulah bersikap mlampau dalam menyebarkan aib org lain. Stuju dengan cakap Aisya, kita tutup keaiban org, Allah akn tutup keaiban kita.

    Cuba kita duduk kat tempat dia? Fkir2 kan lah..

    BalasPadam
  9. wahh.. jangan la aib orang lain. cube kite yg kena.. tak ke naya cam tu kan abang ben?

    BalasPadam
  10. huhhh ..sesama sendiri un mau dengkiii kaa...?

    BalasPadam
  11. inilah masalah segelintir masyarakat kita masa kini..suka mendedahkan aib org lain,tgk org senang sikit mulalah mencari kesilapan lalunya semata2 untuk menjatuhkannya..kalau ye pun dia buat silap..bukan mcm tu caranya..itu terlalu kejam..tempiasnya bukan dia seorang..ada banyak lagi cara yang lebih sopan yang boleh kita buat,dimanakah nilai kesopanan yang pernah kita pelajari..fikir dulu sebelum bertindak..salam pada semua.

    BalasPadam