Yang memaki hamun melayu itu adalah melayu sendiri !

by - Jumaat, Mac 02, 2012

 

Maaf .. itulah hakikatnya lebih lebih lagi kebelakangan ini kita dapat baca atau tonton di tv atau akhbar online .

Kalau korang rajin baca akhbar online seperti SINARHARIAN , korang boleh nampak semua ini . Apa yang aku tulis ni bukan semata mata nak malukan bangsa aku sendiri tapi mintak kau dan aku fikir sama sama .

Bukak mata .. Awal pagi , dah mengumpat sesama sendiri. Dok maki hamun walaupun dalam hati . Kan ? Betul ? Bukan tipu kan ? Bila baca akhbar online , rasa hormat pada bekas pemimpin tak kira la pembangkang atau kerajaan sekali pon , langsung takda ! Kalau membenci sekali pon , perlu ke nak maki hamun ?? Apakah rasa kita tu bagus sangat sampai nak maki orang yang dah berjasa bertahun lamanya ? Apa yang dia buat , kita tak tau 100% .. Yang tau , kita dengar cerita .. Maka , itu urusan dia dengan Allah .. Sapa kita nak maki hamun dia ? Sekurangnya , dia membawa perubahan .. Kita ? Suruh mengundi pon lom tentu nak pergi ..

Ada sekali tu aku baca di ruangan komen yang mana komen tersebut bukan ditulis oleh bangsa aku ..

“ Diorang sesama diorang pon bergaduh pasal agama .. “

Lebih kurang begitu la bunyi dia .. Nampak tak ? Pandangan bangsa lain terhadap kita apatah lagi yang sesama agama ni .. Dok solat 5 hari semalam tapi mencaci maki sesama saudara ? Apa guna solat tu ? Apa guna zikir tu ? Apa guna wirid tu ? Saja suka suka ?

Haih … Sedih bila membacanya . Yang beri kenyataan tu , Melayu .. Yang memaki kat bawah tu Melayu .. Tu je ke yang belajar kat sekolah tu ? Takde dah budi bahasa ?

Orang yg bijak , gunakan akal untuk berkata kata .. Fikir-fikirkan . Tak kira la kita parti mana sekali pon , tapi jangan lupa , kita sembah Tuhan yang sama iaitu Allah ..

You May Also Like

9 comments

  1. fenomena biasa sekarang ni abg ben.kalau kita nak sabarkan pun, dah tak guna.takut hilang sabar ja.

    BalasPadam
  2. betul tu abg ben..paling menyampah kalau melayu memaki sesama sendiri atas benda yg tak sebesar mana pun..contohnya bab politik..isk..isk...

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  3. betul tu, sy paling tak suke bab politik or bab yg remeh temeh tapi bangsa sendiri duk berkelahi maki hamun.,..camne bangse lain nak respect kan bangsa kite kan

    BalasPadam
  4. ssh sekarang ni kalau semuanya nk melibatkan media..benda kecik jd besar..so dr situlah mulanya kutuk mengutuk secara berleluasa....

    BalasPadam
  5. cubalah berdamai kalau betul nk wujudkn negera Islam yg sebenar-benarnya.. jgn lah dok pangkah satu sama lain.. kami yg x masuk umur 20 lagi ni pun dh rasa bosan ngan semua yg terjadi.. please.. fikir apa yg penting untuk kpentingan negara & juga agama.. jgn anggap kami anak kecil yg boleh digula2kan ngan kata2 cam tu.. jgn biar kami nmpak sudut tidak matang anda.. anda lebih makan garam drpd kami.. tolonglah faham..

    BalasPadam
  6. cubalah berdamai kalau betul nk wujudkn negera Islam yg sebenar-benarnya.. jgn lah dok pangkah satu sama lain.. kami yg x masuk umur 20 lagi ni pun dh rasa bosan ngan semua yg terjadi.. please.. fikir apa yg penting untuk kpentingan negara & juga agama.. jgn anggap kami anak kecil yg boleh digula2kan ngan kata2 cam tu.. jgn biar kami nmpak sudut tidak matang anda.. anda lebih makan garam drpd kami.. tolonglah faham..

    BalasPadam
  7. biasalah tu zaman sekrng,,diowng lebih suka main hembus dari berfikir sebelum buat

    BalasPadam
  8. biasa la tu bro. sekarang ni masing-masing nak tegakkan benang sendiri. fitnah, cai maki, tudu-menuduh dah jadi chokichoki bagi depa..

    BalasPadam