Filem BERANI PUNYA BUDAK

by - Rabu, April 25, 2012

 

image

Pengarah : Afdlin Shauki

Penulis skrip : Afdlin Shauki dan Nat Nualpant

Penerbit Eksekutif : Dato’ Ismail Abdur Rahman dan Afdlin Shauki

Penerbit : Noradyman Sulaiman

Terbitan : Vision Works & Ismail Holdings

Pelakon : Afdlin Shauki, Awie, Johan Raja Lawak, Nabil, Adlin Aman Ramli, Mike B, Supaksorn Chaimongkol, Riezman Khuzaimi, Sharifah Sofia.

Sinopsis : BERANI PUNYA BUDAK

Shuhaimi Abdullah/Tong dan adik iparnya, Pairot baru sahaja tiba di lapangan terbang, namun ditangkap oleh pihak Interpol dan disoal siasat kerana disyaki terlibat dengan kegiatan gangster Thailand. Di sini, Shuhaimi menceritakan mengenai kehidupan abang iparnya.

Pairot baru sahaja keluar dari penjara dan menjalani kehidupan yang biasa dengan menguruskan perniagaan restoran bersama dengan iparnya Tong. Suatu hari Pairot telah menerima satu panggilan untuk melaksanakan satu tugasan terakhir iaitu, mencuri data peribadi pelanggan daripada syarikat kad kredit.

Pairot telah dipaksa untuk melakukan kerja tersebut setelah pemanggil menculik Tong dan mengugut untuk membunuh dia sekiranya kerja itu gagal. Pairot terpaksa melaksanakan tugas tersebut dan berjaya melepaskan Tong. Namun demikian, perkara tersebut menjadi huru-hara apabila Pairot telah dikenalpasti sebagai penjenayah dan diburu oleh pihak polis serta Metropolitan Mafia yang mana bertindak untuk untuk membunuh Pairot dan Tong.

Kedua-dua mereka berjaya melepaskan diri dan bercadang untuk berjumpa dengan timbalan presiden syarikat kad kredit untuk memaklumkan bahawa Pairot tidak bertindak atas kehendak sendiri. Walau bagaimanapun, mereka semakin terperangkap di dalam situasi ini dan ia melibatkan konspirasi yang telah dirancang lebih awal dan bukan oleh orang yang mereka sangkakan.

Adakah mereka dapat menegakkan keadilan untuk mereka sendiri?

 

Info menarik mengenai BERANI PUNYA BUDAK :

  • Berani Punya Budak merupakan filem pertama Nabil dan Johan di bawah arahan Afdlin shauki
  • Dalam filem Berani Punya Budak 90 percent lokasi penggambaran adalah di Thailand.
  • Lagu tema Berani Punya Budak telah di nyanyikan oleh empat orang artis komedi terbaik di Malaysia. (Afdlin Shauki, Nabil, Johan dan Zizan)
  • Berani Punya Budak merupakan filem aksi komedi pertama Afdlin Shauki.
  • Filem Berani Punya Budak melibatkan dua buah produksi dari dua buah Negara. Produksi dari Malaysia dan Thailand.
  • Filem Berani Punya Budak merupakan filem ke 13 Afdlin Shauki sebagai director.
  • 90 peratus lakonan Awie dalam Berani Punya Budak adalah tanpa dialog.
  • Berani Punya Budak dibintangi oleh Afdlin Shauki, Nabil, Johan, Awie, Sharifah Sofea, Adlin Aman Ramli, Riezman Khuzaimi, Mike B.
  • Mike B penah berlakon di dalam filem Ong-Bak dan Batman Begin.
  • Filem Berani Punya Budak telah dialihkan ke bahasa Thailand untuk tayangan di Thailand.
  • Afdlin Shauki telah melakukan aksi-aski stunt dengan sendiri

SELAMAT MENONTON !

Psstt.. Apa ?? Nak link download BERANI PUNYA BUDAK ? G la tengok panggung .. huhuh …

You May Also Like

9 comments

  1. tgk trailer sungguh best, tapi nak g cinema sambil bwk anak2 mcm2 x syiok. tak pe tunggu astro first kuar :)

    BalasPadam
  2. entah kenapa...sy tak berminat nk tengok. sekian.

    BalasPadam
  3. Untuk hilangkan tension boleh layan cita ni.. ;)

    BalasPadam
  4. wahhhh...mcm besttt je....hihihihi...last tgk movie kt panggung cite bini2 ku gangster..so cite ni msuk dlm list akn pg tgk..hihihihi...

    BalasPadam
  5. slm petang bro BA dan semua!owh mmg x sbr nk tgk filem ni..sokong sgt2 filem tmptn :)

    BalasPadam
  6. tunggu je orang donlod.. hahahaha..
    kat klntan xde wayang abang ben.. hee~

    BalasPadam
  7. InsyaAllah klu rzeki lebih akn ajak fmily la.. Waah, kemain Awie ckp spontan. Tabik la bab ni!

    BalasPadam