Malaysia , negara ke 51 paling gembira di dunia ..

by - Jumaat, April 06, 2012

 

51 ? Perghh .. kira teruk gak la kan ? Tak termasuk dlm top 10 .. hehehe .. No 1 sapa ? Denmark diikuti oleh Finland dan Norway … Hurmm .. Yeker ?? Aku nak kata lebih pon , aku tak pernah sampai sana lagi ..

Bagaimanapun, Malaysia menduduki ranking kedua di Asia Tenggara di belakang Singapura yang muncul sebagai negara paling gembira di rantau itu.

Status Malaysia yang mana penduduknya hidup paling bahagia dan gembira di dunia terkandung dalam 'Laporan Kebahagiaan Sedunia' yang dikeluarkan di ibu pejabat PBB di New York baru-baru ini berdasarkan kaji selidik terbaru oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Mengikut senarai dunia itu, Singapura menghuni tangga ke-33, Thailand (52), Myanmar (72) dan Indonesia di ranking ke-83. Negara yang paling tidak bahagia ialah Togo, negara Afrika Barat.

You May Also Like

13 comments

  1. mcm mn lah wat statistik bahagia erk..hehe..aman dan makmur kot..

    BalasPadam
  2. kira okla sbb dalam 100 ke atas.

    BalasPadam
  3. maybe sebab negara MAS aman kowt..tapi sekrang entah lah..politik mcm kurang stabil je

    BalasPadam
  4. hehe..bos saya org norway..tgk cara mmg mcm hepi je..kalau marah pn senyum sampai telinga nmpk gigi penuh semua..yg kena mrh ni pun senyum je la..=) tapi diorg marah tak tinggi suara pun..pandai main psikologi..takat mkn dlm je..

    apa yg diorang cite hidup diorang kat norway simple je..duit yg diorang ada buat makan, tmpt tinggal dgn keperluan asas je..ada duit lebih gi melancong..

    diorang pelik gak kat malaysia nampak ketara sgt miskin dgn kaya..kat sana kaya pun tetap naik public transport..rumah pun biasa2 je takde la hias bagai..takde lwn2 rumah sapa lagi bsr, kete sape lagi mahal, gelang sape lagi byk..

    tapi kos hidup kat sana mmg sgt tinggi..tp sbb kos hidup tinggi diorg gi mana2 byk jln kaki je la..takde stress petrol naik, takde stress jln jem, takde stress harga gula naik..masa harga gula naik dulu diorg siap gelak lagi..sbb menu diog tak byk guna gula kan..kopi pun pahit ya rabbi..1 cawan dia kita blh buat 1 jag air kopi yg dicampur gula..

    rasanya sbb diorg sentiasa +ve..sbb tu hepi je..

    BalasPadam
  5. sedih plak ada letak negara yang paling tidak bahagia..huhu

    BalasPadam
  6. sedih plak ada letak negara yang paling tidak bahagia..huhu

    BalasPadam
  7. kat negara mana tah is dengaq lecture is gtau, ada satu tempat macam stage, leh cakap apa saja kat situ, free nak marah, nak kutuk, nak kata apapun... luahkan semua masalah,hehehe... orangpun tak kan saman kita cakap apa2 atas stage...

    tu salah satu faktor happiness (^____^) lepas tu dah leh senyum sebab semua masalah dah hilang...

    p/s: kita ada ALLAH... lagi baguskan... dengan mengingati DIA, hati2 akan jadi tenang....

    BalasPadam
  8. sekurang2nya mas bersyukur negara kita masih terkawal..ada lagi nilai2 murni & berbudi bahasa & tlong menolong.

    BalasPadam