Rumah dah siap ..

by - Rabu, April 25, 2012

 

image

Tadi g amik kunci rumah .. Hurm .. Masuk check .. Staff pemaju ikut sekali .. Siap suruh aku check tengok apa apa tak kena dan suruh buat komplain , masa tu atau dalam masa 30 hari ..  Alahai ..

Aku pun pusing pusing .. hurmm .. Nak check camana  ? Bukan aku selalu beli rumah .. Huhuh.. Dia tanya aku , ok ke ? Aku jawab , nampak ok laa .. Pastu baru dia cakap kat aku , ada crack skit tang dinding tu.. Dia kata tu normal terutama tang join tu .. Dia suruh aku tulis kat borang aduan tu .. Alahai .. Mana la aku nampak semua tu .. Halus jer  tu .. Tapi ada la dalam 3-4 tempat.. Nanti sabtu kena g tengok smula n test semua ..

Bila aku keluar dari rumah , ada la sorang lelaki cina ni datang .. Sebelum tu lelaki melayu ..Dia kata kalau nak pasang pagar n tinted semua tu , harga dalam 4500 .. Hurmm .. Pastu lelaki melayu tu blah , datang lelaki cina ni .. Dengan dia , aku borak panjang .. Dia bagi kat aku tinted tu dengan pagar, 4000 je .. Tu yang basic .. Sama cam lelaki melayu tu.. Lelaki melayu tu , jenis ‘ulat’ la kot .. kira makan atas angin punya ..

Aku mula garu kepala bab ni .. Apa yang aku boleh kata , kena tunggu menteri kewangan abis pantang dulu.. Baru boleh cerita panjang lebar .. Tapi aku rasa macam nak amik kat dia je sbb dia dah banyak buat job kat area Putrajaya ni ..

Hurm … duit gak semua tu ..

You May Also Like

13 comments

  1. salam abg ben..rs terpanggil lak nak komen psl rumah ni..sy pun dah beli rumah,ms tgk mula2 tu mmg ramai yg dtg n offer mcm2,tp sy x amik sbb dah ada kontraktor sendr..pastu bile pindah dengar jiran2 ada yg mengeluh umah x siap renovate sbb pakai kontraktor yg mcm ni..kontraktor ni dia offer 4-5 rumah dlm kawasan yg sama,pastu buat sini x siap dah buat yg sane,pastu tinggal buat yg lain lak..tamak..last2 buat cincai atau x siap..beware..better minta rekemen dr kwn2 yg ada contact kontraktor..

    BalasPadam
  2. @mayna
    salam .. nasihat yang bagus untuk saya .. insyaAllah saya akan waspada ..

    BalasPadam
  3. kalau aku free aku nak ikut haha..

    BalasPadam
  4. Congrats! Kalau buat housewarming jgn lupe jemput ye :-)

    BalasPadam
  5. lawanya design umah tu :-) kat mane nie?

    BalasPadam
  6. Crilah yg sbaik2nya bro yg tukang tinted smua tu. Rumah sy ada jgk upah org buat projek ni. Bg brang 2nd hand, krja cincai, duit nk mlambung je. Mnyesal ayh sy. Ktanya buat sndiri lg baik!

    BalasPadam
  7. salam en. ben,

    kakak sy ada story psl dia beli rumah dulu. Dia kata dia pegi ketuk setiap dinding mozek rumah dia nak tengok ada tak yang bunyi macam angin/kosong. Macam gitu lah kalau tak silap ayat kakak sy. Pastu dia suruh diorang buat balik kat bahagian yang dia tak puas hati tu. Memang pemaju bengang giler kat kakak sy time tu...

    Setakat ni dia beli rumah tu tahun 1997 sekarang ada sikit bahagian dinding dalam bilik yang dh runtuh. Yang lain semua masih kukuh. Mungkin bahagian tu kakak sy xcheck betul2 kot. Jiran-jiran sekeliling rumah kakak sy, sekrg semua dh bising2 sebab dinding rumah banyak yang dh tanggal, kena baiki.

    Itu jelah yang sy tau sbb sy tak de experient beli rumah. Buat rumah sendiri adalah. Tapi memang normallah bila rumah dah berdiri memang ada je yang tak puas hati.

    Btw kalau en. ben nak pindah, perlukan khidmat lori sewa bolehlah call sy. hi3 :)

    BalasPadam
  8. defect checking memang kene buat, biar fussy skit tak pe sebab itu rumah kita, check tingkat, lektrik, toilet, dinding, pintu semua. Report defect dalam borang dalam tempoh yang dia bagi. Jangan buat apa2 renovation selagi defect tak settle. Takut nanti dia salahkan renovation kita plak.

    BalasPadam
  9. banyak benda yang kena cek sebelum kita masuk rumah..utk uma single story or double story like ur house, sepatutnya xde major crack..

    but u need to check the method of constructions..if they use IBS system u must aware on the jointing area between the wall panel and window frames..its very critical..if they use conventional method the problem may caused from workmanship.. if cik ben nk mintak nasihat sy ttg camna nk cek defect utk your house i can make it..fyi, i tgh jaga defect utk apartment 23 tingkt..lagi pening woo..

    BalasPadam
  10. Yg penting check sistem piping dan toilet. kalau ada air cuba try flush kadg2 worker kat site main masuk je pasir dlm tu... make sure flow mechanism untuk water tank berfungsi, kalau tak air boleh melimpah ke siling habis la...

    BalasPadam
  11. Encik Ben.. nak tau yang lebih detail bagaimana nak mengesan defect pada rumah baru saya ada tipsnya.. Silalah baca... :)

    http://queenofbutterfly.blogspot.com/2012/03/tips-mengesan-kecacatan-defect-pada.html

    BalasPadam
  12. klu asben saya pintu ada lubang2 kecik tu pun dia komplain, pintu mcm ketat nak tutup sebab mcm ada cat tu pun kena komplain. betu tu psl kontraktor amik yg kenal la klu boleh. macam asben saya amik cina mn tah.konon klu cina buat bagus dari indon. tapi pekerja dia indon juga. skrg table top punye tile dah tanggal dah..tp tu akibat nak cepat sgt siap.lastly cina tu buat cincai je..lagi pon dia amik byk projek tmpt yg sama. kesimpulan.hati2 pilih kontraktor.

    BalasPadam