Tips mengesan kecacatan defect rumah baru ..

by - Sabtu, April 28, 2012

 

Memandangkan hari ni aku nak periksa rumah baru aku ni maka ada kawan blogger syorkan tips ni .. Tips ni aku amik dari blognya iaitu Queen Of Butterfly . Terima kasih yer Puan Queen Teratai atas tips ini ..

Aku copy sbb nak baca satu satu dari hp aku nanti .. Takkan nak bukak laptop lak kat situ kan ?  Ok , jom kita check rumah kita ..

 

PERALATAN yang diperlukan semasa check defect pada rumah.

  • Masking tape - Tape yang kaler putih/cream tu. Kalau ada retak atau crack terus lekatkan dan tanda.
  • Marker Pen - Warna merah pun ok. Senang nampak tulis nombor dan problem atas masking tape.
  • Kertas A4 - Tulis kan senarai kecacatan atau defect itu dengan nombor dan lokasi sekali supaya senang nak cari.

Apa perkara penting yang perlu kita periksa?

A) Air.

1. Pastikan meter air ada dan berfungsi. Semua kepala paip, shower tu dan benda-benda yang sewaktu dengannya ada.

2. Tutup semua kepala paip, pastikan sambungan betul dan tiada yang tercabut/longgar.

3. Buka pili air pada meter dan biarkan air masuk ke dalam tangki sampai penuh. Kalau rajin boleh pergi panjat tengok tangki dulu.

4. Bila air dah penuh dalam tangki pastikan bacaan pada meter air tu mesti berhenti, kalau tidak kemungkinan paip bocor sebelum sampai ke tangki.

5. Check air kat semua bilik air. Test satu persatu.

6. Drain pipe untuk aircond. Kena test masukkan air, takut tersumbat atau mungkin di tipu (paip tak sambung setakat gimmick je).

7. Mangkuk tandas kena test juga. Kalau air tak lancar, kemungkinan terdapat lebihan simen yang dibuang kedalamnya oleh kontraktor terbabit.

B) Elektrik

1. On kan main suis... kemudian on kan suis fius tu satu persatu...

2. Test Soket 3-pin tu satu persatu... guna tester atau lampu tidur kecik tu pun bleh... so kita bleh tau mana satu yang problem..

3. Test semua suis kat rumah tu, pastikan tiada yang ketat atau tak leh nak tekan...

4. Ketuk kat tepi semua soket/suis.. pastikan dah simen tepi tu.. takut ada ruang kosong, next time mudah pecah..

C) Jubin (Tiles)

1. Check satu persatu tile dalam rumah tu... kena ketuk, kalau bunyi kosong... pecahkan saja, minta pemaju tukar...

2. Kalau ader yang pecah sikit atau retak... minta tukar juga...

3. Kena check kat semua tempat, kat bawah sink/wash basin dan tempat tersorok...

D) Pintu dan Kunci

1. Tukar semua kunci depan dan belakang...sebab keselamatan, maybe dah diduplicate..

2. Tukar pintu belakang, pintu plywood tu tak leh caya... guna kunci yang ok skit.. double lock & dead lock..

3. Kalau tak tukar main gate, make sure gate tu tak boleh diangkat/cabut pada ensel tu...

4. Pintu kat pagar belakang tu kena kunci, pasang padlock yang weatherproof... jgn simpan tangga kat belakang rumah...

5. Sliding door... pasang penyendal keselamatan besi/kayu panjang...letak pada rel sliding tu supaya tak leh tolak drp luar...

6. Gunakan padlock yang berkualiti, bukan pasar malam punya... nanti rosak haru pulak tak boleh buka..

7. Padlock yang baik seperti ABUS & ABLOY mahal sgt.. guna kan YALE, SOLEX atau setara pun ok..

E) Grill besi atau Geriji

1. Design ikut budget.. tapi mesti yang agak kukuh, sebab ada design yang guna besi halus jer, mudah dipotong nanti..

2. Kunci mesti double lock.. boleh tambah selak atau kunci daripada dalam...

3. Telinga ker apa.. untuk pasang padlock tu mesti kukuh kat joint dia.. kat situ yang paling tak secure, guna tukul jer dah tercabut...

4. Mounting ke dinding, terutama tingkap mesti kuat.. skru mesti cukup kuat, kalau boleh guna besi yang ditanam dan weld ke tingkap..

5. Kalau guna grill yang boleh dibuka/safety tu.. pastikan tak boleh dibuka drpd luar... nanti mudah perompak pecah cermin dan buka..

F) Bumbung, atap atau ceiling (roof)

1. Kalau boleh naik ler atas tu, try tengok apa yang ada... mana ler tau ada benda asing atau defect kat situ...

2. Time hujan lebat, atau hujan.. tunggu dalam rumah atau check kat siling.. selalu time hujan lebat jer bocor atap tu..

3. pastikan tiada atap concrete tu yang retak atau pecah atau sumbing.. minta pemaju replace segera...

4. Kalau boleh masuk atas siling, sambil tengok tangki air.. tengok sekali joint kayu yang support bumbung tu..

5. Pastikan kayu tu elok keadaannya dan sambungan betul... bukan kayu terpakai/rosak atau yang disambung-sambung...

6. Pastikan dinding memisahkan rumah sebelah proper keadaannya, tiada lubang dan tiada retakan...

G) Tangki air

1. Kena naik atas siling, baru boleh check tangki air... yang penting tengok kekuatan support/penyokong kedudukan dia..

2. Tengok kat dalam tu, takut ada benda asing... masa install pemaju pakai letak jer.. bersihkan tangki air daripada kekotoran/batu/pasir...

3. Kalau ada plan nak install Outdoor filter, mereka akan servis bersihkan tangki air sekali.. so, minta pakar yang settelkan...

4. Paip limpah tu kena check juga, kalu pelampung rosak, air tu pegi mana...

5. Nak lagi best, pasang air kat meter... pastu check air masuk kat tangki, baru tau camner tangki tu function...

You May Also Like

12 comments

  1. wowo banyaknya...dan semuanya info yang bagus...alhamdulillah...thanks abg ben sbb kongsi info ni...mana tau esok lusa nk beli rumah sendirikan..

    BalasPadam
  2. info dan tip yg menarik... manalah tahu suatu hari nti sy plak nk beli rumah... semua ni kena tahu...

    BalasPadam
  3. good info ;)
    tapi end of next year kena carik balik entry ni ;)

    BalasPadam
  4. bestnye!.. dpt input baru yg selama ni xbrp pernah tahu... bak kate QasehSuci, mane tahu rezeki dpt beli uma sendiri kan... insyaAllah

    BalasPadam
  5. Terima kasih lah bagi tips ni. Sy memang dah kena hari tu beli rumah ada retak baru perasan selepas 2 bulan. Retak tu tak nampak. Dah hujan lama baru nampak macam ada air meresap kat siling. Mesti bocor. Tapi nasib baiklah sebab sikit je. Huhu. Tips yang amat detail dan baik untuk pembeli rumah baru. Terima kasih benashaari.

    BalasPadam
  6. Bagus info ni..leh copy ler...next week nk g inspection umah..if puashati leh dptkn kunci...

    BalasPadam
  7. salam to you ,mohon share tips ni ek.. tq :)

    BalasPadam
  8. salam, mohon share tips ni ek :) tq

    BalasPadam
  9. Bro Ben.. tips ni mmg utk dikongsikan bersama.. yela.. kita dah perabis duit buat beli rumah, byr kat bank bulan2 pun mahal, harga rumah skrg ni semuanya dah beratus-ratus ribu.. xknlah kita nk biarkan aje rumah baru kita tu tanpa kita periksa keadaan kesuluruhan rumahkan.. walau kerja agak rumit dan kena teliti tp itukan hak kita sbg pembeli... anyway.. SELAMAT BERPINDAH KE RUMAH BARU.. Baby baru.. rumah baru.. Alhamdulillah... Saya dah lepas kepenatan pindah rumah ni :)

    BalasPadam