Trafik blog atau pembaca kualiti ?

by - Jumaat, April 13, 2012

 

Biasanya pengiklan dalam dunia maya akan menanyakan berapakah jumlah trafik harian , followers dan macam macam lagi untuk menilai sesebuah blog .. Di mana sebenarnya kekuatan sesebuah blog untuk menunjukkan bahawa blog tu punya kemantapan dari segi penulisan atau memiliki auranya tersendiri ?

Setelah hampir 3 tahun aku berblogging dan pelbagai genre aku cuba untuk memikat pembaca blog akhirnya apa yang aku tau , mudah saja .. Apa yang sebenarnya membuatkan pembaca menjadi pembaca setia di blog kita ? Entri yang berinfomasi dan santai ..

Bila blogger mula menumpukan entri entri begini , trafik akan mula menurun .. Yang tinggal cumalah pembaca setia .. Bagaimana nak tingkatkan trafik semula ? Maka blogger akan mula kembali ‘bermain’ dengan entri entri SEO dan isu panas harian kerana inilah yang menjadi daya tarikan pengguna internet ..

Tapi apakah itu menunjukkan sesebuah blog itu berkualiti ? Sapa yang menilainya ? Bagaimana nak menilainya  ? Mudah saja .. lihat saja komen di entri entrinya .. Komen yang ditinggalkan ,pastinya berkaitan dengan entrinya ..

Untuk menarik trafik , tak sukar sebenarnya. Tajuk yang menarik , isu panas , pastinya akan membuatkan pembaca atau rakan terutama di Facebook atau Twitter , klik untuk membacanya.

Persoalannya , apakah mereka puashati setelah membacanya ? Ada blogger akan jawab .. “ Apa aku kisah , janji trafik up ! “ .. Sampai bila nak begitu ?

Yer , aku rasa aku semakin matang dalam dunia blog ini. Pentingnya sesebuah entri berinfomasi walaupun ianya sekadar santai ..

You May Also Like

19 comments

  1. kekadang apa yng kita tulis dan ada yang komen perlu kita jawab sebaiknya kita jawab.. kalau ada kesempatanlahkan..

    BalasPadam
  2. saya lebih prefer pembaca yg berkualiti...

    BalasPadam
  3. saya budak baru belajar...kalau salah tolong tunjukkan.....hehehe...

    BalasPadam
  4. setuju tu abg ben...alhamdulillah wlupn trafik x tinggi mana tp bersyukur masih ada yg sudi membaca & komen entry di blog...

    BalasPadam
  5. bagus cra penulisan pk cik ben...

    BalasPadam
  6. NAL lebih mementingkan pembaca berkualiti, semestinya diaorg sentiasa akan membca entri kita..traffic just mcm bonus jer..

    BalasPadam
  7. kalau saya lebih pentingkan pembaca berkualiti yang nampak keikhlasannya dalam mengikuti setiap karya2 kita.

    :)tapi kalau trafik tinggi itu sudah cukup bagus...:)

    BalasPadam
  8. Hmm.. Kena tingkatkan lagi kualiti blog ni.. baru ada aura tersendiri..

    BalasPadam
  9. Akceli..seperti yang NAL cakap, trafik itu cuma Bonus.

    Kalau ada komen pada entri itu maksudnya apa yang ada luahkan itu sampai sampai kepada pembaca..

    Kira double bonus jika ada komen & trafik

    Good Luck..

    BalasPadam
  10. mungkin saya agak jauh jauh ketinggalan tentang ape itu SEO, bagaimana nak tingkat kan traffik.tapi ALHAMDULILAH.saya bersyukur kerana saya mampu tersenyum lega sekalipun tidak ada entry yang dikomen, semoga walaupun hanya sedikit.ada ilmu yang dapat saya sampaikan :D

    BalasPadam
  11. Waahhhh . Hebat entri ni .. Blog BEN ASHAARI .. Macam-macam hado !! =)

    BalasPadam
  12. saya kena banyak belajar dr blog abg ben nih..ngee..nice info for me yang baru nak tatih...

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum...wah semangat tu..tips yg baik..TQ

    BalasPadam
  14. saya ni mmg blogger baru, actually depends on apa objektif kita masa buat blog.ada yg saja suka2, ada yg nak cari kawan, ada gak yg mmg nak buat duit...so from there it defines how u write ur entry. i learnt lot from ur blog. and ur son is sooo cute :-) congrats!

    BalasPadam
  15. yup! sy suka pembaca berkualiti. tp dlm masa yg sama, trafik turut memainkan peranan yg penting juga. sy suka cara penulisan Ben Ashaari...santai dan x bikin serabut...relaksss je!

    BalasPadam
  16. Agree. Mula mmg cari traffik je kejenye. Lama pikir, dgn masa dan peluang utk berblog bukan banyak. Makin terhad dek komitmen as surirumah sepenuhmasa dgn anak2. Mcm2. Update pun bkisar famili, anak-anak, isu yg bkait dgn hidup. Lain topik jarang sangat. Janji ada log utk kita luah/share perkara yg sepatutnya dgn baik. ;)

    BalasPadam
  17. sungguh terkesan bila membaca entry ni :) apa pun, saya enjoy dengan apa yang ada sekarang....

    BalasPadam
  18. Btul tu.. Leklek je entri yg nk kasi bikin.. Leklek, tp ada info skit sbyk. Kosong pun susah jgk, trlalu padat dan berjela2 info pun susah jgk..

    BalasPadam