Khamis, 31 Mei 2012

Blog aku tak sehebat blog dia !

 

Hurm .. Awal awal dulu , sewaktu aku mula berkecimpung dalam dunia blog ni .. aku terikut cara mereka yang gemar membezakan antara blog A dengan blog blog yang lain dari segi populariti dan sebagainya ..

Kesannya , ramai yang berada rendah diri dan juga ‘segan’ . Apa yang berlaku selepas itu , penulisan blog mereka berubah menjadi lebih mengarut yang mana mereka lebih terkejarkan populariti  dan juga trafik ..

Betul , populariti dan trafik tu penting untuk permulaan . Tapi kenalah dengan cara yang betul ..Apa yang berlaku di zaman aku tu , banyak yang mengarut .. Kesan dari tu , entri di blog jadi mengarut gak .. Tiada lagi perkongsian  hidup seorang blogger yang mana mungkin berguna untuk pembaca dia atau maklumat maklumat terkini yang dia sendiri perolehi tanpa copy paste dari blog atau web lain .

Ya , aku akui aku antara mereka yang jadi ‘ termengarut ‘ kejap tapi sebenarnya aku punya alasan tersendiri. Aku mengkaji apa sebenarnya yang menjadi minat bacaan pengguna internet ni .. Apa yang aku tau ialah , sensasi ..

Isu sensasi terutama selebriti dan politik sering menjadi pilihan diikuti oleh fesyen dan juga gaya hidup .. Blog blog infomasi seperti blog masakan , petua petua dan juga pendidikan , punya pembaca tersendiri ..

Blog blog peribadi ni lak , amatlah kurang pengikut kerana mereka ni bukanlah terdiri dari mereka yang dikenali ramai . Maka , ramailah mula bertukar arah .. kan ?

Rugi sebenarnya .. Apa yang membezakan antara blogger ialah penulisannya . Setiap penulis blog ada gaya penulisan tersendiri .. Itulah daya tarikan sebenarnya ..

Malangnya , dari mula aku berblog hingga sekarang .. tumbuhnya blog ibarat cendawan tumbuh selepas hujan adalah semata mata ingin mendapatkan pulangan yang lumayan ..

Tak salah untuk dapatkan pendapatan dari blog tetapi macam aku kata , kalau nak berjaya seperti blogger yang popular tu , kemaskinikan blog dan wujudkan keunikkan di blog kita tu .. Cari kekuatan blog kita ..

Kebanyakkan kesilapan yang berlaku ialah , tanam pokok hari ni , esok nak kait dah buahnya .. Boleh ke ?

Kesian belia dan remaja sekarang ni kan ?

 

“ Osman Ali Dedah Kisah Liar Remaja Dalam 'Jiwa Taiko'  “

"

 

Dan banyak banyak laaagi laaa tajuk tajuk utama berita yang melibatkan belia dan remaja zaman ni .. Dan ramai menuding jari mengatakan mereka zaman ni liar …

Perghhhh …. Persoalannya la kan .. Dari mana datangnya segala ‘keliaran’ mereka ni ? Mereka mencontohi sapa ? Mengapa mereka memberontak sebegini rupa ?

Dan akhirnya , mereka dipandang senget oleh golongan yang kononnya .. hurmmm .. Pikiaq la sendiri ..

Belia dan remaja ni aset negara .. Mereka mengikut perangai ‘ aset negara ‘ yang sedia ada..  Apa yang patut dilakukan oleh mereka yang punya kuasa dan wang ?  Yearghhh …  Bak kata Nabil Raja Lawak ,’  …… ‘ .

Ada ke kedai makan camni kt Kuala Lumpur ?

Lapar selepas landing tadi .. Adik ipar aku dtg jemput kitorang kt KLIA dan terus ke Gombak utk hantar dia balik..


Tak tau nk mkn kt mana . Adik ipar aku cadang mkn kt tempat yg selalu dia dan kawan dia mkn ..  Katanya kat situ tokey dia tak berkira langsung .. Siap tinggal pesan kat diorang , kalau takde duit sekali pon dtg je mkn kt situ .  Paling murah dia pernah charge , 50 sen dg lauk macam macam !!


Macam tak percaya , kan ? Ini KL okeh !! Sampai kat sana , aku tgk restoran tu , boleh tahan ramai gak .. Budak sekolah pon dtg mkn situ ..


Aku amik lauk.. ikan keli , ayam masak merah , telur puyuh , air teh o ais .. Wife amik ikan patin , ulam .. Adik ipar , ikan keli ..air teh o limau .. Tau berapa harga ?? Bayar je la berapa berapa pon !!


Terkejut ? Hehe .. aku ckp betul betul ler .. Dia mintak RM10 jer .. Dan duit tu aku bg kat dia .. dia bg kat Qhaliff .. huhu ..


Patut la ramai org dtg mkn situ .. Lauk byk pilihan .. murah serta tak berkira dan senantiasa tersenyum ..


Sapa yg tinggal kat Gombak. ,g kat kedai akak ni area Taman Selasih ..


Semoga dia terus dimurahkan rezeki ..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Qhaliff , dalam.kapal terbang

Sampai dah KLIA.. Alhamdulillah ..Qhaliff menyusu bdn sewaktu naikn turun . Sepanjang pjln , dia tdoooo.. Aku ?? Kena duduk tegak sbb sempit !!


Perghh .. update sblh tgn smbil dukung Qhaliff ..


Mkn sat ..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Nak kelik Putrajaya dohhh

Uhuk .. sat g ada drama seepisod .. huhu .. Biasa laa . Kita punya turn tk lama lg .. huhu ..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sedappp ... Emas Public Gold !

 

clip_image001

Assalammualaikum dan salam sejahtera ... Bersua kembali dengan semua rakan-rakan pembaca pada hari ini ... Doa dan harapan saya agar kita semua akan dipermudahkan segala urusan dan dibuka kan pintu-pintu rezeki untuk kita semua ... InsyaAllah !

Hari ini saya ingin berkongsikan dengan satu tajuk .... "Sedapppp ... Emas Public Gold" ... Kenaper saya berkata sebegitu ... Antara sebab nyer ialah transaksi urusniaga dengan Syarikat Public Gold adalah mudah dan menguntungkan kita sebagai seorang pelabur logam emas tulen fizikal dan logam perak tulen fizikal ... Semalam saya menerima panggilan ..

Pembacaan seterus nya (sila klik di sini)

Qhaliff , di pagi hari ..

2 bulan dah dia .. Sedang bersiap nak ke airport ..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Makan bantal ??

 

Pernah dengar tak  ‘ makan bantal ’  ?  Kalau rambut baby dok baru tumbuh selepas dicukur , mesti ada kesan ni kalau baby tidur atas bantal ..

Tapi aku tak kisah sangat sbb lama lama , ok la ‘ belang tarung’ kat rambut dia tu .. Kira macam pakai cap gak laaa .. Berbekas jer .. lama lama , ok jer ..

Cuma ada yang tak pernah dengar la ‘makan bantal ‘ ni .. hehe .. Er , aku antara yang tak pernah dengar la tu .. lalalala .

Hal baby ni kena banyak baca woo.. kalau tak ? kalau tak ? Serupa pandai bikin tapi tak reti jaga ..

Rabu, 30 Mei 2012

Bila aku dan Qhaliff tiru gaya blogger !

 

Sapa lagi cute ? Ok , fine ! Aku tau korang jeles ngan aku .. Ahh.. tak kiraaaa … mmg tau lama dah .. Aahhhh ..  lalalalalla… Aku lagi cute .. aku tauu …

Lebih 4 hari Qhaliff tak uk uk !!

 

Baru sampai kembali ke rumah mak mertua .. Penat ? Jangan cerita laaa .. Mabuk woo tengok jalan raya ! Nasib baik esok naik kapal terbang jer .. Kalau tak ,sahih aku masuk spital !! Dapat mc 3 hari punyaa .. Jap , aku nak mc wat pe ??

Baru baru ni ada wife bagitau aku yang Qhaliff 3-4 hari dah tak uk uk  .. Tapi dia bgitau tu normal sbb Qhaliff menyusu badan .. Hurmm .. Aku mmg tak sempat langsung nak cari info pasal tu .. Ada la aku suruh dia g klinik ngan mak mertua aku memandangkan aku kat Putrajaya . Kalau ada ngan dia , sah sah la g bawak dah  ..

Dan tadi , ada wife antar mesej kat aku bgtau , Qhaliff dah uk uk ! Bau ? Jangan cerita laaaa . Aku tanya la camana leh kasi dia uk uk tuu..

Dia google cari info mengenai baby ni .. Cara tradisional .. Hurmm .. Caranya amik daun kunyit , layurkan atas api hingga layu .. Pastu letak kat pusat baby .. Kemudian , bersedialaaahh .. Segalanya dengan izin Allah…

Patut laa Qhaliff berat semacam jee sebelum ni .. Hurm.. aku pun nak try la.. Mana la tau kot kot stok tahun lepas tak abis lagi … Hahahahha .. Pengotorr !!

Hari terakhir Qhaliff ..

Menghabiskan sisa sisa hari Qhaliff di Kelantan. Pasni , raya lak baru balik Kelantan ..


Sian kat mak mertua sbb dah sayang sangat kat dak comey yg tk by meragam ni ..


Ramai kata cam aku Qhaliff ni lebih lagi tang cute tu .. Sebijik aku kan ?


Published with Blogger-droid v2.0.4

CHIKA POW WOW - Memang WOW !

 

image

Pernah dengar website CHIKA POW WOW ni ? Confirm tak pernah kan ? Memang laa .. Baru je lagi haa .. Laman web ni adalah sebuah laman web yang menarik untuk dikunjungi .. Serius ! Selain dari tu mereka yang gemar mencari barang barang terkini , mmg sesuai laaa singgah dan paling penting , murah ! Haaa .. Murah camana tu ? Memang sangat murahhh .. Cuba tengok gambar kat bawah ni ..

image

Macam yang korang nampak tu , siap ada yg Berjaya membeli IPAD2 dengan harga RM1 je !! Perghh.. seronok betul niii .. kan ? Macam macam barang yang menarik dan hebat ditawarkan di sini .. Jadi tunggu apa lagi kan ? Jom la kita kasi sapuuu semua ..

Oh , camana caranya ? Ok , ni kira cam lelong gak laa .. Pihak CHIKA POW WOW akan mempamerkan barang barang yang bermutu tinggi dan ada diantaranya sukar diperolehi di Malaysia .. Contohnya Monster Headphone versi Bluetooth yang hanya di jual di US buat masa ini dan cuma ada 4 unit jer .. Kemudian mereka yang berminat untuk membelinya akan mula penawaran harga barang tersebut.

Mereka yang berminat perlulah membeli token Chikas terlebih dahulu .. Akan ada satu jangka masa pembidaan. Sehingga tiada sapa berminat untuk membidanya lagi , jika anda membidanya yg tertinggi , maka andalah yang memperolehinya dengan harga bidaan ! Sangat berbaloi gitu !

image

Haa ..tatacara seperti di dalam gambar di atas .. Senang je kan ? Haaa .. Menariknya , korang juga berpeluang menang hadiah misteri .. Maksudnya , bila korang Berjaya membeli satu produk di sini , korang juga berpeluang dapat satu lagi hadiah misteri .. haaa .. Menarik kan ?

Cara bidaan kat sini sedikit berbeza dari mana mana laman web yang buat macam ni.. Setiap penawar ada had membuat penawaran .. Selain dari tu , penawar ada avatar tersendiri .. hehehe ..

Yang penting mereka berada dalam CHIKA POW WOW ni akan SERONOK , TERHIBUR dan paling penting , JIMAT ! Jimat sbb dapat beli barang dengan murah woo ..

Aku dah ada 115 token Chikas yang mana aku dapat melalui pre- registration ari tu  … Hehehe .. Tak sabar nak gunakannya nanti untuk ‘sambar’ gadget yang aku nak ..

image

Nak tau aku berjaya atau tidak ? Tunggu dalam entri seterusnya !!

 

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut dan nak tengok sendiri camana mereka beroperasi , aku cadangkan korang g tengok sendiri kat website mereka ..  http://www.chikapowwow.com/my

CPW's Web:

Oh dunia ku ..

Biar 1 dari berjuta ..Janji berkat !!!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Patut ke tak patut berenti kerja ?

 

Dah hampir masuk setengah tahun aku tak kerja ! Er .. tak keje ke ? Hehee .. Tak keje dengan orang laa .. Skang ni aku bergerak sendirian je sebagai penulis blog .. Wee … I likee !!

ben ashaari

Cam cool je jawatan PENULIS BLOG kan ? Hehehe .. Boleh laa.. Takde best cam keje kat opis tuu .. Bergaul dengan orang berpangkat besar yang bergelar Datuk , Datin atau menteri menteri mahupun VVIP yang bertaraf tinggi tu haa .. kan kan ?

Ada kawan tanya aku tadi .. Dia dok pening kepala pkkan masa depan dia .. Sekarang ni dia kerja dengan kerajaan dan telah ada buat satu kerja sampingan .. Alhamdulillah , apa yang dia buat tu telah memberi pulangan yang lumayan .. Cuma kerja yang dia buat ni perlukan satu komitmen yang besar .. Bukan sekadar sampingan tetapi kena sungguh sungguh sbb kena jumpa pelanggan ..

Dari pengalaman aku dengan  bercampur manusia yang hidup kasi pagi makan pagi cam aku ni , apa yang dia buat sekarang ni mmg menguntungkan tapi kena tau seperkara .. Biasanya ada turun naik .. Tak selalunya diatas .. Tak seperti keje ngan kerajaan .. Malas camana pon , gaji tetap masuk .. Curi tulang camana pon , gaji tetap dibayar ..Lain dengan bekerja sendiri .. Kalau rajin , tapi takde rezeki kita , mmg garuk kepala ..Masa ini akan pening ..

Namun , ada yang bijak .. Duit pendapatan dari apa yang dia buat tu , dia buat bisnis lain atau plan untuk kembangkan .. Segalanya perlukan perancangan yang teliti dan rapi .

Seperti aku ni , sampai bila nak masyuk kan ? Lambat laun akan ada ramai lagi blogger yang akan naik dan masa tu , mungkin job aku dah berkurangan . Jadi aku perlu sediakan payung sblm aku garu kepala !

Kesimpulan , nak berenti atau tidak .. Berbincangan dengan orang tercinta dan pastikan bila kemarau berlaku , bekalan air dah tersedia untuk menampung kegunaan seharian sementara menanti hujan kembali ..

Hidup hanya sekali . Walaupun susah atau perit tapi yang penting , hati mau gembira !

Relax La Bro ... Jangan Gabra ! ! !

 

image

Assalammualaikum dan salam sejahtera ... Harapan saya agar rakan-rakan pembaca sekalian berada di dalam emosi yang ceria-ceria selalu ...

Wahhh ... semalam saya menerima banyak pertanyaan daripada rakan-rakan pelabur logam emas tulen fizikal dan logam perak tulen fizikal dengan keadaan harga emas yang merudum jatuh ke paras

Pembacaan seterusnya (sila klik di sini)

Setengah jam lewat

Baru naik bas kembali ke Kelantan .. Lewat setengah jam. Aku rasa sbb hujan lebat kot .. Ok la dari bas tk datang langsung ..


Bas .. hurm ..penuh ni .. Mungkin cuti sekolah dan budak IPT pon ada yg dah mula cuti ..  Ok la gak .. Kang kosong , boring gak sbb rasa cam naik sorang ..


Bas yg aku naik ni Mutiara .. Aku rasa bas ni ok dari segi pemanduan dan jugak keselesaan .. Takde laju mana pon ..


Ok .. aku ngantuk .. nak tidur jap .. huhu .. penat smlm tak ilang lagi ..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Baru sampai dari Kelantan , esok g semula ..

 

Hahaha .. Gila eh ? Apa nak buat .. Kiri kanan nak kena jaga.. Alhamdulillah , aku dh selamat ‘antar’ pulang orang aku yang aku pinjam untuk di bawak ke Kelantan utk hadiri majlis aqiqah anak aku ..

Dan esok pagi, nak kembali ke Kelantan sebab hari Khamis nak bawak anak isteri aku kembali ke Putrajaya .. Perghh .. Nasib baik g naik bas dan kembali naik kapal terbang ..

Tadi , aku ngan famili aku dari Kelantan menuju ke Kuala Lumpur melalui Terengganu .. Bertolak jam 9 pagi dan sampai ke Kuala Lumpur , 12 tengah malam ! Aku sorang je drive.. Huhuh..

Penat ? Jangan cakap laa .. Sampai sampai KL , perkara pertama aku buat … update blog dan check job job yang kena settle melibatkan blog ..

Haih.. Sapa kata senang jadi blogger full time ni ?

Qhaliff , dulu dan sekarang..

 

Masa mula aku tengok Qhaliff ,aku dah tersenyum lebar .. Tuu . nampak tak dagu dia ngan pp dia ? Hahaha .. Bila dah keluar ?

IMAG0360-1-1

Huhuh… Qhaliff Qhaliff … Pasni kita lepak Putrajaya je deh !

Selasa, 29 Mei 2012

Potong stim giler !

 

Kena tinggal lagi diaa .. huhu .. Baru nak kenal muka ayah dia.. Tapi tak pe la , hari ni .. esok daddy balik eh .. pastu tak kena tinggal daaa ..

Skang ni kat Kuala Terengganu .. berenti jap untuk makan tengahari .. Lapar tu mmg lapar tapi hilang lapar bila , hurmm.. layan orang macam .. hurm .. mmg terus kenyang laaa ..

Sebab tu susah aku nak g makan tempat tempat baru ni ..Bukan memilih tapi zaman ni , susah nak jumpa orang yang .. hurm .. Korang  pon tau kan apa maksud aku ..

Entah la.. kekadang  aku rasa macam aku mintak sedekah ngan orang padahal aku bayar !

Berbanggalah dengan penulisan anda sendiri , wahai blogger !

 

Ada yang kata , blogger Malaysia ni suka tulis isu isu sensasi jer .. Jawapan aku mudah jer .. Setiap blogger , pasti ada hayunan langkah kakinya. Masing masing dengan cara tersendiri .

Aku .. aku gemar membuat kajian dalam dunia blog ni . Apa sebenarnya yang mampu menarik minat pengguna Internet di Malaysia ni singgah ke blog aku ? Kalau aku cerita pasal aku , tentu diorang tertanya tanya sapa aku ni kan ? Artis kah ? Ahli politik kah ? Sedara Maya Karin kah ? Kembar Mat Harun Aziz kah ? Yelah , sampai buat blog dan ceritakan hal sendiri serupa macam artis lak ! Kan ?

Bila dah jumpa langkah sebenar pasti blogger tau apa sebenarnya pembaca dia nak .. Sebenarnya , dalam dunia blog ni kalau kita cerita pasal sambal belacan sekali pon orang akan baca ! Kenapa ? Bukan semua orang mampu bercerita mengenai sambal belacan hingga membuatkan pembaca mereka tersenyum ! Kan kan ?

Jadi , blogger tak perlu segan dengan idea , gaya penulisan malah apa saja yang dia cerita dalam blog tu .. Yang penting dan mahal adalah ketulenan penulisan tu .

Apa guna berpuluh ribu trafik tapi cerita hal orang lain . Info pon bukan dia gali tanah dan jumpa .. kan ?

Maka ,wahai blogger … berbanggalah dengan  penulisan korang tu sendiri walaupun yang singgah hanyalah sorang ! Semut tetap datang kalau ada manisan !

Sapa lagi cute ? Aku atau Qhaliff ??

 

 

IMAG0364-1-1

Terima kasih kerana memilih aku ! Aku tau lama dah .. Yang pilih Qhaliff ni mesti jeles ngan aku .. Lalala ..

Skang ni kat Pantai Rhu Sepuluh , Setiu .. Bawak keluarga aku jalan jalan area Jalan Pantai .. Otw ke  Kuala Lumpur .. Saja saja makan angin ..

Jap lagi nak singgah makan losong lak .. Jangka tiba KL , malam .. huhu ..

10 minit aku nak pakaikan seluar dia ..

 

Bila aku masukkan lubang seluar tu , dia tarik balik .. Bila aku masukkan kedua dua kaki dia , dia sentap lagi.. Ngan aku aku sentap weh !! Nasib baik laaa baby laagi .. Kalau tak .. kalau tak ??? Aku ajak dia layan snooker ! Sapa kalah , dia kena pakaikan seluar si pemenang !

Confirm aku .. Old timer neh ! Kata mamat snook .. Lalalala ..

Jaga Qhaliff ? Perlukah aku fikir semula ?

 

Hahaha .. adoiyaiii … Ramai cam tak percaya bila aku kata aku nak jaga Qhaliff.. Yelah , bila dia nangis .. ramai tengok aku seolah olah aku cuak .. Haish…

Tadi wife suruh aku pakaikan seluar Qhaliff .. Hahaha.. Dekat 10 minit gak la baru berjaya .. Tapi tengok laa dia tuuu .. ligat semacam jer !!

IMAG0737

IMAG0744

Haruskah aku memikirkannya semula ? Oh , tidak sama sekali !!! Qhaliff .. u and me , blogging sama sama ehh . Ok bebeh !!

Isnin, 28 Mei 2012

Ramai kenal Qhaliff eh ?

 

Satu majlis yang cukup simple tetapi , alhamdulillah .. orang tak putus datang walaupun dari keluarga terdekat saja .. Orang kampung pon dijemput gak .. Maklumlah, aqiqah kan ?

Daging mmg tak cukup . Nasib baik dah standby dengan ayam  masak merah .. Huhuh.. Sangatlah sedapp .. Aku pon rembat makan daging kampung tu ..

IMAG0717

Terlupa terus yg aku ada darah tinggi .. hehehe .. Tak kisah la , janji dapat  rasa .. Huhu .. Mentang mentang la tau apa ubat dia untuk darah tinggi ni .. Berani eh langgar pantang !! Grr ..

Memang aku kena cubit ngan wife .. heehe ..

Antara yang hadir ialah orang kampung , orang surau , adik beradik mak mertua dan ayah mertua .. Kawan kawan sekolah wife dulu dulu .. heheh .. Rakan blogger juga ada .. Haaa .. Wawa dari KL sempat singgah .. Turut ada sama , Dj Hot.FM Kelantan iaitu Shaz dan geng geng blogger USM Kubang Kerian yang diketuai oleh Amirul .. Terima kasih ..

IMAG0713IMAG0715IMAG0719IMAG0721-1

Kesian Qhaliff .. Ramai benar lepaskan geram kat dia .. Tapi kesian aku sbb yang datang semua cari Qhaliff je !! Tkde pon tanya ,

“ Mana Ben ? “

Sapa kata aku popular ???

MALAYSIA !

 

 

Aku dilahirkan di Kuala Lumpur . Mak ayah aku kelahiran Pulau Pinang .. Walaupun moyang aku bukan asal usul Malaysia , tapi aku tetap warganegara Malaysia , berbangsa Melayu dan beragama Islam .

Secara automatiknya , aku ada suara dalam negara ni selain dari boleh mengundi bila tiba masanya ! Itu hak aku ..

Dulu , orang cam aku ni , teringin benar nak bersuara tapi tak tau kat mana .. Ada yang suka gunakan media masa untuk bersuara seperti hantar surat , email dan sebagainya.

Sekarang ni , dah ada medium yang lebih pantas .. Laman sosial seperti Facebook , Twitter , blog menjadi pilihan .

Maka , bolehlah aku menyuarakan pendapat aku ni lebih lebih lagi bila nak kritik mereka yang memerintah .. Tak kira kerajaan atau pembangkang .. Asal aku rasa tak betul , aku kritik ..

Kritik bukan tanda aku benci atau mencari salah sebaliknya nak memberitahu pada mereka sesunguhnya , RAKYAT SEDANG MEMERHATI ANDA dan RAKYAT TAK BUTA ..

Masing masing ada cara tersendiri untuk bersuara dan aku putuskan blog , Twitter dan Facebook adalah medium aku untuk bersuara ..

Aku sayangkan negara aku , Malaysia .. Sebab itu aku bersuara .. Takde kene mengena aku pro pembangkang atau kerajaan .. Rakyat bagi kuasa , rakyat juga berhak bersuara !

Tabung Ahmad Sufi : Bantuan kita diperlukan mereka ..

 

Mula mula satu private message aku dapat di page facebook SANTAI BEN ASHAARI meminta aku buatkan satu entri khas buat adik Ahmad Sufi . Kemudian aku meminta dia emailkan terus pada aku utk memudahkan aku update dalam blog ..

Pada blogger yang sudi war warkan dalam blog mereka , jutaan terima kasih ..

Ok .. Info ni aku amik dari page Tabung Ahmad Sufi sendiri ,

 

Nama baby ni AHMAD SUFI BIN ROMI AGUS SYUMADI

Ahmad Sufi 6.4.2012.
Assalamualaikum....Ini adalah gambar Ahmad Sufi Bin Romi Agus Syumadi...Ahmad Sufi dilahirkan pada 12 mac 2012 dan sejak lahir dia menghadapi masalah paru2 yang kritikal.

Kos perubatan Ahmad Sufi di Children Westmead Hospital, Sydney adalah tidak kurang dr AUD 3000 (RM9000)SEHARI.UNTUK MAKLUMAN,AHMAD SUFI TELAH BERADA DI RAWAT DI SANA MULAI DR 13 MAC SEHINGGA 26 APR.

Dan kini Ahmad Sufi telah ditransferkan semula ke Canberra Hospital sehingga kini.Dan kos di Canberra Hospital pula tidak kurang dari AUD 1500 sehari.Di sini dengan rendah dirinya saya memohon sekiranya ada diantara anda yang sudi memberikan sumbangan kepada Ahmad Sufi bagi menampung kos perbelanjaan rawatan dia di sana.

BSN: 14133-41-00000395-4 :JULI YANTI LIDIA BINTI SUHAIMI(Ibu Saudara Ahmad Sufi)

MAYBANK: 152107010378 : JULI YANTI LIDIA BINTI SUHAIMI
Maya Syuhada Binti Suhaimi(Ibu saudara Ahmad Sufi)
CIMB: 14100000462201

Name : Romi Agus Shumadi Romi Suhaimi(ayah Ahmad Sufi)
Bank: St George Bank
Branch: 112 908
Account No: 411178305

Daddy’s little sweetheart

 

Olololo .. pandai buat muka simpati skang ni .. Huhu  .. Jap lagi , ramai la orang datang utk makan kenduri aqiqah Qhaliff .. Daddy dalam bizi bizi pon sempat update satu entri untuk rakan rakan daddy ni ..

Banyak keje ari ni .. Pasni nak kena settle balik segala pinggan mangkuk .. Huhu.. Penat tu , dah tentu .. hehe .. Esok , nak balik KL dan tapi lalu ikut Terengganu .. Saja bawak jenjalan orang tua .. Bila dah sampai KL , aku kena patah balik ke Kelantan tapi naik bas je ..

Penat ? Dah tentu !!  Bila sampai Kelantan , baru balik Putrajaya , keesokkan harinya ..

Sampai rumah .. Kena bersih rumah lak .. nasib baik upah orang gaji dah .. Sabtu ? Shooting ngan Nona .. Daddy mesti muka toya je sbb penat .. Tak sempat nak g spa n buat rambut .. Huhuh ..

Mintak resit lain kali !!

 

Semalam kan , nak dicerita panjang panjang kan .. Aku dan keluarga aku sampai laa kat Kelantan dan check di satu hotel bajet berhampiran giler dengan Wakaf Che Yeh .. Perfect ! Sangat menarik .. Tapi sayang aku tak leh join tidur ngan diorang sbb aku nak kena settle urusan persiapan kenduri anak manja aku sorang ni .. Ada anak dah rupanya aku .. Cam tak caya jeer .. Jap je masa berlalu .. Patut ramai dah panggil aku UNCLE .. huhu ..

Bila tanya harga .. berlainan dari apa yang memula wife aku cakap .. Hurm.. Ok la .. Aku tak kisah la .. Janji keluarga aku dapat menginap dengan selesa dan selama .. Tu paling penting ..

Aku pon bayar la untuk 3 malam .. Dan kemudian , kunci diserahkan lalu aku pon ajak semua naik atas .. Semua tu , ahli keluarga aku la.. tak ajak pon staff hotel tu naik sekali ..

Bila tengok bilik .. hurmmmm … aku rasa nak solat pon susah sebab sempit .. Berlainan dari dalam gambar yg ditunjukkan dalam pamplet yg wife aku tengok  waktu datang booking ari tu ..

Ni kira untuk tidur dan mandi je la jawabnya ..

Dan tadi , aku dan wife datang ke bilik mereka untuk ajak pergi shopping kat Pasir Mas .. Wife aku ni , spesis kalau dah janji harga tu , dia nak harga tu gak .. Dia g jumpa orang yg dia deal memula ..

Jumpa staff tu .. Dia layan dengan baik sekali .. Setelah dibincangkan dengan lemah lembut dan sopan santun tanpa sebarang perhimpunan BERSIH dibuat depan hotel tu , maka dapatlah harga yang dijanjikan tu ..

Adik tu pon check la rekod pembayaran .. Dia terkejut .. Sbb dalam komputer tu tulis untuk 1 malam jer ! Tapi bayaran dibuat untuk 3 malam .. Nasib baik ada tulis duit yg diterima .. Cuma hari menginap tu je salah masuk ..

Segala urusan tanpa resit ! Silap aku tak mintak resit .. Nasib baik staff tu tak berkira sangat dan sanggup check rekod .. Kalau tak ? Mau boleh bikin gaduh mulut gak ..

Alhamdulillah .. dapat baki duit walaupun aku tak kisah tapi wife kisah .. Dia mmg gitu .. Aku jenis tak berkira .. hahahah .

“Cheap Sale” ... Siapa Nak Emas ?

 

image

Assalammualaikum dan salam sejahtera ... Apa khabar anda pada rakan pembaca yang setia dengan blog ini ...

"Cheap Sale" ... Siapa nak emas ? ... Harga logam emas tulen fizikal dan logam perak tulen fizikal sedang merudum jatuh pada paras harga terendah bagi tahun ini ... Ayuhhh ! ! ! ... Rebut lah

Pembacaan seterus nya (sila klik di sini)

Mak aku marah sebab babitkan dia dengan Himpunan Hari Belia !

 

Nama mak aku ROHANI BINTI PAWANTEH , okeh !!

Tapi .. mereka kata …Er .. er ..

image

Majlis aqiqah Muhammad Qhaliff Iman

 

Alhamdulillah .. segala perancangan utk adakan majlis aqiqah anak aku ni berjalan dengan lancar .. Terima kasih pada mak mertua aku serta adik beradik wife aku yang telah uruskannya dengan baik sekali ..

Orang tua aku serta adik perempuan aku pun ada gak untuk memeriahkan majlis ni esok .. 

Qhaliff lak .. Hurmm .. dah mula kenal muka aku.. Dah kira berani pandang muka aku lama lama tanpa menangis .. hahaha .. cuma pantang dia dengar suara mak dia , mesti wat wat nangis .. Grr ..

Pas kenduri tu nanti , ada projek giler aku kena buat .. Adoi .. Harapnya dapat kejar masa dengan sempurna ..

Haaa .. sapa yang ada kat Kelantan waktu ni , meh la datang esok yer .. Dekat depan kem Desa Pahlawan jer , Kok Lanas ada satu kedai runcit .. Belakang kedai tu jer .. Ok ?  Mula majlis lepas Zohor .. Ala kadar jee pon ..

Ahad, 27 Mei 2012

Bila wife ajak tengok movie Snow White ..

 

Wife tanya aku ..

Camana nak tengok wayang bila dah ada baby ni ..

Aku jawab setelah berfikir panjang ..

" Mudah jer .. Abang g tengok dulu .. Balik nanti , abang cerita je la kat awak .. ok ? "

Ok la tu kan ? Nasib baik aku cerita sendiri dari aku suruh baca je kat blog bila aku update review tu nanti kan ? Haaa ..

Bukan pe .. Kalau wife g sorang sorang , dia confirm tidur .. Kalau g sekali ngan aku , confirm rindu baby kat rumah mak aku ..

Kalau bawak dia , sah sah semua orang tengok aku ngan wife dari tengok skrin tu nanti ! Haaa ..

Dua dua jangan pergi ? Mana boleh ! Aku kan blogger .. Mesti nak kena update punyaa !!

OK tak alasan ???  Kelebihan bekerja sebagai blogger ni .. hahaha ..

Ala .. nanti download je la SNOW WHITE AND THE HUNTSMAN ..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI