Apa itu GERHANA MATAHARI CINCIN ?

by - Jumaat, Mei 18, 2012

 

Secara umurmnya , gerhana matahari cincin terjadi apabila  bulan (saat kemuncak gerhana) hanya menutup sebahagian dari matahari.

 

Dijangka gerhana matahari cincin pada 20hb Mei 2012 ini persamaan hari Ahad ni ..

Namun sebahagian daripada gerhana matahari itu hanya boleh disaksikan di Sabah dan Sarawak.

Menurut Portal Pendidikan Sains Angkasa, gerhana itu juga dapat dilihat di Brunei dan sebahagiannya di Indonesia secara separa.

Malaysia tidak dapat melihat keseluruhan fasa gerhana separa itu kerana ia dijadual berlaku ketika matahari terbit pada 21 Mei.

Gerhana matahari berlaku apabila bulan melintasi antara bumi dan matahari, serta melindungi secara keseluruhan atau sebahagian imej matahari daripada pencerap yang berada di bumi.

Gerhana matahari Anulus berlaku apabila diameter ketara seperti bulan lebih kecil daripada cakera matahari menyebabkan matahari kelihatan seperti anulus (cincin) dan menyekat kebanyakan daripada cahaya matahari.

Menurut portal itu, fasa anulus akan dapat dilihat dari kawasan pantai China, utara Taiwan, selatan Jepun dan bahagian barat Amerika Syarikat serta Kanada.

Orang ramai yang mahu melihat gerhana matahari itu boleh merujuk

http://eclipse.gsfc.nasa.gov/SEgoogle/SEgoogle2001/SE2012May20Agoogle.html- BERNAMA

 

Pastinya kaki kamera tak sabar nak tunggu gerhana matahari cincin ni ..

http://duniavenus.com/wp-content/uploads/2009/01/ger6.jpg

Boleh melihat kejadian gerhana dengan cara begini .. Jangan tgk terus , rosak mata woo ..

You May Also Like

3 comments

  1. saya yang dok kat labuan ni pun bole la tengok gerhana matahari cincin ni.. tadi ada terdengar gak dalam radio klasik fm tentang benda ni..

    BalasPadam
  2. aik mata boleh rosak? kena pakia spek hitam lah ek.. tak sabar nak tengok.. 2 hari lagi je ni :)

    BalasPadam