Belia Malaysia ni dahagakan hiburan ke ?

by - Ahad, Mei 27, 2012

 

image

Hurm … kekadang aku tergaru garu kepala gak .. Kita ni sebagai rakyat , mmg disogokkan dengan pelbagai jenis hiburan .. Macam macam hiburan yang ada kat tv tu .. Aku tak tau la kot mungkin ada yang hiburan mampu memberi kesan positif dalam corak pemikiran terutama pada belia seperti rancangan rancangan nyanyian realiti , lawak jenaka  .. Tapi berapa peratuskah ‘khasiat’ yang ada dalam rancangan rancangan seperti tu ? Ni kira macam makan makanan ringan atau amik contoh maggie je la kot.. Asal ada tuls protein , vitamin , rembat ! Janji perut kenyang .. kan ? Untuk jangka panjang ? Huhuh …

Kini , belia kita sebenarnya cukup bijak berfikir dlm apa saja isu dan ini mampu mengubah situasi negara .. Tapi , apa yang aku nampak , dengan longgokan hiburan yang tak langsung bermanfaat ini membuatkan belia semakin lemah utk ‘bangkit’ sbb dah terlalu ‘ berlemak’ dan ‘sedap bersantai’ ..

Tertanya gak aku sebenarnya .. Ini ke yang dikehendaki oleh negara kita ? Betul .. aktiviti untuk belia ada bnyk yang beri manfaat .. sangat banyak .. Tapi fikir semula eh .. buka mata semula ehh .. Kalau benar mampu membina generasi yang bijak berfikir serta mampu memimpin , kenapa bila PRU , yang dicalonkan banyak muka muka lama ? Kenapa tak letak muka orang muda ? Nape eh ? Sebab takde pengalaman ? Tak mampu menarik pengundi ? Belia dok bz beraktiviti ? Atau tak minat berpolitik ? Yeke ?

Aku bukan bicara soal politik atau hentam kerajaan mahupun aku peminat parti pembangkang .. Aku cuma nak tau , sampai bila ‘singa singa’ ni nak dilekakan dan ditidurkan ? Masih tak perasan kah ?

You May Also Like

11 comments

  1. Baik pergi kuliyah Ustaz Azhar..

    BalasPadam
  2. sangay setuju dgn entri mr ben ni..mybe singa2 ni dah malas nk memburu..kerana dah apply borang masuk zoo..:)

    BalasPadam
  3. Hiburan tue boleh diumpamakan sebagai makanan ruji dalam kehidupan kita,manusia nie..Abang Ben..Macam nasi kot?Hehehehe...

    Rasanya,kita kena lebih pandai memilih hiburan bentuk apa yang kita inginkan..Hiburan yang melekakan kah atau hiburan yang mampu membuka minda..Hakikatnya,banyak hiburan sekarang lebih kepada melekakan (kalau tak pandai sesuaikan dengan masa dan diri sendiri)

    Nice post.. =)

    http://iklil-syahmi.blogspot.com/

    BalasPadam
  4. Bagi saya, program macam ni tak patut ada dalam himpunan belia. merosakkan remaja. tak ada faedah. nak2 lagi artis k-pop. cubalah buat pengisian yang boleh mendidik jiwa para remaja. ceramah ke, nasyid ke. rasanya lg elok.

    tp nk wat cmne, pemimpin kita pn minat hiburan. rakyat pn mengikut la :D

    BalasPadam
  5. semua pengaruh TV,TV adalah media paling berpengaruh dalam kehidupan kita. Sebab tuh Yahudi kan dia nak serang umat Islam mesti melalui TV sbg bahan media

    BalasPadam
  6. yep.. ade ke patut cancel ceramah tu. dan digantikan dgn konsert yg ntah ape2 ni. nmpak UAI upset ms pergi dgr ceramah beliau Jumaat lps yg sepatutnye beliau berada di Putrajaya. sempat lg UAI ckp *ms ni dorg tgh bejoget2 atas pentas ni. huhu.. kesian. :(

    BalasPadam
  7. kita sbg belia ni lah yg harus sentiasa beringat.. manusia ni memang perlukan hiburan..tak salah nak berhibur asal tahu batas, nama pun manusia..selalu leka & lalai..bagi saya, tak perlu nak salahkan mana-mana pihak..pucuk pangkal diri sendiri. Ada akal guna untuk fikir.

    BalasPadam
  8. tersangat3 setuju ngan entry ni..

    BalasPadam
  9. hiburan...mmg perlu tapi ada time2 nya..mengikut keperluan la..ni mmg dah tahap berlemak dgn hiburan..agak2 kena penyakit jantung x?

    BalasPadam
  10. tak perlu rasanya disogokkan hiburan hanya untuk mengumpulkan para belia di malaysia ni....banyak lagi pendekatan lain yang lebih berfaedah dan terjamin.

    BalasPadam
  11. assalamualaikum.. rasanya masih akan ada orang yang baca ulasan saya ni, kan En. Ben? saya agak terasa sikit dengan post ni, tapi bukannya terasa nak marah, cuma rasa tersedar. saya ni remaja berumur 17 tahun ni, dan saya meminati K-Pop. bila baca post ni, terasa macam "betul ke belia seangkatan aku seteruk yang dibayangkan orang2 dewasa ni?" mungkin betul kata kalian semua memandangkan kalian semua lebih berusia dan makan garam dahulu sebelum saya. saya sebenarnya nak ucapkan terima kasih atas post ni walaupun mulanya terkedu, sebab belum pernah ditegur sebegini rupa... hahaha. disebabkan saya belia, saya akan bagitahu jugaklah apa yang positif pada hiburan ni.. satunya mungkin menyihatkan tubuh badan. bila kami tengok muzik kpop ni, mereka banyak menari, tarian pun boleh diikut, maka ada antara kami, belajar tarian tu dan secara tak langsung, mengurangkan lemak dan kolesterol dalam badan.. tu je lah kot saya boleh tulis sebab macam dah panjang sangat ni. tapi, terima kasih sebab bagi kesedaran kepada kami. insyaAllah saya akan sampaikan kepada kawan2 yang lain. :)

    BalasPadam