Dah 20 seluar dalam dia , dikebas !

by - Rabu, Mei 09, 2012

 

Kegemaran pelik seorang lelaki misteri mencuri pakaian dalam wanita di kawasan Salak Selatan menyebabkan seorang kerani dan keluarganya kini hidup dalam ketakutan.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Lee An, 40-an mendakwa sejak dua bulan lalu lebih 20 seluar dalamnya dilarikan dan lelaki terbabit tidak pernah takut untuk memasuki kawasan rumahnya yang berpagar untuk mencuri pakaian dalam berkenaan.

Dalam kejadian terbaru kelmarin, pakaian dalam mangsa yang disidai bersama pakaian lain dalam kawasan rumah berpagar didapati hilang manakala pakaian lain masih ada di jemuran.

Menurutnya, kehilangan pakaian dalam itu disedari bapanya yang bangun kira-kira jam 6 pagi apabila mendapati pakaian dalam miliknya sudah hilang.

“Saya kemudian mencari di seluruh kawasan rumah tetapi tidak menemui pakaian itu. Ini bukan kali pertama kejadian seperti ini berlaku dan sejak dua bulan lalu, lebih 20 helai seluar dalam saya yang dijemur di ampaian dicuri lelaki misteri. ” – Hetro Online

 

Zaman ni kan zaman huru hara ree …  Yang senget , mintak haknya .. Yang lurus , sibuk nak disengetkan .. Jadi , takat curi seluar dalam tu , tak hairan laa .. Memang  dah byk kes manusia mengarut ni ada .. Siap cium pon ada ok ! Suka benar bau sabun ..

Jangan ada sampai masuk rumah , curi bulu kaki penghuni rumah tu dah !

 

 

 

 

Cer sidai seluar dlm macam ni ! Kalau kena curik gak , confirm bukan manusia ! Tu jin buragas namanya ! Semua nak sebat !!!

image

You May Also Like

4 comments