Entri SAMPAH !

 

Aku tau sangat bila ada blogger keluarkan kenyataan begini .. Aku tak salahkan dia kalau dia berfikiran begitu. Mungkin dia belum arif lagi mengenai dunia penulisan blog ni .. Maksud aku , dari sudut citarasa pembaca blog ni , dia perlu tau dan kaji , apa yang mereka suka baca dan tidak ..

Kalau kita rajin blogwalking , kita akan dapati blog blog yang tinggi trafik atau ramai pembaca ni terdiri dari blog blog hiburan . Cerita je pasal artis , blog dihurung punyalah ! Cerita pasal politik , komen caci maki confirm ada punya .. Cerita pasal fesyen , puji memuji pasti ada .. Cerita pasal kehidupan ? Hanya pembaca setia saja sudi meninggalkan komen .. hehe . Tu belum nak cerita pasal bini no 2 , 3 atau ada yang sanggup terbitkan blog cerita cerita seks atau lucah .. Haaa.. Ops , blog infomasi pon ramai .. Sama gak blog copy paste.. hehe ..

Kalau blog gitu , tak heran la kan kalau trafik dia beribu ribu. Camana pulak dengan blog blog peribadi ni ? Yang dok cerita pasal makan , minum , sakit perut atau datang sengugut ? Sapa nak baca ?? Ada ke nak baca ? Kalau ada , mesti pelik kan ? Entri macam tu pooon ada yang nak singgah baca dan komen ! Mentang mentang la blogger top .. cerita apa saja , ramai baca n komen ! Camana pulak yang tak top ni  ???

Blogger yang tak top ni , satu je aku nak pesan .. Kasi la top .. Ingat blogger yang top ni , lahir lahir terus top ke ? Diorang pon usaha dari bawah untuk naik..

Satu lagi pesan aku eh ..

Apa yang membezakan antara blogger A dan blogger B , ialah penulisan ! Pembaca mempunyai citarasa yg berbeza beza . Ada yang gemarkan penulisan yang bercorak RILEKS dan ada yang lebih sukakan INFORMASI .

Tiada istilah penulisan SAMPAH dalam mana mana blog kecuali dia menulis untuk mencaci maki orang lain . Jika dia menulis untuk meluahkan peraasaan atau meLOGkan kenangan , maka itu adalah haknya.

Jangan lupa , blog adalah LOG atau DIARI seorang pengguna internet ..

29 ulasan:

  1. saya tulis apa yang saya rasa, kadang-kadang ada orang yang anggap saya tunjuk pandai.. huhuhu. sedih.

    BalasPadam
  2. bagi mereka peluang utk betulkan kesilapan..plus..kita tak dapat nak puaskan semua hati orang...

    BalasPadam
  3. yaaa betuuullllll..... mia setuju 100%... kalau takde orang nak komen pun takpe.... nanti esok2 kita boleh flash back balik...

    sebuah diari yang dikongsi bersama pembaca. suatu pengalaman yang amat bernilai dan bermakna buat blogger tu sendiri.

    BalasPadam
  4. saya sendiri rasa entri saya macam sampah. :D

    BalasPadam
  5. Betul 2...kita punya blog orang jgn komen mcm2 kan...x baik lah mcam tu...abg ben siapa kata entry sampah tu...abg ben kasi sampah aje kat muka dia...heheh...

    Kita kan berkawan2 utk mengeratkan ukhuwah ...betul x abg ben...IDUP ABG BEN.

    BalasPadam
  6. bagus informasi ni.. amat berguna utk saya sebab saya masih baru lagi dalam dunia blogging ni... :)

    BalasPadam
  7. tul tu...saya juga menulis but blog saya lebih pada cerita peribadi...yg maybe lebih pada kehidupn kami sekeluarga seharian...lagipun nk berblog cam abg ben tak braper nk teror n cam masa kurang...

    BalasPadam
  8. Setuju 100% dengan ayat ni :

    "blog adalah LOG atau DIARI seorang pengguna internet"

    BalasPadam
  9. Ya...betul..!!! tiada istilah sampah..

    BalasPadam
  10. setuju 100% jugak dengan ayat last tu.. :)

    BalasPadam
  11. Thanks encik Ben atas entry yang membuka mata ini. tapi ingat lagi encik ben punya perkataan "Sampah sekarang boleh dikitar semula"

    terima kasih atas tip itu.

    BalasPadam
  12. ko tulis pasal kehidupan harian ade org baca ...cane tuh ... hahahaha

    sikit2 qaliff ade je org baca ..aku la tuh ...mauahahhahaha

    BalasPadam
  13. ..yepp, kami banyak jumpa blog berita isu semasa yang 'copy paste' .. trafik memang tinggi, tapi tak ada beza blog dia dengan Berita Harian mahupun Harian Metro. Tiada passion dalam penulisan. Cuma mahu duit dari iklan.

    BalasPadam
  14. saya baca semua blog..x kira artis ke..peribadi ke..politik kee...hehehee;)

    BalasPadam
  15. icumm ada satu blog ni, icumm suka komen entry dia..sbb berinformasi..bila tiba2 entry dia dah bertukar lebih kepada artis, copy paste hrian metro..icumm jadi tak best dah nak baca..sbb tu kita boleh dpt dari tmpat lain..hehe
    tapi tak kisah la kan..blog adlh log atau diari seorang pengguna internet :)

    BalasPadam
  16. assalamuaaikum

    betul tu bro ben....kalau sampah sekali pun, jadi kan ia sampah yg berharga.

    p/s: balik kok lanas nanti calling2 la, myb kita boleh bersua mata. insyaAllah cuti skola nnt smpai sy ke sana. Myb law bro ben blk kok lanas leh kita duk semeja mghayati aroma panas kopi o smbil bergosip...hihihi

    BalasPadam
  17. terima kasih untuk entri nie, sy rasa semangat nak berblog sebab ade blogger yg macam Ben, tak mudah pandang rendah kat blogger lain lebih2 lagi untuk blogger baru..memang betul apa yg Ben cakap..setuju sgt2...

    BalasPadam
  18. menulis dari hati.. itu pasti...

    BalasPadam
  19. ye.. betul tu.. blog ini pun macam dairi juga.. tapi public dairi la...

    BalasPadam
  20. Lepas ni akan terus bersemangat menulis blog!!! Hahahaha credit to abg ben! jia you!!!!

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.