Kadang-kadang aku malu dengan diri aku sendiri !

by - Sabtu, Mei 19, 2012

 

Kebelakangan ini , setiap saat kita boleh nampak pelbagai kejahilan berlaku di depan mata kita atau pada kita sendiri terutama aku ..

Hurm.. Macam tadi , aku g isi minyak kereta kat Shell . Ada satu perempuan ni .. Aku ingatkan dia bogel tapi rupanya tak .. Dia pakai suar ketat ala ala cam superman tu .. Aku nak tulis lebih je kat sini tapi jadi ngumpat lak .. Bukan best pon nak pandang  tapi jadi meluat ! Tang mana seronoknya pakai seluar dalam je,  pon tak tau laa aku ..

Aku bukan nak mengata lebih hal ni .. Aku pon pandang gak keluarga aku. Dan aku tau , diorang pon baca blog aku .. Jadi , sendiri fikir la yer .. Nak tegur , masing masing dah ada ilmu , akal dan mampu berfikir dengan baik sekali ..

 

Kenal dia  ? Dia adalah bekas pelakon filem Hollywood, Myriam Francois-Cerrah atau Emilie Francois yang telah memeluk Islam pada tahun 2003 ..

Myriam pernah berlakon seawal usia 12 tahun terlibat dalam filem arahan Ang Lee iaitu Sense And Sensibility pada tahun 1995 di samping Emma Thompson dan Kate Winslet .

Selain filem tersebut, beliau juga pernah membintangi beberapa filem Hollywood seperti Paws (1997) bersama Nathan Cavaleri dan Heath Ledger selain New Year's Day pada tahun 2000.

Beliau mula jatuh cinta dengan Islam semasa membuat pelbagai kajian mengenai agama itu.

Myriam sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang doktor falsafah di universiti Oxford dan banyak mengadakan dialog mengenai Islam di pentas antarabangsa seperti dalam program BBC Big Question bersama Dame Ann Leslie, Beverly Knight, Rev. Peter Owen-Jones dan sebagainya.

Lihat dan bandingkan dengan diri kita .. Dia baru beberapa tahun menerima hidayah .. Kita ? Aku ? Kau ? Camana pulak ? Nak tunggu terima hidayah dulu ke ? Kalau panjang umur .. Kalau tak ?

 

Sumber info : Mstar Online

You May Also Like

3 comments

  1. Tulah takut bila fikir diri sendiri yang tak sempurna..mudah2an ada perubahan dalam diri.

    BalasPadam
  2. Hurmm..tahu mana baik mana buruk tapi kerapkali nafsu menguasai diri.

    BalasPadam
  3. pernah jumpa sorang makcik ni pakai seluar legging (sebenarnya lebih kepada seluar dalam panjang).. walaupun makcik tu selamba je tapi ai yang tengoknya pulak malu..

    BalasPadam