Kenapa perlu berblog ?

by - Sabtu, Mei 26, 2012

 

Dulu kan , 2 setengah tahun dulu kan .. aku mula mula berblog dan mula jumpa kawan kawan blogger , kebanyakkan terdiri dari mereka yang masih muda lagi ..

Aku terfikir masa tu apakah blog aku ni cuma dibaca oleh generasi muda ? Bagaimana aku nak tarik mereka yang terdiri dari golongan bekerjaya besar dan punya citarasa yang tinggi ? Hurm .. Strategi di pasang .. Mengena … Aku tersenyum .. Alhamdulillah , segalanya berdasarkan pengalaman pahit manis aku sebagai manusia yang aku gunakan ke atas blog aku ni ..

Dari situ , aku mula aturkan langkah kaki aku untuk pergi lebih jauh dalam dunia blog ni .. Aku tak nak dikenali sebagai ‘sekadar blogger’ tetapi blogger yang memainkan peranan membentuk masyarakat yang positif ( termasuk aku ) pemikirannya  serta berdaya maju  ( termasuk aku ) .

Alhamdulillah , berkat komen dari rakan rakan yang berbentuk positif mahupun negatif , aku gunakan untuk tingkat lagi penulisan aku dari sehari ke sehari ..

Petang semalam , satu sejarah peribadi terukir sbg blogger . Satu sesi dialog antara blogger / media online bersama Institut Integriti Malaysia telah berlansung untuk kali ke berapa aku tak pasti .. 2 kot tak silap aku … ke 3 ? Er .. tak kisah la..

Dan aku dijemput hadir untuk menyertainya ! Yang membuatkan aku terbeliak sebentar , tuuuu .. nama aku no 1 tuu di antara semua tetamu yang dijemput hadir .. huhu .. Bangga jap .. hehe ..

senarai

Bila aku tengok muka muka yang hadir , sorang pon aku tak kenal !! Hahahaha .. betapa aku masih di dalam tempurung dalam dunia blog ni .. Huhuh ..

IMG_1541-1

Seorang demi seorang menceritakan latar blog mereka .. Aku segan nak cerita .. Maklumlah .. blog picisan … huhu.. Dan mereka ni adalah blogger yg punya pengalaman hidup yang jauh menarik dari aku untuk diceritakan dalam blog mereka ..

IMG_1540

IMG_1539

Bila aku nampak kehadiran Prof. Dr Chandra Muzaffar  , semangat aku terus berkobar kobar untuk menghayati sesi dialog ni .. Huhuh ..

IMG_1542

Dan akhirnya , aku dapat buat satu kesimpulan yang menarik .. Tak sia sia aku berblog ! Bukan kerna nama .. Bukan mengejar populariti .. Tapi sebenarnya .. Cukup mudah , untuk berkongsi ..

Yang lain itu adalah ganjaran hasil penat lelah memerah otak .. Apa saja kita buat dengan bersungguh-sungguh , ada ganjarannya di kemudian hari ..

Aku berbangga berada di sini , petang semalam .. Ini dikatakan bukan calang calang orang yang dijemput hadir .. Aku je la tak .. huhu .. Segan wooo.. Tak bersuara aku …

Tapi bila aku bersuara .. ada yang terkedu .. Maaf la yer .. Saya tak berprotokol kerana saya meluahkan pendapat tanpa bertapis .. Huhu ..

Habis la aku pasni ..  Nasib baik ISA dah dimansuhkan.. hahaha ..

You May Also Like

19 comments

  1. wahh.. untungkan..
    hope satu hari nanti
    saya akan berjaya spt abg ben

    BalasPadam
  2. untung abg ben ..haha ..kita boleh buat sesi dialog jugak lagi di kemudian hari .

    BalasPadam
  3. BESAR PERANAN BLOGGER NI..LEBIH2 LAGI BG YG DAH ADA PENGIKUT SETIA..BRAVO BRO.BEN

    BalasPadam
  4. BESAR PERANAN BLOGGER NI..LEBIH2 LAGI BG YG DAH ADA PENGIKUT SETIA..BRAVO BRO.BEN

    BalasPadam
  5. wah,terbaik lah abg ben^_^.. Saya menaip kerana untuk berkongsi kisah hidup=)

    BalasPadam
  6. Wah, tahniah. Bukan calang2 orang yg dijemput.
    Pendapat saya, nak berjaya dlm bidang blog agak susah. Sokongan paling penting. Bila dah ada nama, mudahlah, xperlu lg cara nak naik. Kena fikir benda lain yg bermanfaat kpd org lain. Seelok2nya biarlah blog dapat salurkan pahala berterusan kepada kita, bukannya dosa.

    sha my heart

    BalasPadam
  7. one day, nak jugak mcm ni jadi blogger berjaya mcm abg ben salbani tapi apakan daya, blog saya ni ciput je..huhu

    BalasPadam
  8. Wah,inilah namanya rezeki manusia siapa tahu!Kalau tuah ayam nampak di kaki kan?

    Tahniah abang Ben sebab sudah berjaya berganda-ganda..Siap dijemput lagi tue untuk diskusi! =)

    http://iklil-syahmi.blogspot.com/2012/05/alodia-menjejak-raja-prolog.html

    BalasPadam
  9. Wah, kemain lagi bro siap dapat jumpa Dr. Chandra Muzaffar. Keep it up!

    BalasPadam
  10. Assalam bro. Kalau boleh sharelah blog-blog org yg hadir masa sesi dialog tu =)

    Nampak macam yg datang tu hebat-hebat belaka. Mesti level entri dieorg tiptop. Ape-ape pun saya dahulukan dgn terima kasih.

    *** saya dah serbu blog aliatan ;)

    BalasPadam
  11. terbaik la abg ben.. :) hopefully satu hari saya nk success mcm abg ben :)

    BalasPadam
  12. suka berkongsi ilmu dalam blog dan happy bila org cari kat google dapat info from blog kita

    BalasPadam
  13. skrg blogger dah semakin diiktiraf kepentingannya dalam masyarakat. anyway, congratz bro ben dan congratz juga sebab mampu bagi pendapat sehingga terkedu semua yang hadir. hehehe.

    From,

    Nasz

    MOHD NASER.COM

    BalasPadam
  14. best yer dpt berkongsi...perkongsian..Ayut noted..!harap membawa manfaat bersama dgn blog.mudah-mudahan.Amin.

    BalasPadam
  15. Tahniah Abg Ben atas usaha gigih selama ini akhirnya mendapat pulangan yg berbaloi..hihi...

    http://chintariesa.blogspot.com/2012/05/nak-jadi-macam-ben-ashaari.html

    BalasPadam
  16. smartnyaaa......baju pakcik ben! hihih

    BalasPadam
  17. waaaaa.... hebatnyer.....
    tahniah...

    BalasPadam