Lukisan 'The Scream' bernilai AS$119.9 juta

by - Khamis, Mei 03, 2012

 

image

Satu-satunya koleksi peribadi yang di miliki pelukis tersohor Norway, Edvard Munch, ‘The Scream’ iaitu antara lukisan terkenal dalam sejarah memecahkan rekod dunia hari ini apabila berjaya dijual pada harga AS$119.9 juta di Sotheby, New York.
Persaingan sengit antara tujuh pembida yang menawarkan harga tertinggi bagi hasil kerja seni itu dilelong dalam tempoh hanya 12 minit dengan mendapat tepukan gemuruh penonton.

Rekod sebelumnya dipegang pelukis Sepanyol, Picasso, ‘Nude, Green Leaves, and Bust’ yang dijual pada harga AS$106.7 juta pada 2010.

‘The Scream’ adalah salah satu daripada empat hasil karya yang menggambarkan kekecewaan dan putus asa pada zaman moden.  - Bharian

 

BEN : Wow … Banyak sangat dah duit diorg ni .. Huhuh..

You May Also Like

5 comments

  1. waduh ..banyak nya duit keluar ..ahaks

    BalasPadam
  2. Ce kita bkar portrait ni, tgk diorg nngis ke tak, hahaha!
    Lpas ni boleh la jadi Leonardo, mlukis..

    BalasPadam
  3. assalam, bagi saya yg buta seni ni...nampak tak de ape yg menarik tapi waduh...ratusan juta tu nilainya

    BalasPadam
  4. erkkkk cam nie pon dah berjuta-juta ke harganya? wohooo mahalnya! tapikan tengok dari mata kasar nampak biasa je lukisan nie :)

    BalasPadam
  5. wow ! hebatnya lukisan ni . Susah tu nak lukis . Makin lama masa yang diambil untuk melukis , makin mahal harganya . Cikgu saya cakap gambar yang saya lukis tu pon harganya dah RM20 ke RM 30 . Padahal saya cuma lukis gubahan tembikar je . ngeee ^_^

    BalasPadam