M.Nasir terpilih sertai IMAM MUDA musim ke 3

by - Rabu, Mei 23, 2012

 

Fuhh .. M. Nasir ??? Sudah join rancangan ni ? Nak jadi pengetua atau peserta ? Waduh waduh .. Dengan pantas aku berlari mendapatkan maklumat lanjut dengan menekan hyperlink , SETERUSNYA ..

 

Muhammad Nasir M Yakub Ismail atau M. Nasir dari Sumatera Utara, Indonesia memberitahu menangis apabila dimaklumkan terpilih menjadi sepuluh peserta akhir rancangan Imam Muda musim ketiga yang bakal bersiaran pada 1 Jun depan.

M.Nasir,26, memberitahu dia sangat terharu dipilih menyertai program tersebut kerana sentiasa mengikuti perkembangan dua siri terdahulu Imam Muda serta berjanji untuk belajar bersungguh-sungguh selepas dipilih menyertai program realiti tersebut. “ – Mstar

Oooo … Ini rupanya M.Nasir yang dikatakan tu .. Hehe.. Ingatkan sifooo Amy Search tu .. Kot la nak tukar haluan .. Dah boring ngan dunia hiburan yang lebih garam dari kuah tu .. Hehehe ..

Selain M.Nasir, sembilan peserta lain adalah Muhammad Ramadhan Subky Abdullah, 25 (Kuala Lumpur), Fakhrulrazi Ibrahim, 25 (Pulau Pinang), Omar Mohd Mokhtar, 21 (Pahang), Syed Mohd Faris Syed Roslan, 26 (Perak) dan Mohammad Hafiz Abdul Kadir, 27 (Kuala Lumpur).

Turut menyertainya Abdul Jabbar Mohammed Kahar, 28 (Selangor), Megat Mohd Zaid Megat Azmuddin, 26 (Perak), Mohammad Azri Nami Mohd Kamal, 21 (Johor) dan Abdul Rahman Naufal Mohd Hatta, 21 (Johor).

Tak kisah la kan .. Apa pon , semoga rancangan ini mampu memberi kesan positif pada anak remaja kita sekarang yang semakin .. hurm .. Korang pon tau la kan apa perkataan seterusnya .. Hehe .. Kang ada lak yang terasa ..

Tahniah buat krew penerbitan IMAM MUDA 1,2 dan terbaru 3 .. Semoga berjaya ..

You May Also Like

3 comments

  1. adeh.. tahniah lah.. ingatkan M.nasir yang penyanyi tu..

    BalasPadam
  2. la..ingatkan M. Nasir otai tadi. hahaha.

    From,

    Nasz

    MOHD NASER.COM

    BalasPadam
  3. hehe...suspen je. Anyway congrats M.Nasir (kot2 la dia follow blog nih kan)

    BalasPadam