Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 27 Mei 2012

Perlu ke sukan lumba kereta ni di Malaysia ?

 

Maaf la yer .. aku ni mungkin kolot sebab terlalu fikirkan keselamatan diri walaupun orang kata , nak mati ni kat mana mana boleh tapi aku tak la nak ‘jemput bala’ tu datang ..

Dalam usia 20an dulu , ada gak aku g ikut kengkawan g layan drift dan drag ni .. Aku tengok sekali tu jer la.. Takde la tahap nak layan sampai berkali kali sebab bagi aku sukan begini , sukar mendapat tempat di hati pemimpin yang mana akan member dana untuk melakukan di tempat tempat yang lebih selamat untuk melakukan pertunjukan mahupun pertandingan . Ini Malaysia ! Kalau nak menyanyi  sambil gelek , boleh .. Nak nyanyi dengan pakai ketayap , tunggu Ramadhan baru laku ! Hakikat ..

Kita dah tau mengenai insiden yang berlaku di Hari Belia 2012 yang melibatkan acara drag .. Ada yang kata , ada yang mati .. ada kata cedera parah .. Mana satu yang betul atau tak , aku pon tak tau laa .. Tapi peliknya kan , kenapa acara ini dibenarkan ? Dan kenapa takde pihak yang menganjur HARI BELIA ni takde yang memantau ?

Ok .. aku petik satu kenyataan dari akhbar online , SINARHARIAN ..

“ Ahmad Shabery berkata program perlumbaan itu diatur oleh penganjur yang berpengalaman namun beliau difahamkan tidak ada satu badan yang khusus yang menyelia dan mengawasi perlumbaan seperti itu.”.

Kenapa dibenarkan buat juga walaupun tau takde badan yang khusus akan menyelia ? Bila jadi begini , sapa yang bertanggungjawab..

“ Beliau turut dimaklumkan pihak penganjur telah memberi amaran supaya orang ramai berada di belakang bahagian yang dibenarkan, namun apabila sesi itu berlangsung ramai yang tidak mengendahkan arahan tersebut disebabkan kawasan tersebut terlalu sesak dengan kira-kira 10,000 penonton. “

Ok , kalau aku jadi penganjur , perkara pertama yg akan aku buat ialah berhentikan seketika dan mintak semua penonton berada di tempat yang dibenarkan ! Dan kemudian letakkan pengawal di situ ..  Kita tau , malang tak berbau. Tetapi sekurang-kurangnya amik tindakan dari dok cakap saja !

Mungkin ada yang akan komen , benda nak terjadi dah .. nak kata apa kan ? Salah tu .. sepatutnya kita kena fikir segala kemungkinan yang boleh terjadi melainkan , ianya tetap nak terjadi  seperti kereta  melayang masuk ke tempat duduk penonton .. Tu mmg tak leh nak kata apa dah .. Kuasa Allah .. Tetapi ni , lagi terang dan nyata penonton berada di kawasan yang tak dibenarkan. Kenapa tiada tindakan tegas ? Bila dah jadi perkara gini , sapa nak pening ? PM gak kan ? Haaa .. Sapa yang senyum ? Tu korang tau la kan ..

Nasihat aku lak .. kalau sukan sukan yang melibatkan nyawa walaupun bolasepak (main dalam waktu hujan lebat ) , elok elok la renti kan .. Dah tau pon sukan untuk menjaga kesihatan , maka jagalah .. Bukan nak tunjuk sapa bagus sapa kuat !

Maka kembali kita tanya pada diri kita , apakah perlu sukan lumba kereta ni ? Kita tau , semua orang ada kereta .. Bila dah tengok menda gitu depan mata mesti ada yang gatal nak cuba kat kereta sendiri .. kan ?

Kalau nak buat gak , sediakan gelanggang kereta  di setiap negeri yang mana semua orang boleh layan asalkan bayar dan murah !

Ni baru kereta .. motor lagi ? Main basikal dah laa …

IMAG2294

IMAG2295

Drift yang pernah dibuat di Putrajaya baru baru ni .. Aku amik gambar ni di tepi jalan berhampiran dengan kawasan yang buat pertandingan ni .. Terbuka ! Ada nampak sebarang tanda yang mereka pentingkan keselamatan ? Aku amik gambar jap dan balik sbb risaukan keselamatan .. Mati katak wehhh ..

3 komen :

amgyver berkata... [Reply to comment]

kalau sukan bermotor ni memang saya minat.. kalau kemalangan ni bukan perkara baru dalam drag race ni. Walaupun organizer berpengalaman, tapi susah nak handle orang yang terlampau ramai. Kebanyakkan kemalangan yang berlaku disebabkan sikap degil penonton yang masuk ke kawasan larangan. Pernah ada terjadi dulu penonton duduk betul2 depan finishing point. Memang kena cium dengan motor la.. Sebelum tu racer semua siap buat pengumuman lagi merayu-rayu kepada penonton untuk duduk dibelakang pagar. Tapi kalau betul dengan tempatnya, takde la penonton boleh masuk ke dalam trek.:)

Jaja berkata... [Reply to comment]

benci dengan sukan2 mcm ni..... bising, merosakkan jalan, membahayakan keselamatan.... saya panggil 'sukan rosak akhlak'... hehehe....

Rahmah Ram Ram berkata... [Reply to comment]

sungguh tak selamat!!

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI