Sombong benar kita kan ?

by - Khamis, Mei 17, 2012

 

DOKTOR di kawasan pedalaman di Peta, Uganda, merayu supaya ada pakar perubatan dari negara luar mampu mengatasi masalah  Oketch.

Seorang budak Uganda kini bertarung dengan maut selepas kakinya membengkak secara misteri sehingga terlampau besar.

Baru berusia 10 tahun, Vincent Oketch kini hanya mampu duduk atau berbaring di katil kerana saiz kakinya menghalang dia berjalan.

Keadaan itu juga memaksa Oketch mengenakan pakaian budak perempuan atau skirt bagi menyesuaikan saiz kakinya. Doktor di Peta merayu kepada pakar perubatan antarabangsa supaya membantu mengubati Oketch kerana mereka yakin, jika lambat dirawat, budak itu mungkin meninggal dunia.

Bapa Oketch, Tito Opoya, berkata keadaannya itu sangat mengecewakan kerana anaknya menjadi bahan cemuhan apabila berpakaian seperti budak perempuan. “ – Hmetro

 

Apakah alasan kita untuk tidak bersyukur ? Apakah alasan kita untuk tidak bersolat ? Apakah alasan kita untuk tidak mahu menutup aurat ? Kurang sempurna ? Tidak cukup makan ? Tidak mampu melihat ? Tiada anggota tangan untuk memakai pakaian yang sempurna ? Apakah alasan kita untuk kita beritahu pada Pencipta , yang kita belum bersedia lagi untuk menurut perintahNya ?

Kita sombong dan riak sebenarnya sehingga lupa nak mensyukuri pemberiaanNya.

You May Also Like

5 comments

  1. kesian adik ni.

    semoga doktor doktor di sana nak bantu beliau. kalau tak bantu, tak payah jadi doktor lah kan . huhu

    sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita ada ^^

    BalasPadam
  2. nauzubillahiminzalik..minta dijauhkan dr riak . takabbur..

    BalasPadam
  3. bila susah kita mencariNYA.. tapi bila senang.. dengan mudah kita melupakanNYA..

    BalasPadam
  4. Salam..mintak diri ini dijauhkan dari sifat sombong..Amin~

    BalasPadam