“Sori yer.. Ai tak suka lelaki berbadan sasa ! “

by - Ahad, Mei 20, 2012

 

Sama gak bila terdengar kenyataan ,

“ Sori yer .. Ai tak suka perempuan yang bermekap ! “

KONONNYA laa .. tapi bila lalu depan mata , terjeling jeling gak kan ?

 

Bila sebut lelaki berbadan sasa ni , maka terbayanglah …

Abang-abang berbadan ketul ketul cam ada ketulan ais di badan mereka .. Pergh.. Geli arrr nak ada boypreng cam ni .. Diorang kata laaa ..

Tapi lelaki berbadan sasa ni tak kisah pon ngan kenyataan gini sebab apa ? Mereka bukan buat untuk pikat perempuan.. Ianya cuma suka suka sbb menghabiskan masa di gym bersenam ..

Bina badan ni adalah bersukan yang nampak kesannya .. Tu pasal aku join sukan ni .. Pakai baju pon nampak kemas skit dan selesa .. Nak berjalan kaki jauh pon tak mengah .. Rasa fit senantiasa ..

Ok ..  Cer amik contoh pelakon-pelakon yang berbadan jantan ( maskulin ) cam Fahrin Ahmad ? Rain ? Ben Affleck , Tom Cruise .. Atlit sukan , Lee Chog Wei , Lin Dan dan ramai lagi .. Mereka punya bentuk badan yang mana mampu menarik mata wanita memandang mereka .. Tu belum mereka ada babak bukak baju .. Ada yang ternganga tengok ..

Bila terdengar la kenyataan sebilangan wanita kata tak suka lelaki berbadan maskulin ni , aku akan kata dalam hati ..

“ Mesti anak dara tu .. “

Kenapa ? Hehehe .. kawin dulu baru tau .. Whoopss .. Ni bukan kenyataan berunsurkan lucah yer .. Jangan fikir bukan bukan ..

Aku pernah lalui pelbagai bentuk fizikal (kurus , berisi hingga lebih 100kg )  dan aku memberi pendapat melalui pengalaman aku sendiri dan juga rakan rakan yang lain ..

 

Sebenarnya , untuk berbadan maskulin ni tak perlulah sampai tahap ketul terbonjol sana sini .. Tapi cukuplah dengan punya badan yang sihat kerana bersenam . Mereka yang bersenam dengan tidak bersenam , boleh nampak perbezaan . Ibarat pokok yg disiram dengan yang tidak disiram .. Walaupun dua dua pokok tetap hidup tapi nampak perbezaan ..

Satu lagi kelebihan mereka bersenam ialah kesihatan .. Islam sendiri mengalakkan umatnya menjaga kesihatan . Bersenam adalah salah satu darinya .. Tak perlu ketul ketul laa ..Tapi biar la nampak kelakian skit .. Walaupun berperut bulat sekali pon, perlu ada nampak ‘kelakian’ di situ.. Jangan salah anggap …

Kena tau , untuk miliki badan maskulin ni , kena ada disiplin pada pemakanan , kegiatan harian dan juga senaman . Secara tidak langsung , melatih kita menjadi manusia yg lebih teratur dalam rutin kehidupan kita ..

Aku ada seorang kawan yang badan dia takde la ketul mana pon tapi mampu berjogging selama 1 jam tanpa henti .. Badan dia tetap nampak berisi (berperut bulat) namun ada nampak kejantanan dia dari raut wajah dia dan jua beberapa bahagian badan dia .. Berlari serta melakukan senaman asas seperti push up , pumping memang perlu kita buat , jika ada masa lapang ..

Tak kira camana sekali pon bentuk badan kita , yang  kita nak ialah SIHAT ! Tu adalah matlamat utama dalam penjagaan diri .. Ada yang nampak cantik tapi tak sihat sbb guna bahan terlarang untuk nampak cantik kan ?

Fikir fikirkan .. Lumrah lelaki suka pada kecantikan luaran dan begitu juga wanita.. Antara dapat miliki atau tidak saja .. Yang penting , hati mau baeeekk ! Tak perlu busuk hati jika tak mampu buat atau dapat ..

Bersenamlah kerana bersenam juga dapat pahala .. Niat kena jaga ..

You May Also Like

12 comments

  1. rasa2 kan, ada tak perempuan yg takut berboyfriendkan @ bersuamikan org berbadan sasa ni?

    BalasPadam
  2. ehhh kite suke la lelaki bdan tough nie...tp tana la sasa sgt keyh..takot je tgk bdan tu..hikhokhikhok..lau mcm lau mcm lee chong wei tu oke da...baru smart...=)

    BalasPadam
  3. betul2, bina badan utk sihat baguslah.. tapi kalau bina badan utk tayang buat ala-ala kucing jalan siap berminyak2 lagi tu yg geli

    BalasPadam
  4. asal sihat,
    mana2 pon boleh (:

    BalasPadam
  5. ada juga yang respon.. hehe

    BalasPadam
  6. suka je bdan tough..mcm citer captain america..hehe..tapi kalau sasa sgt mcm ahli bina badan xberapa berkenan la..tapi yg penting sihat :)

    BalasPadam
  7. Perghh, mantap bro...biasa diorang ada supplement meal yer?itu untuk apa ek?

    BalasPadam
  8. euwww saya sgt "geli"hati dgn lelaki berbadan sasa ni

    BalasPadam
  9. boyfriend saya sedang membina badan....saya layan jer...heeee~~~ =D

    BalasPadam
  10. comel je.. nampak seksi bila time bukak baju.. hahaha..

    BalasPadam
  11. sya nak komen utk yg perempuan pula.. da sesetengah orang yg berpendapat perempuan yg berisi ini lemah tapi bila on track, mereka boleh je kalahkan orang yang dikatakan "kurus" or "slim" tubuh badan..

    kesimpulannya di sini, bagi menilai seseorang tu.. tak semestinya badan dia tu ada shape baru dikira sihat.. yg penting masing-masing tahu kebolehan dan tahap kesihatan sendiri.. =)

    BalasPadam
  12. aku antara pompuan yg tak suka laki bdn berketul ... tp klu fit tak pe... laki aku sorg kuat bersenanm + bersukan tp tak berketul ....

    BalasPadam