Tahniah buat Awal dan Scha

by - Jumaat, Mei 04, 2012

 

image

Dengan sekali lafaz, pasangan selebriti Ahmad Awaluddin Ashaari (Awal), 30 dan Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya (Scha), 29 selamat diijabkabulkan pada Jumaat, malam.

Majlis pernikahan mereka diadakan di Hotel Pullman Lakeside di sini, selepas solat Isyak kira-kira pukul 9.15 malam.

Acara dimulakan dengan upacara berbalas pantun mengikut adat tradisi orang Melayu lama oleh kedua-dua belah pihak.

Pasangan tersebut diijabkabulkan sendiri oleh bapa Scha iaitu Syed Mahadzir Al-Yahya dengan disaksikan oleh Pegawai Agama, Jabatan Wilayah Agama Islam (JAWI) Putrajaya, Mohd Salman Idrus. – Mstar Online

image

Selain mas kahwin berjumlah RM2,050 , Scha turut menerima wang hantaran yang dirahsiakan jumlahnya berserta tujuh dulang hantaran yang terdiri daripada set barangan Lazard Diamonds, sirih junjung dan bunga rampai, senaskah Al-Quran, sepasang persalinan, sepasang kasut Christian Louboution dan beg tangan Dior, kurma dan kek.

Manakala Awal menerima sembilan dulang hantaran yang terdiri daripada sirih junjung dan bunga rampai, senaskah Al-Quran, sebuah Mac Book, dompet Bottega Veneta, sepasang kasut Hermes, seutas jam tangan Cartier, sepasang baju Melayu, coklat dan kek. –Gua.com.my

 

Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat ..

Jangan lupa UNDI BENASHAARI.COM di DIGI WWWOW – BLOGGER OF THE YEAR .. KLIK .. http://bit.ly/JiGSp6 dan klik VOTE .. tu je.. Terima kasih :)

You May Also Like

10 comments

  1. Alhamdulillah, Awal Ashaari dan Scha telah selamat diijabkabulkan dengan hanya Sekali Lafaz.

    http://faqihahhusni.blogspot.com/2012/05/tahniah-kepada-scha-dan-awal-gambar.html

    BalasPadam
  2. Tahniah Scha dan Awal. Moga berbahagia bersama selamanya. Kata ada siaran langsung. Beriya mama tunggu... yang keluarnya berita artis luarnegara. Lepas tu, terus rancangan Fenomania... huhuhu....

    BalasPadam
  3. sepadan secocok...tahniah buat mereka..hehe

    BalasPadam
  4. tahniah kepada kedua mempelai ni. mereka sangat secocok. semoga bahagian hendakNYA..amin....

    *Qhaliff dah ok ke blom abg BEN?

    BalasPadam
  5. Congrats for Scha n Awal :) Finally menjadi kekasih halal.

    BalasPadam
  6. assalam, tahniah jugak...biar bahagia sampai akhir hayat

    BalasPadam
  7. Tahniah buat Awal & Scha. Semoga berkekalan selamanya :D

    BalasPadam
  8. Smoga psangan berkekalan dan sntiasa bwh rahmat Allah SWT..

    BalasPadam
  9. Tahniah pd mempelai....moga kekal bhgia ke akhir hayat

    BalasPadam