Tak boleh guna ‘AKU’ dalam blog eh ?

by - Jumaat, Mei 18, 2012

 

“ En ben.. apa pendapat en ben bila kita guna kata ganti diri "aku" dlm entri?

2. Saya pernah guna bhs mcm bhs basahan.. tetiba kena lah komen negatif dr blogger tertentu.

Siap ada yg buat entri lg yg mcm ckp, bakal pendidik yg tak pandai guna bhs. Agak terasa. Skrg liza ( bukan nama sebenar ) byk guna kata ganti nama liza sendiri. but not so best lah kan... huuuuuu  “

 

Pendapat aku yang masih belajar ni dan kurang ilmu ni , mudah jer .. Bergantung pada corak penyampaian kita dalam blog .. Kalau blog dia cam blog infomasi seperti artikal pendidikan , rasanya gunakan ‘aku ‘ tu , tak sesuai kerana pasti akan ada pelajar atau rakan sealiran membacanya..

Kalau blognya lebih pada diari online cam aku ni , mungkin ok la kot .. Tapi dia perlu tau gak sapa yang dok singgah  baca blognya . Kena tau tang tu .. Penting ..

Penyampaian dalam blog sebenarnya amat penting . Bukan saja untuk pembaca malah mampu menarik agensi agensi pengiklanan untuk mengiklankan produk mereka di blog kita ..

Pendapat aku , blog mencerminkan keperibadian penulis dia .. secara tidak langsung ! Mana yang ok , gunakan .. Mana yang tidak , tolak tepi .. Pendapat pembaca kekadang ada benarnya , kekadang boleh juga ditapis .. Yang penting , ketulenan entri kita .. Ikhlas dan jujur .. Asalkan tidak memaki hamun , menjatuhkan maruah orang lain secara terang terangan ..

Sekian pendapat aku yang biasa biasa ini ..

You May Also Like

35 comments

  1. Alahai kadang kite terlalu fkirkn org pon susah jugak

    kalau selase gunekan

    ade aku juga kata ganti nama diri pertama dlm bahasa mlayu

    xslh rasenye janji tgk bntuk penympaian cm abg ben ckapkan

    #juga bakal pendidik n menggunakan aku. Terase sdkit sbnyk hehe

    BalasPadam
  2. yup truely kena nengok keadaan la..tapi saya guna je aku, rasa lebih mesra dan dekat dengan readers..

    BalasPadam
  3. dulu dlm entri sy pun guna aku tp sejak dh join kelab ibu2 ni.. & byk ibu2 berpangkat akak rajin singgah blog sy.. sy tukar la. Bagi saya kalau dlm entri guna aku tu ok jer.. tp krg gemar bila org melayu bahasakan diri lu gua dlm entri. tak berapa sedap nak baca. :D tu pendapat saya la

    BalasPadam
  4. Assalam... sokong pendapat ABG Ben tu... aku selalu juga guna perkataan "AKU" tu dalam setiap entry... ada juga org yg tak suka erk...

    BalasPadam
  5. hurmmmm..... 'Aku' kasar sgt ker? bukan typical Malaysia ker?
    Kengkadang CiM guna jugak 'aku' dlm berblogging...

    BalasPadam
  6. ler standard la perkataan 'aku' tu.. kebanyakkan blog sekarang lebih kepada blog personal. tak kan skema sangat kan. lain la kalau blog formal.

    BalasPadam
  7. Eqal skarang pon tak pakai 'aku' dah... Eqal pakai 'Eqal'.. baru manja sket..

    BalasPadam
  8. saya pun pernah guna banyk pronouns,, aku, saya, I, adik.. macam2,.. tapi bila pikir2 balik.. macam pelik je sebab bila makin dewasa,,,banyak je halangan perasan.. tapi bila saya komen je, penggunaan 'saya' akan digunakan sebab baru sopan sebab nak komen kat blog orang lain kan.. tapi bila buat entry penggunaan 'aku' memang amatlah digunakan secara meluas. lagi senang dan mudah, dan lau nak cakap fasal sopan tak sopan tu.. hurm.. susah la sikit sebab ia dalam penulisan.. macam-macam boleh orang interpret. huhu..thanks.

    BalasPadam
  9. saya pun pernah guna banyk pronouns,, aku, saya, I, adik.. macam2,.. tapi bila pikir2 balik.. macam pelik je sebab bila makin dewasa,,,banyak je halangan perasan.. tapi bila saya komen je, penggunaan 'saya' akan digunakan sebab baru sopan sebab nak komen kat blog orang lain kan.. tapi bila buat entry penggunaan 'aku' memang amatlah digunakan secara meluas. lagi senang dan mudah, dan lau nak cakap fasal sopan tak sopan tu.. hurm.. susah la sikit sebab ia dalam penulisan.. macam-macam boleh orang interpret. huhu..thanks.

    BalasPadam
  10. salam..

    kalau kita nak mohon doa kat Allah, kita guna ganti nama diri "aku" kan..
    sebab kata ganti nama "aku" buat kita rasa lebih dekat dengan-Nya.

    kalau kat blog pulak, ikut keselesaan kita la jugak..penggunaan kata ganti diri "aku" ni lebih jadikan blog kita santai & tak nampak memberatkan bila nak baca.. *hanya pendapat =)

    BalasPadam
  11. setakat ni ok je penggunaan bahasa aku tu.. tak taulah pulak kalau ada yang segan nak tegur.. cuma bila tiap kali nak komen kat blog orang lain kenalah sesuaikan penggunaan kata ganti diri tu.. ;)

    BalasPadam
  12. Lia rasa baik kita ikut rasa hati sendiri tapi yang penting tak melanggar batas manusia sahajalah..

    BalasPadam
  13. Sedikit sebanyak sy setuju dengan pendapat En Ben...guna KGND pertama ni ikut kesesuaian dan ianya sebenarnya bagi saya sendiri secara tidak langsung bergantung kepada penyampaian kita.. Tak salah rasanya kalo nak gunakan KGND pertama ni...Cuma kekadang bila kita gunakan KGND pertama ni hati-hatilah...Hati2 macam mana? Hati2 agar tak menyinggung perasaan sesiapa...^^

    BalasPadam
  14. yang kita berdoa dengan Allah bahasakan diri kita 'aku' tu macam mana pulak kan abg ben..huhu sy pon guna aku jugak..xde lagi kena kritik..hihi

    BalasPadam
  15. biasalah tu persepsi masing2..asalkan cara penyampaian kita dlm blog masih berbatas, ok je..bagi mira, mira lebih selesa gina nama 'mira' sendiri..terpulang pd masing2..:)

    BalasPadam
  16. sy guna kan 'aku' jugak.. lebih selesa sbnrnye..walopon tau ada pembaca yg lebih berusia tp rasanya dorg ok je..harap mcm tu la

    BalasPadam
  17. assalamualaikum... abg ben. sama lah cam sy pon. dalam entry bila guna pggln saya, rasa macam terikat... sebab blog saya bukan jenis infomasi tp saya suka guna Aku.. lebih santai. lagipon sy masih baru dalam dunia blog...

    BalasPadam
  18. betul tu. guna 'aku' dalam blog macam informasi tak sesuai..sebab orang dari pelbagai umur baca kan. kalau blog personal okay gak, orang dah kenal penyampaian kita camne. hehe

    Rahsia Tingkatkan Likes Fanpage Secara Mendadak!

    BalasPadam
  19. aku??hmm..boleh jadi isu jugak??setuju dgn ben..kna ikut post jugak ..tapi omputih gmane pulok??

    BalasPadam
  20. haaaaaaaaaaaa.... terjah sini... mekasih beri info ni....
    pada bakal pendidik.. tiba-tiba saya terfikir.. kita mendidik di sekolah dan andai nak murid kita baca blog kita sekali pun. Mereka perlu dibimbing dan dididik agar tahu membuat banding beza (kemahiran berfikir) untuk mengenal pasti kesilapan dan kebenaran.
    Andai blog kita (bakal pendidik) sahaj yang menjaga kata-kata tidak mustahil laman sosial lain tidak menggunakan bahasa basahan seperti kita.
    Namun di sini, saya boleh nyatakan bahawa kebebasan bahasa seoarang pendidik ada batas. Pertuturan juga begitu.
    ~Thx U~

    BalasPadam
  21. TIA guna "saya" dalam blog. jarang guna aku .. entri lama lah banyak ..

    BalasPadam
  22. Kat Blog slumber je tulis aku..sbb mmg blog aku...ader aku kisah...khik3

    BalasPadam
  23. aku pun selalu gak guna kata ganti diri "Aku" kat dalam blog.. dah diari aku kan... tapi itu terserah pada penilaian orang la kan.. mana yang baik, kita cuba la ikut.. :)

    BalasPadam
  24. betul tu ikut situasi. blog kak liza ni memanjang duna 'aku' je. 'aku' digunakan dgn rakan2 yg rapat akan terasa ukhwahnya, tapi kalau dgn org yg tak sepatutnya spt guru kita, org lain mungkin tak sopan. alangkah bila berdoa pun "Ya Allah! Kau berikanlah aku taufik dan hidayah!".. betullah pendapat Ben, ikut blog kita tu tentang apa.

    BalasPadam
  25. kat blog gua, gua tulis gua... ada any problem ke?

    BalasPadam
  26. tpuk dada tnya selera kan..skrg try guna saya dlm entry..tp kan, bila entry2 kt blog d translate..rs, buruknyaaaa bahasa..ekekeke

    BalasPadam
  27. ikut entry yang kita nak tulis lah.. kalau pasal cerita sendiri, aku pun boleh. tapi kalau bab2 lain kena la ikut kesesuaian..

    BalasPadam
  28. Pendapat yang terbaik !
    Teringin nak guna "aku" je dalam blog ...
    Tapi rasa janggal lah pulak . Errr...

    BalasPadam
  29. Betullah tu, ikut pada audience kita dan blog kita tu, kalau blog peribadi, penggunaan kata ganti Aku tu lebih bersifat intim. Kalau blog macam ilmiah sikit, yang berinfo, guna kata ganti diri SAYA ... sbb tunjukkan kita hormat pada mereka yang membca informasi.

    Aku sendiri guna kata ganti diri lain2 dalam blog2 aku yang pelbagai:

    Syokbebenor.blogspot.com (gunakan saha)
    thehasrulhassan.blogspot.com (gunakan aku)

    dalam blog yang tak tahu siapa pembaca kita, guna saya lebih baik.

    www.hasrulhassan.com

    BalasPadam
  30. dah terbiasa guna aku..tak bermaksud kasar pun rasanya.kalau saya macam formal sangat jer..

    BalasPadam
  31. hehehe. saya selamba guna aku. hewhewhew.

    BalasPadam
  32. kalau ikut aku tu bunyi macam kasar tapi kalau saya nampak macam skema pulak.

    Salam Bro Ben, saya baru blajar berblogger. Boleh tak bro Ben linkkn blog saya http://blogbualsukan.blogspot.com/ dalam blog Bro. Saya pun nak mintak izin linkkan blog Bro Ben dalam blog saya.

    Terima kasih.

    BalasPadam