Takkan lelaki je kena kot ?

by - Isnin, Mei 14, 2012

 

IMAG0351

Gambar ni aku amik di Tesco, Kota Bharu .. Kelantan .. Satu usaha yang bagus untuk memudahkan keselesaan ketika melakukan pembayaran ..

Kat KL ada tak cam ni ? Tempat tempat lain ? Aku tak sure la sebab aku dok main area Alamanda jer .. Yang pasti , takde laa .. Yang ada pon cuma kaunter mengikut kuantiti barang .. Dan bukannya kualiti pembeli .. hehehe ..

Bila bab beratur ni kan , ada pihak terutamanya perempuan suka menuding jari pada lelaki yang mana gemar berebut ketika menaiki kenderaan awam !

Maaf la yer .. g check semula lrt , erl mahupun komuter .. Yang suka menolak ni sapa sebenarnya? Walaupun dah sediakan coach , ada gak perempuan suka g beratur coach terbuka..  Pastu nak marah lak bila kena raba.. hahaha ..

Jadi , aku harap .. kerajaan dapat ikutlah contoh yang sedia ada ni .. Kalau boleh , kuatkan sedikit undang undang bagi mereka yang beragama Islam ni … bukan pe , akhirat nanti pening nak menjawab .. huhu ..

You May Also Like

15 comments

  1. bukan pening abg ben..memang tak terjawab lah pemimpin yang tank bertanggungjawab..piapp lah jawabnya..huhu

    BalasPadam
  2. kalau tersilap lane kena halau tak???

    BalasPadam
  3. wanita ramai sgt yang bekerja...
    coach wanita pun penuh cam sardin....
    nmpk sgt wanita2 kat malaysia kuat bekerja...

    BalasPadam
  4. Kebanyakan Mall kat Kelantan mmg macam ni , selesa sket time nk bayar :)

    BalasPadam
  5. satu langkah bijak terbaik !!
    menjaga kehormatan dan maruah masing2.

    memang ade macam tu,dah bagi kemudahan khas untuk perempuan tak nak pulak..saje menempah diri!

    BalasPadam
  6. nampak macam tersusun tapi bagi yag kali pertama mesti rasa janggal..

    BalasPadam
  7. bagus la syarat gini ..... senang ...

    BalasPadam
  8. terbaik la bro ben. mungkin boleh dicadangkan utk dilaksanakan di negeri2 lain.

    From,

    Nasz

    MOHD NASER.COM

    BalasPadam
  9. kat kelantan je kot ada camni sebabnya tak pernah jumpa lagi kt negeri lain. kedah pun takde

    BalasPadam
  10. a'ah .. kat KB dah lama rasanya beratur ikut jantina ni!

    BalasPadam
  11. salam

    kat kelantan je macam ni bag ben, lain-lain x de..

    lg satu kalau kat myidn kelantan, time azan semua kaunter kena berhenti sat. lepas azan smabung balik. kat tempat lain x pernah tengok lagi la..

    BalasPadam
  12. Wah b agusnya.. Bilalah agaknya Kat KL ni diornag nak buat..

    BalasPadam
  13. Satu prektis yang wajar dicontohi

    BalasPadam
  14. Satu prektis yang wajar dicontohi

    BalasPadam
  15. Satu prektis yang wajar dicontohi

    BalasPadam