Ubahsuai rumah: Apa yang perlu dan apa yang tak perlu ?

by - Rabu, Mei 23, 2012

IMAG0431

 

Hurmm .. tiap kali aku ke rumah baru aku ni , pasti aku akan garu kepala .. Apakah yang aku nak buat dengan rumah ni yer ? Apa yang aku nak tambah dan apa yang aku nak buang ? Semua ni senantiasa bermain di dalam kepala aku .. Tu belum kepala wife lagi sbb dia tak tengok rumah ni sejak dah siap 100% sbb dia balik ke Kelantan , berpantang .

Bagi aku la kan , membuat penambahbaikan pada rumah sebenarnya penting kerana ‘ Rumah Ku Syurga Ku ‘ .. Kan kan ? Haaa .. jadi amatlah penting , rumah kelihatan selesa , kemas , bersih dan paling best , cantik .. Baru seronok nak beriadah , bersantai di rumah ..

Jadi , bahagian mana yang patut aku ‘buang , dan bahagian mana yang patut aku ‘tambah ‘ eh ? Dalam senarai pengubahsuaian yang aku nak buat , antaranya dapur , siling dan tiles .. Nampak kosong je tiles tu kan ? Aku nak kasi ceria skit rumah aku ni memandangkan ‘pejabat’ aku ni , berada dalam rumah jer .. hehe .. Maka , pentinglah buat aku ..

 

IMAG0429

Pening gak sebenarnya .. Bukan masalah modal tapi masalah keutamaan .. Yang mana harus didahulukan , yang mana tak perlu ..buat masa sekarang .. Masa yang aku ada , tak panjang sebab aku perlu keluar dari rumah kuarters ni .. huhu ..

Adeh .. Pening pening ..

You May Also Like

29 comments

  1. betul tu, rumahku syurgaku...
    tapi memang sangat2 memeningkan bab2 nak ubahsuai rumah baru ni... :)
    apa kata tanya wife juga tentang penambahbaikan utk rumahni.. mana tau dia ada idea yang bernas.. :)

    BalasPadam
  2. Pada pendapat saya...Dapur lebih penting di ubah suai hihihi

    BalasPadam
  3. dapur ..... ngan hall depan tmpt park keta ... tambah awning

    BalasPadam
  4. Yang penting, abg ben kena buat list... senarai pengubahsuaian rumah... pastu pangkah mana yang tak penting dan highlight mana yang dirasakan penting...
    Dalam senarai yang penting tu plak,pilih mana yang menjadi keutamaan...

    pemilihan ni kena mintak persetujuan wife abg gak la...baru la btol2 puas hati nanti...

    BalasPadam
  5. buat gate automatik..he3 leceh ooo bawak keje nak bukak gate plak..tambah2 time ujan :D

    BalasPadam
  6. in my opinion, part plg penting ialah buat kitchen cabinet,alarm system, auto gate, plaster syiling dan tukar tiles atau tambah tiles.and kalau nak tambah yg lain buat build in wardrobe dan tv panel (option).

    BalasPadam
  7. Dapur n ruang tamu yg pnting...^.^

    BalasPadam
  8. buat dapur and tiles, je utama.. yg lebih2 duit buat furnitures bagi lawa.. :)

    BalasPadam
  9. utamakan yng lebih penting drpd yg penting..huu

    BalasPadam
  10. bg miss z dapur lah.. sang isteri nak buat keja dapur.. :)

    grill tingkap, pintu, ada anak kecil kan :)

    BalasPadam
  11. zeeta rse kena strt dr dapur dlu. sebb nk msk nnt sng.. ehehe

    BalasPadam
  12. Jangan buang apa-apa Ben, sebab nak buang pun kena pakai duit.

    Tambah ok. Kalau nak tambah, tambah di area dapur dulu. Tukar tiles, pasang kabinet.

    BalasPadam
  13. wahh cantinya umah abg ben...selalunya orang start ngan dapur, ruang tamu dan plaster ceiling kan?wahh ttiba x sabar nak dduk rumah sendiri jugak...hehehe

    BalasPadam
  14. kalau dpn dulu kot...kalau wife nak dapur dulu buat je dapur dulu br syok dia berkungfu dia dapur

    BalasPadam
  15. yg pnting grill rumah bang ben. semua kene ade supya x de pch masuk rumah. bilik tidur n dapur antara priority yang penting slain ruang tamu n bilik yang lain.. bile dah rase ok, baru plan untuk benda yang lain.

    BalasPadam
  16. tambah lantai kayu..nmpk lebih elegan...:)

    BalasPadam
  17. wah,cantik umah ben..buat apa yang penting dulu

    BalasPadam
  18. komen ini mungkin nampak bodoh.
    bagi saya perlu ada pokok bunga..
    bagi nampak rumah baru tu 'hidup' sikit..menandakan dah ada orang duduk...
    ada kes dulu rumah sewa, langsung takde pape.., orang luar selamba masuk sambil hangkut barang (pencuri).. dapat curi gril pun jadi..duit gak kan..

    BalasPadam
  19. Assalamualaikum...
    datang pertama kali di tanah tuan ashari...
    wooowww...ini rupanya
    salam kenal dari indo :}

    tuan blog yang awesome...
    like the entry "}

    BalasPadam
  20. selamat bpindah ! jgn lupa buat baca2 doa dulu sblum betoi2 masuk rumah :)

    BalasPadam
  21. dapur cantik bile ade kabinet dapur yg sesuai.. pagar mencantikkan & menampakkan lagi rumah berseri.. yg pasti rumah tak berselerak .. maklum le xlame lg qhalif dah pandai mintak mainan.. :)

    BalasPadam
  22. Bro
    1. Dapur - tambah kitchen cabinet, termasuk cooker hood dan ventilation fan
    2. Siling - plaster dan sistem lampu
    3. laman - tambah tile dan bunga bunga
    4. lantai - tmbah timberstrip
    5. Tangga - tukar pagar ikut grill
    6. Aircon - tiap bilik mesti pasang
    7. Bumbung - pasang Air ventilation
    8. Tambah aquarium kat ruang tamu
    9. Gunakan warna terang
    10. Kenduri jangan lupa jemput aku..he he

    BalasPadam
  23. wah..cantik rumah..kat mana ni?
    saya pun tgh buat reno rumah baru..ada citer sikit2 kat blog progress tu..dari check defect rumah, list ape perlu buat n progress sekarang. do visit my blog, kita boleh share sama2..jgn lupe update ye ape yang you dah buat..

    http://husnamn.blogspot.com/

    BalasPadam
  24. kalau panas sgt kat porch tu .elok pasang bidai bertam ke untuk shades

    BalasPadam
  25. kalau panas sangat kat porch tu..elok pasang bidai bertam ke untuk shades

    BalasPadam
  26. House Renovation. Kami tukang Cat, kongkrik, Plaster/Plaster Siling, Pasang Tile, Pipe DLL di kawasan bangi, kajang, lembah klang dan sekitarnya. Hubungi: 0173967506 (facebook.com/HederRenovationHouse)

    BalasPadam
  27. House Renovation. Kami tukang Cat, kongkrik, Plaster/Plaster Siling, Pasang Tile, Pipe DLL di kawasan bangi, kajang, lembah klang dan sekitarnya. Hubungi: 0173967506 (facebook.com/HederRenovationHouse)

    BalasPadam