Aku tak ingat terikat selama-lamanya !

by - Ahad, Jun 10, 2012

 

“ Huarghhh .. Ngantuk.. Malasnyaaa nak g kerja esok .. Ok la , dah tanggungjawab.. Nak kata apa dh kan ? Nak tak nak , kena tidur .. Nak tengok bola pon takut takut sbb risau mengantuk esok ..  Bosannya Isnin sbb lama lagi nak tunggu Jumaat .. “.

Bukan mudah untuk miliki semangat untuk mengatasi mental yang lemah bila melibatkan perkerjaan kita ni .. Apatahlagi bila ada yang punya ‘isu’ di pejabat . Bertambah giler malas nak g kerja ..

Itulah yang berlaku pada aku . Aku dok fikir sampai bila aku nak hidup gini ? Korang boleh baca kat blog aku ni , entri 2 tahun lepas .. Macam macam cerita korang leh dpt dari mula aku bangun tidur hinggalah aku nak lelapkan mata , aku update dlm blog .. Sehari hampir 20 entri okeh !

Keputusan yang aku amik ni sebenarnya amat menakutkan buat mana mana manusia yang dah sebenarnya boleh dikatakan ‘selamat’ tetapi aku mengubahnya kerana aku tak nak terikat dengan kehidupan yang susunannya A-Z .. Cukup dengan yang wajib aku tunaikan. Yang lain , aku boleh mengubahnya asalkan tidak salah di sisi agama .

Aku nak jogging di kala orang g kerja .. Aku nak shopping di kala orang bizi bermeeting .. Aku nak bertekak dengan orang yang mana satu tika dulu aku tunduk pada dia .. Aku mampu lakukan sekarang kerana aku telah mengubahnya ..

Aku rasa bebas sangat walaupun punya tanggungjawab yang berat untuk aku pikul hingga akhir hayat aku . Bukan kekayaan yang aku kejar sebaliknya kehidupan yang tenang dan gembira yang aku ingini disamping keluarga tercinta ..

Aku telah mengubahnya walaupun ianya berat. Masakan negara mampu maju jika tiada perubahan .. kan ?

You May Also Like

8 comments

  1. agaknye semua org yg keje kat pejabat akn jadi macm tu kot... hahaha sama cam sya la pulak... hehehe tambahan bile ade baby.. lagi malas nk g keje.. huhuhu

    BalasPadam
  2. Saya rajin nak pergi kerja sebab ada awek cantik....

    BalasPadam
  3. http://kakitoge.blogspot.com/2012/06/abg-ben-di-nona.html.... abg ben!! jom singgah blog yg xseberapa...

    BalasPadam
  4. good job abg Ben ! tak ramai berani nk amek langkah mcm abg Ben ni . keep moving on (Y)

    BalasPadam
  5. NAL rasa tak ramai yang sanggup lakukan perubahan macam abg Ben lakukan. Perubahan besar pulak tu. NAL doakan semoga segala urusan dipermudahkan olehNya, insha Allah.

    BalasPadam
  6. Setengah isteri rasa lebih selamat suaminya di rumah, macam akak...haha...
    Asalkan kita tidak menyusahkan orang lain, buat sajalah Ben.

    BalasPadam
  7. hidup yang perlu mengulangi rutin harian adalah sesuatu yang membosankan. sendiri lebih riang lebih suka lebih selesa.tetapi tanggungjawab sebagai hambaNya jangan dilupakan.rutin harian yang ditetapkan olehNya adalah perkara yang terindah

    BalasPadam