Blog copy paste …

by - Isnin, Jun 18, 2012

 

" BANYAK betul blog hiburan kebelakangan ini yang Cik Normah tengok copy, paste berita yang dikeluarkan dalam akhbar atau majalah, dan kemudian mereka buat olahan sendiri. Ada ayat yang diguna begitu keras serta mampu membuatkan orang tersinggung.

Cik Normah tidak menafikan, dari segi gaya penulisan, segelintir penulis blog ini tidak mempunyai etika, sebab itu mereka tulis ikut sedap mulut saja, tanpa memikirkan sensitiviti orang lain. " - NORMAH BECCOK BERITA HARIAN . “ – Normah Becok BERITA HARIAN

 

Sebenarnya isu yang diceritakan dalam kolumn dia tu lain , tapi intro dia menarik perhatian aku memandangkan aku ni pon blogger gak ..

Mula mula dulu aku berblog , aku mmg cari artikal artikal yang menarik untuk aku simpan dalam blog aku .. Antaranya artikal agama , berita semasa dan sebagainya .. Bab mengolahnya , aku lebih gemar pada entri berita semasa dan hiburan .. Sebab aku menyuarakan pendapat aku pada artikal tersebut terutama hiburan ..

Tapi berpada pada la kan .. Kalau nak bagi pendapat atau kritik , jangan la sampai terlupa adat menulis .. Jangan la sampai menjatuhkan maruah , menulis tanpa ada bukti atau fakta sebenar atau mencaci maki .. Kena bijak la sikit ..

Ada yang rasa konon nak berterus terang atau jujur .. Kena tau gak tahap kejujuran tu .. Bukan main lepas jer .. Kalau ikutkan nak main jujur , lama dah kita sendiri kena maki dengan kengkawan kita .. Kita sendiri pon tak sempurna mana tapi beria nak maki orang !

Jaga bahasa wahai bloggers ..

You May Also Like

24 comments

  1. adat manusia. Samalah macam dalam exam. Kadang-kadang copy paste jawapan kawan..

    BalasPadam
  2. pergh... salahkan blogger je.. fitnah depa sendiri pun ada yg lagi canggih. apa pun kalau copy paste biarlah utk mendidik, bukan utk tambah rosak keadaan.

    BalasPadam
  3. setuju dngan encik ben!

    BalasPadam
  4. hadoi...sure nk kasi laris tu
    beretikalah ketika berblog

    BalasPadam
  5. Kakpb tak berani nak laser dari dulu hingga skrg, takut ada yg tersinggong dan takut kena saman:-)

    BalasPadam
  6. Kita ni serba kekurangan...yang sempurna hanyalah Allah SWT..

    BalasPadam
  7. Pandai2 la nak berblog. Jgn sampai memfitnah dan kutuk bagai. Ye, kt jgn lebey2 dan jaga batas kita menulis. Tak kirela kat paper, blog, twitter dll. :)

    BalasPadam
  8. Berpada-pada menulis, tak kire lah blog, paper, twitter, fb, dll media. Dunia skrg semua di tgn anda. Nilai sebaiknya dan jaga batas kita. Kita mmg xsempurna mana. :)

    BalasPadam
  9. disebabkan segelintir blogger, semua kena calit sekali. isk2.

    From,

    Nasz

    MOHD NASER.COM

    BalasPadam
  10. ingatan yang baik dari abgben!deno:)

    BalasPadam
  11. akhbar dan majalah pun bukan betul sangat ceritanya. laser pun boleh tahan.
    ditokok tambah oleh blogger2 lagi la berkali ganda efek fitnahnya tu.

    BalasPadam
  12. sekarang banyak sangat blog hiburan and asek2x gosip pasal artis . pastu keje nye mengutuk aje . adess! -_-'

    BalasPadam
  13. mcm la beretika sgt wartawan hiburan yg menulis artikel dlm majalah mahu pun surat khabar dgn tujuan untuk keuntungan dan juga kejar ranking.

    BalasPadam
  14. setuju...akan sentiasa ingat.. thanks... =)

    BalasPadam
  15. Manusia mempunyai satu sifat dangkal. Kritik org lagu mana pun tak pa tapi bila org kritik balik ha...mau separuh gila meroyan.

    BalasPadam
  16. bukan wartawan ke yang lebih suka hangatkan berita, dari positif jadi negatif.sebagai pembaca kita perlu berfikir secara rasional juga

    BalasPadam
  17. setuju sangat2 dengan kata2 Ben.. :)

    BalasPadam
  18. bila kita menulis biar berpada.. penulis blogger should have ethic sometimes .. and they must know yang bila dia post public yang baca...kalau baca sendiri tak pa la..

    BalasPadam
  19. sokong kata2 en ben. ape pun kalau kita copy paste tu , specially entri tentang agama sila la kredit pada penulis asal .

    BalasPadam
  20. kalau ilmu ilmu tak ubah rasa nya..credit ke sumber asal..

    BalasPadam
  21. Yup..
    Saya dulu buta IT,
    ada juga la copy n paste..
    Tapi lama-kelamaan dah tau yang tak eloknya,
    saya hentikan perbuatan tersebut.
    Kalau copy n paste pun,
    saya letak alamat web yang saya cedok tu.
    Huhu..

    BalasPadam
  22. @hanna aleeya

    Copy paste jawapan kawan?Ada jugak ek.Nak kena sekeh kepala tu.

    BalasPadam