Hilang kawan dalam dunia maya ?

by - Sabtu, Jun 02, 2012

 

Apakah itu satu perkara biasa ? Mungkin la kalau tak rapat kan ? Tapi kalau yang rapat camana pulak ? Kenapa boleh jadi gitu ? Apakah kerana satu satu isu membuatkan segala persahabatan hancur begitu saja ?

Sepanjang aku bergelumang dalam dunia maya ni , perkara begini mmg tak mustahil. Masing masing punya agenda mereka sendiri. Ada yang anggap , ianya cuma MAYA .. Jadi cuma bersifat sementara .. “ Kau ada , kau takde .. tak penting pon ! “

Dan ada yang mengambil berat pada rakan rakan maya ni .. Ada yang sampai sanggup pinjamkan duit .. Jika kena rakan tu ‘berhati perut’ maka , dibayar semula .. Jika tidak ? Hye hye bye bye ..

Aku lak camana ? Aku berpegang pada satu prinsip .. Berkawan , biar bersahabat .. Tapi sekali buat hal , kepercayaan aku langsung luluh ..  Kawan tetap kawan , tapi percaya tu .. hurm.. kena fikir semula laa ..

Entahlah .. di zaman ni , kita sukar nak baca hati manusia .. Masing masing punya ilmu di dada .. Jadi boleh sorokkan di sebalik hujah hujah yang bisa membuatkan kita terpesona dengannya .. Hakikatnya ?

Hanya Allah saja boleh menjawabnya .. Berkawan biar seribu .. Elakkan musuh walaupun satu !

You May Also Like

7 comments

  1. YUp... aku pown sama, kawan tetap kawan, cuma bila maya ni percaya sikit kureng la.. kecuali klu sentiasa berhubung... klu bab xmenyentuh isu menyusahkan.. biasanya aku kawan je dalam maya ni.. klu sampai nk pinjam duit ke apa ke.. langsung... hai hai bye bye la...

    BalasPadam
  2. Ada sebab kot dia menghilang atau menjauhkan diri. Mesti ada sebab. Kalau rasa sayang akan persahabatan itu,maka biarkan hati kita berlembut untuk berbicara agar persahabatan itu berputik kembali.

    p/s: rak rugi mengalah..Alam maya? Biasa laa..

    BalasPadam
  3. rambut sama hitam, hati lain-lain. Mohonlah kemaafan & doakan yang terbaik buatnya. Tu je kowt yg boleh buat dalam mengeratkan semula ^^

    BalasPadam
  4. Once a friend, always be a friend.

    BalasPadam
  5. Macam-macam jenis manusia nih. Sukar nak diramalkan sehinggalah kita terkena. Semuanya gara-gara persaingan kot?

    I pun pernah terkena jugak. Gara-gara memenangi first prize sebuah pertandingan, tapi hadiah yang dijanjikan itu tak kunjung tiba. Pernah berhubung beberapa kali untuk mengambil hadiahnya, tapi disebabkan timing yang tak kena, ia senyap terus. Kini telah hampir setahun sudah berlalu. I halalkan jer lah... dan akan menjauhkan diri.


    Terbaru dari Logokoko:

    [U] Ben Ashaari di Village Mall Kepong?

    [U] Dapur emak

    [U] Opis baru

    BalasPadam
  6. kadang2 sedih juga tengok kawan2 dunia maya ada yang berpecah belah...ingat Allah suka ke?

    BalasPadam