Jangan bawak baby ke shopping mall , boleh tak !

by - Selasa, Jun 05, 2012

 

Ada satu forum yang popular yang mana ramai geng ibu ibu ni join .. Aku ingat nak join gak tapi segan la sbb ada bab bab penyusuan ibu gak kat situ .. Ai segan you ..

Pastu wife ada la tunjuk satu topik yang menjadi perbualan hangat kat situ yang mana admin tanya pendapat geng dalam tu berkenaan membawa baby ke shopping mall ni  .. Apakah menganggu pengunjung di situ ? Lalu ada satu komen ni , yang menarik perhatian mereka termasuk aku.. 

Pengomen tu secara ikhlasnya memberitahu , baby tak sepatutnya dibawa ke shopping mall kerana menganggu pengunjung bila dia menangis .. huhu .. Terasa kan ?

Aku nak salahkan dia pon tak leh gak sbb mungkin dia belum kawin lagi .. Mereka yang belum kawin terutama yang punya falsafah hidup yang terlalu moden ni , belum tentu memahami erti kekeluargaan ni ..

Dulu aku berfikiran begitu tapi tak la serius sangat terutama bila kesian kat baby yang meraung nakkan susu atau keadaan sesak di shopping mall ( cam sogo ) membuatkan dia tak selesa dan juga budak kecik meraung nakkan permainan !! Hahaha .. Tensen kan ?

Tapi itulah perasaan orang yang belum matang atau kenal erti keluarga . Bila dah punya anak , teriak sedikit pon dah berlari dapatkan anak tu .. huhu ..

You May Also Like

18 comments

  1. ermm tak lemas pon kalau baby nangis cuma sian jer lar dengar dia menjerit2 x selesa tu...

    pasal sesuai tak tu, terpulang pada ibu bapa lah... tp kalau boleh umo 3 bln ke atas baru ok sikit kalau nak bawak bb jln2 pon...

    BalasPadam
  2. dibuatnya kalau ada barang penting yg nak dicari dan tiada yg nak jaga sikecil pada hari cuti. agak2 le kan. macam dia tak pernah jadi baby yg kadang menjengkelkan mak ayah dia dgn tangisan heavynya. itu semua resam hidup. biasalah baby menangis ni. kalau sepanjang hari menangis tu adalah yg luar biasa. kalau kejap2 nangis, itu biasa. lainlah kalau dibawa ke majlis2 ceramah ke... itu pun tengok sikap sikecil. kalau jenis diam, bawak je pi ceramah bagi dia dengar sama. kalau nangis, keluar le dari majlis tu... sempoi je.

    BalasPadam
  3. nasib baik anak saya tak kuat nangis... best jer dia kalau bawa ke shopping mall.. :)

    BalasPadam
  4. mmg x sesuai bawa bby ke shopping mall tp bukan kerana bby kuat nangis tp sebenarnye takut bby terdedah dgn bahaya penyakit...cth:asap rokok...

    BalasPadam
  5. bersetuju dengan apa yang di katakan' tak perlu bawak baby masa ke Mall' tapi bukan kerana takut mengganggu pengunjung lain.. cuma rasa kesian dengan kondisi baby itu sendiri. Suasana Mall yang crowded boleh membuatkan baby tak selesa. Apa pun tepuk dada tanya selera..

    BalasPadam
  6. saya mmg suka bawa ank jalan shopping mall..terutama time nak beli barang seronok tgk reaksi baby..sangat teruja.bila tgk brg yg banyak..anak saya baru 1 tahun...sangat sesuai untuk mereka kenal dan rasa persekitaran yang lebih ramai orang..

    BalasPadam
  7. betul...bila dah berkeluarga baru boleh paham...masa single dulu pun berpikiran sama mcm org yg komen tu...rasa mcm terpikir..."dah tau budak suka nangis, napa lah bwk g jalan2..."

    tp skrg, dah ada baby sendiri...baru paham perasaan parent yg bwk baby...menyesal pikir yg negatif dulu...:-(

    BalasPadam
  8. orang yg berkata tu ,dia lahir terus besar kot..tak pernah menangis mcm baby!!

    BalasPadam
  9. Ikutkan sebenarnya memang tak digalakkan bila kecik lagi bawak ke mall sebab takut terdedah dengan jangkitan dan macam-macam lagi..Terpulang pada parents sendiri kan..Mak saya nurse pun bising bila anak kecik lagi dah bawak g mall..tapi kalau dah besar sikit ok jelah..Setakat budak kecik meragam takde hal..

    BalasPadam
  10. bukan sengaja nak bawak baby dan menyusahkan orang lain...tapi kene pikirla..bukan semua orang mampu nak ada maid bole tinggal2 kat rumah...ataupun...kalau mmg ada laki dan bini je boleh harap nak menjaganya...dan kadangkala kehadiran laki/bini perlu untuk ke shopping mall sama...dah tentula kene heret jugak baby kan....cumanya, kene pandai pilih la tempat2 atau mall yang baby friendly sikit....kita bukan xnak tinggal anak2 kat rumah..kadang2 terpaksa jugak bawak...macam saya, sanggup je 5 bulan x pegi mana2 melainkan balik kg..sebab kesiankan baby nak jalan2 tempat crowded...dah mmg resam baby menangis bila dia nak pape...nak buat cemana...yang cakap x patut tu..mmg x penah ada anak or dia keluar2 terus besar kot...

    BalasPadam
  11. klu dia ckp jgn bwk ank pi soping mall sbb tkt jangkit virus boleh la trima lagi..sbb mak sy ckp gitu..ngeh3..

    BalasPadam
  12. xde mengganggu pon..besela 2..nama pon budak2...

    BalasPadam
  13. tak patut betul orang tu cakap camtu... hmm...may be dia belom merasai nikmat jadi parent kot...

    tapi betul la abg ben..kalau orang tua-tua memang tak kasi bawak baby pegi tempat-tempat crowded cam shopping mall ke..tunggu baby besar sket baru bley bawak..

    orang tua-tua kata aura yang tak elok akan singgah pada baby tu...sebab tu baby tak digalakkan pergi tempat-tempat camtu...

    BalasPadam
  14. Erm, tak semestinya org yg belum ada anak tak faham. Rasanya mak saya dan kakak2 saya pun tak bawak baby ke shopping mall maksudnya dgn mak sekali tak pegi, bukan tinggalkan dgn org lain. Tu semua bergantung la pada masing-masing.

    BalasPadam
  15. pada saya kalau kata "jangan bawak baby ke shopping mall tu" lebih pada faktor kesihatan..kan mall tu ramai org..entah penyakit apa dia bawak..kalau baby kecik sangat mudah berjangkit..so baik elakkan kalau boleh..

    BalasPadam
  16. saya pun kalau boleh xnak bwk anak pegi shopping mall...rasa kesian jer takut baby xselesa... dahla skrg ni mcm2 peyakit berjangkit...

    BalasPadam
  17. ben..

    susah la nak puaskan hati orang ni..selagi takda peraturan "jngn bawa baby masuk shopping mall" chill lah...

    BalasPadam
  18. terpulang pada parents yang nk bw baby ke mall.. xde kesalahan pun di situ cuma rasa nak bagi penampar kat parents yang biarkan anak kecil berlari-lari sesuka hati dan menangis kuat-kuat tapi parents buat tak tahu je... itu mmg menggangu pengunjung lain....

    BalasPadam