Perlukah kita tingkatkan keselamatan rumah kita ?

by - Rabu, Jun 06, 2012

 

Dua keluarga kerugian hampir RM200,000 selepas disamun dalam dua kejadian berasingan selang dua jam masing-masing di Putra Heights dan Taman Saujana Puchong, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian pertama, seorang jurutera lelaki yang tinggal bersama ibunya di sebuah rumah dua tingkat diikat dan dipukul tiga suspek yang kemudian melarikan barangan kemas milik ibunya, tiga telefon bimbit serta kereta Honda Civic miliknya.

Dalam satu lagi kejadian jam 12.30 tengah malam, enam sekeluarga cemas apabila dua lelaki menceroboh rumah mereka di Taman Saujana Puchong, Bukit Puchong, di sini, sebelum menarik ibu mereka dan mengacukan pisau ke lehernya.” – Hmetro

 

Kes samun  , rompak , culik … Nak kata semakin berleluasa tu , tak patut la sebab takde statistik yang dikeluarkan untuk menunjukkan bukti naik turunnya kes tersebut tapi bagi aku la , bila adanya kes begini ianya menunjukkan tahap keselamatan kita perlu dipertingkatkan.

Aku bukan menuding jari pada mana mana pihak sebaliknya kita sendiri kena amik inisiatif untuk menjaga keselamatan kita dan juga keluarga kita .

Zaman ni , manusia semakin hilang pertimbangan . Orang jual orang , bunuh dan banyak lagi adalah seperti perkara biasa . Tu belum lagi kes pergaduhan hingga ada yang hilang nyawa .

Setiap hari kita tengok kes kes begini ada di dada akhbar .. Aku rasa  lebih baik kita tingkantkan keselamatan kita terutama di dalam rumah dan orang perempuan pon kena lebih berhti hati .

Mencegah lebih baik . Apalah sangat wang jika nak dibandingkan dengan keluarga kita , kan ?

You May Also Like

11 comments

  1. betul tu...kite juga sepatut nye amek peranan dan bukan mengharap sepenuhnye dengan pihak kerajaan.. tapi kes rompakan ni tgh mlm, mber sya abg ben, kat presint 11 waktu keje rumah dia kene pecah dari dpn pula tu.. lg pelik sorang pon tak nampak,, rumah dia kat bawah sekali.. hubungan dengan jiran juga amat penting

    BalasPadam
  2. Perlulah sbb kalau rumah sendiri tak selamat, mana kita mau tinggal?

    BalasPadam
  3. sangat perlu tingkatkan keselamatan. umah mama lynn pun hampir2 kena masuk org pagi isnin lepas. by siling pulak tu... mujur x jadi apa2

    BalasPadam
  4. baru2 ini ada kes sahabat saya di rompak ! takut dengar.. alhamdulilah saya tinggal di kawasan berpengawal dan hanya orang2 tertentu sahaja di benarkan masuk !

    BalasPadam
  5. Tq entri ni... Cuti sekolah anak main luar rumah kadang2 gate lupa nak kunci. Kalau kunci pun bkn selamat 100% juga. Takut dan sgt takut dgr berita ni. Baris rumah saya siang2 pun org pecah rumah, tp ketua persatuan sini dpt tangkap dan lanyak sampai lembik.

    BalasPadam
  6. keselamatan kita sebaiknya jgnlah berharap sepenuhnya pd org lain.. keselamatan diri dan keluarga kitalah yg kena utamakan.. kita yg perlu cari jalan mcm mana nak protect family kita dari berlaku perkara-perkara yg tak diingini.. Betul kata abg ben tu zaman skrg ni manusia mmg sanggup buat apa saja asalkan hasrat mereka tercapai.. dah hilang pertimbangan akal dari waras jd tak waras.. sanggup lakukan apa sahaja even membunuh.. baru-baru ini rumah saya pun dipecah masuk juga.. tp sya bersyukur kejadian berlaku tiada org di rumah. byk jugalah brg yg hilang termasuk TV yg besar gabak pun kena angkut gak.. yg tak phm tu buat keja siang2 hari pecah pintu depan.. mmg tak takut langsung lbh2 lg rumah sya hadapan sekali sebelah jalan utama org lalu lalang dan paling tak best buat kerja terkutuk masa org sibuk beribadat tunaikan solat jumaat. Bkn sekali je nak pecah masuk ada juga cubaan kali ke-2 tp Alhamdulillah x dpt masuk sbb suami dah tingkatkan tahap keselamatan di rumah.. mmg kita perlu berhati-hati dan belanja lebih sikit utk keselamatan keluarga.

    BalasPadam
  7. sekarang kita kene lebih hati2 n waspada.. syak wasangka tu kene ade sikit, lg2 utk orang yg x dikenali.. semalam ada kawan ila cakap, ade orang ketuk rumah dorang n ajak ayah kawan ila ikut die, ade emergency katanya..tp bila dinasihatkan suruh tepon minta bantuan polis, terus dia lari..rasanye itu pun taktik mereka utk menyamun..hmm

    BalasPadam
  8. Jiran memainkan peranan penting, jagalah hubungan sesama jiran. Bermasyarakatlah jangan hanya buat hal sendiri.

    Alhamdulillah setakat ini rumah kecil saya belum ada masalah. Almaklumlah kalau ada yg buat hal kena lalui koridor panjang ditingkat 2!

    BalasPadam
  9. rumah kita pn org bru pecah jer..tkt nk tnggl rumah dh skrng

    BalasPadam
  10. Sangat perlu.. Sebab manusia skrang hanya fikirkan wang.. Diorang dah x fikir mana sumber wang tu dirang dapat.. belum lagi kira halal haram dia.. Ya Allah macam2 org skrang nih...

    BalasPadam
  11. PUTRA HEIGHT ?? taktau pun , serius dekat gila dengan rumah anys :)

    BalasPadam