Semakin hilang ideakah pembikin filem kita ?

by - Ahad, Jun 03, 2012

 

Lagi adegan asmara

Tak tengok lagi tapi dah tau cerita camana .. Bosan ! Jangan la kata kat aku  , cepat benar bagi andaian padahal tak tengok lagi ! Kita sedia maklum , dengan tajuk , poster begitu , dah boleh jangka cerita camana nak ditonjolkan pada penonton. Ditambah lagi dengan write up di akhbar , menguatkan lagi aku punya keinginan untuk menolak filem filem begini …

“Sejujurnya, bila kita buat filem yang mengetengahkan masalah remaja masa kini, kita angkat isu seperti pergaulan bebas, penonton akan melihat pada babak-babak yang ‘daring’.

“Padahal setiap paparan, ada mesej yang mahu saya sampaikan dan bukannya saya mahu mempromosikan gaya hidup mereka serta seterusnya menggalakkan remaja lain mencontohinya.

“Contohnya mesej yang saya cuba sampaikan, apa yang akan terjadi ekoran tindakan kita yang tiada kawalan dan mungkin terjebak dengan penyalah gunaan dadah, mengandung anak luar nikah dan banyak lagi,” .

“ Nasihat saya lihat filem ini dengan fikiran terbuka dan pandangan yang positif. Lihat apa mesej yang cuba saya sampaikan,”

Kenyataan akhbar pengarah , Osman Ali pada SinarHarian.

Nasihat aku , toksah bazir duit … Baik beli je cd ceramah agama atau layan je kuliah agama online tu .. Seronok lagi ada laa ..

 

 

Yang ni lak ? Tunggu je keluar kat tv .. Lagiiiii membazir .. Standard drama petang petang jam 6.30 , TV2 ..  Layan kartun pon lagi best ..

Maaf la yer .. aku bukan anti filem melayu .. Aku orang melayu yang senantiasa dahagakan filem atau drama berkualiti dari pengarah atau pembikin filem .. Malangnya sekarang ni , apa yang aku nampak , semua nak untung cepat !!

You May Also Like

26 comments

  1. cerita pn nama sewel..sama ngn pengarah dia..dia nk tnjuk org melayu ni sewel kot.

    BalasPadam
  2. pandangan sy lebih kurang mcm abg ben... bg sy drama melayu lebih bagus berbanding filem melayu... drama melayu lebih meninggalkan kesan dlm diri berbanding filem... dlm sethn nak dpt filem yg btl bagus susah sngt...

    BalasPadam
  3. me too... tolak awl2 citer cenggiini ..

    BalasPadam
  4. bukan nak cakap apa. bukan tak nak sokong. tapi memang tak dapat dinafikan. cakap abg ben tepat sekali.

    BalasPadam
  5. agak bersetuju jugak dengan bro kali ni..hehehe

    BalasPadam
  6. kdg2 cerita2 cmni la yg ajar org buat bnda xelok...dari org tu xtau pape, jd tau cmna nk rompak la...rogol la..huhu

    BalasPadam
  7. Tonton dulu komen kemudian, jika tidak ianya tidak ubah seperti the mouth moves faster than the brain, itu apa yang aku nampak.. hee

    BalasPadam
  8. secara faktanya pembikin filem tempatan mahu keuntungan. titik. oleh itu kalau dilihat kepada demografik penonton, rata-rata secara amnya mahu menonton kisah yang boleh dikategorikan 'dekat' di hati mereka. sebagai contoh cinta. makanya tidak hairanlah filem ombak rindu amat-amat berjaya.

    jadi mengapa filem yang mengangkat tema mat rempit, bohsia, kongsi gelap dan along dapat diterima oleh penonton? jawapannya berbalik kepada demografik penonton itu semula. tema-tema yang diangkat dalam filem tempatan masa kini rata-rata masih lagi berada dalam ruang lingkup 'selesa' iaitu memaparkan apa yang penonton mahu. sebab itulah filem yang pada pendapat saya merepek dan tidak berkualiti seperti 'adnan sempit' berjaya mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit. ini adalah pembikin filem tersebut bijak untuk memanipulasikan demografik penonton sedia ada dan menggubal suatu kisah yang difilemkan yang seterusnya amat laku di pawagam. lihat sahaja beberapa kegagalan filem-filem tempatan pada suku pertama tahun ini yang mencuba untuk lari daripada stereotaip menurut demografik penonton sedia ada, tetapi sayangnya tidak begitu laku di pawagam.

    namun begitu, pemilihan pelakon juga krusial untuk menentukan laku-rugi sesebuah filem.

    apa-apapun, saya sendiri akui yang saya kurang menonton filem tempatan kerana sudah jelak dengan naratif dan cerita yang lebih kurang sama. kalau bukan cinta, mesti akan melibatkan motorsikal.

    bosan.

    BalasPadam
  9. Apa nak hairan, mana la ni cintakan dunia. Kalau cintakan akhirat, takdak la jadi lagu tu.

    Lagi satu, masyarakat tak memainkan peranan. Sedangkan kita ada kuasa! Tapi tunduk pada orang lain kerana kita takut..takut untuk bersatu dan menentang.

    #donwload mp3 ustaz kazim lagi syok. Haha.

    BalasPadam
  10. mak dya yg umur 57 tu pon ckp ntah apa2 filem yang keluar.merepek

    BalasPadam
  11. I dah tengok trailer filem nih kat Youtube. Macam filem gangster Hong Kong. Siap ada adegan ranjang. Filem-filem Malaysia tak perlukan adegan ranjang untuk berjaya. Lebih-lebih lagi itu sebuah filem Melayu...


    Terbaru dari Logokoko:

    [U] Ben Ashaari di Village Mall Kepong?

    [U] Dapur emak

    [U] Opis baru

    BalasPadam
  12. @Admin man sewel dah tonton .. foc .. kecewa dan buang masa .. Kalau tonton dulu tu tk guna duit , ok jer .. Skang ni 10 sen pon berguna ..

    BalasPadam
  13. suke tengok cerita luar. habis berjuta-juta ringgit (dollars) untuk satu filem. memang terbaik hasilnya.

    cerita Melayu ni bukan tak best. tapi standard cerita macam cerita petang-petang je. dah tu kalau sorang pengarah buat filem macam ni, dapat keuntungan berjuta-juta. yang lain pun nak buat benda yang sama. cari la bentuk jalan cerita yang lain. bosan je..

    BalasPadam
  14. Setuju abg ben. Kdg2 rasa jelak dgn cerita tmptn yg x habis2 berkisahkan psl rempit, bohsia dll. Konon nk smpkan msj buat remaja tp pcayalah majoriti yg dtg pawagam nak tgk tu pun bkn nak sgt terima msj filem sebaliknya eksaited nak 'bljr' babak2 daring. Jgn slhkn kita klu kita sanggup hbiskn duit mnonton filem luar. Lg satu, pengarah malaysia perlu tau tak perlulah kita nak tontonkan terang2 babak2 daring persis realiti utk tontonan umum. Maaf klu ada yg trasa, tp ni pendapat peribadi saya. *peace*

    BalasPadam
  15. tak excited sgt pon nk tgk wayang citer mcm ni...tggu je CD..nk jimat berganda tggu je youtube....hehehe =)

    BalasPadam
  16. Ketandusan idea menyebabkan org kita produce filem ikut tekak memasing,syok sendiri...takpun, sekadar melepas batuk di tangga...ermmm...haru...

    BalasPadam
  17. agree abg ben. mcm mana otak remaja/masyarakat nak berkembang kalau disajikan dgn filem mcm ni? haish. bila pengarah buat filem tanpa fikir sensitiviti umat Islam. bila berlambak filem mcm ni, no wonder lah perangai manusia skrg pun lain jadinya.

    takutnya dgn dunia skrg T___T apa pulak akan jadi dgn zaman akan datang? anak cucu kita tgk benda2 mcm ni.. Allah :'(

    BalasPadam
  18. Ntah lah.. Macam macam movie skrang ni.. Tapi tetap cam biasa..

    BalasPadam
  19. setuju dgn pendapat abg ben! saya ni muda lagi tapi memang cukup2 tak minat dgn cerita2 Melayu yg macamni. saya rasa mentaliti saya terencat kalo tengok cite2 macamni. apa nak jadi pun tak tau la.. semoga Allah bagi hidayah kat dorang. Ameen.

    Nama Saya Ernie Widhyharti

    BalasPadam
  20. mmg x di nafikan lg... matlamat org filem skrg adalah mengaut keuntungan... sape x nak duit... motif filem di bikin semua berunsur perniagaan.. so x mustahil lah filem di bikin untuk duit... tp ianya x dinyatakan ketika temuramah atau preview filem.. ia lebih mengetengahkan mesej yg hendak disampaikan... bila ada untung barulah ada PART II... klu x part 1 ajelah... aku dah x tgk wayang dah.. bukan kerana masa atau wang... cuma berpendapat sama dgn penulis sendiri...jarang dah kita dpt tgk filem2 yg serius... kita byk disajikan dgn komedi jek sejak akhir2 ni... aku juga rasa amat kecewa dgn dunia perfileman skrg.. sejak GENRE seram di luluskan/dibenarkan bersepah2 filem hantu di bikin... ada serius dan ada komedi... aku bkn x suka... tp byk unsur2 tahyul yg di ketengahkan... wlaupon sebelum filem start di ada bagitau yg filemnya itu klu bwh umur perlu ada binbingan dewasa klu nak menonton... tp klu nak buat sesuatu biarlah logik akal fikiran... by the way syabas juga pada pembikin filem2 yg berjaya cecah jutaan ringgit... keep it up...

    BalasPadam
  21. Teramat setuju..
    Selalu selitkan kata2 pengajaran @ suruh masyarakat bertaubat.. sedangkan pelakon, walaupun lakonan tapi telah melakukan babak2 xbermoral tu.. "mereka pelakunya, kita pula yg disuruh bertaubat".. agak2 boleh keluarkan statistik x untuk lihat brp ramai yg dah bertaubat lepas menonton filem cmni..?

    BalasPadam
  22. rindukan karya arwah Yasmin Ahmad

    BalasPadam
  23. cerita yang tidak mendidik ummah..sebaliknya mengajar anak muda utk hidup seperti itu.

    Kita sbg penonton kena pandai memilih. Jgn menyokong filem sebegini.

    BalasPadam