Ada ker ‘kejam gila’?

by - Jumaat, Julai 27, 2012

 

image

“ Kejam gila atau sangat kejam “

Hurm… wartawan bukanlah blogger . Blogger bukanlah wartawan. Blogger menyampaikan pada pembaca mereka saja. tetapi wartawan menyampaikan pada semua sekali .. Blogger terhad dan amat berbeza dgn wartawan . Kan ?

Kebanyakkan blogger masakini menggunakan bahasa pasar dalam penulisan blog mereka atau lebih tepat lagi tak formal .. Tapi bagaimana pula wartawan ? Tak kan ? Mereka menyampaikan dalam format yang cukup formal ..

Hurmm … jangan la guna bahasa pasar eh wahai wartawan .. Anda punya lesen dan kelayakkan dlm bidang kewartawanan .. Jadi , tulis dengan cara yang betul. Kanak kanak kecil membacanya dan menggunakannya di sekolah ..

Bukan semua wartawan begitu tapi yang sedikit ni lah yang merendahkan martabat wartawan ..

Maaf .. bukan tunjuk pandai tapi blogger pon belajar secara tidak langsung dari wartawan … kan kan ?

You May Also Like

10 comments

  1. Erk.... Ingatkan En.Ben nak citer pasal bapa yang kejam tu, rupanya pasal cara penulisan wartawan tu..
    Mungkin orang surat khabar ni dah kaji kenapa orang sekarang suka baca blog dari surat khabar... Salah satu sebabnya cara penulisannya... Dan sekarang, bukan blogger belajar dari wartawan tapi sebaliknya...

    BalasPadam
  2. teruk betul..seolah olah dia kata bapa kejam yang gila..

    konon nak nampak fleksibel..tapi nampak macam kurang pendidikan pulak..bahasa jiwa bangsa.. tak sesuai bahasa pasar digunapakai dalam berita mcm ni..

    BalasPadam
  3. setuju dgn ain 1914 tu.. Kadang kadang berita dalam surat khabar berlainan.. Kosmo tulis camni, sinar tulis camni, metro camni dan lain lain... Pelik berita yang lain.. Baik baca dlm blog lg bagus

    BalasPadam
  4. sy bekas wartawan.dan kita ada kod dan etika sbg wartawan yg perlu dipatuhi.maaf ckp la,harian metro sgt nonsense.tal sesuai utk kita baca.bkn nk buat cerita.tp ada cerita yg sgja direka oleh wartawan yg berkenaan untuk melariskan akhbar sdgkn tak wujud pun perkara tu.mcm dilakonkan semula je.

    BalasPadam
  5. huh.. betul tu Abg Ben..
    saya macam dah tak suka nak baca akhbar2 ni.. banyak yang mengarut dari cerita sebenar...

    BalasPadam
  6. Dah selalu sgt surat khabar tu salah menggunakan ayat... Skrg beli paper bila perlu je hahahaha....

    BalasPadam
  7. biasa la .. nak lariskan surat khabar ..
    metro ni memang bagus dari segi berita .. kaang kadang bahasa yang diorang gunakan salah .. merosakkan bahasa .. saya paham kalau nak short-kan sebab nak jimat .. tapi betul kata abang ben .. merosakkan bahasa bagi kalangan budak budak .. n saya ada adik 5 tahun yang sudah lancar membaca sebab mak saya cikgu bahasa melayu .. adik saya selalu tanya pasal penggunaan bahasa kat metro ni .. budak 5 tahun pun boleh detect ape yang salah .. ape tah lagi yang dah dewasa ..

    BalasPadam
  8. ni la masalah dengan wartawan. Nak menunjukkan hiperbola dalam surat khabar, tapi sebenarnya melakukan kesilapan bahasa.

    BalasPadam