Aku yang kolot atau semakin pelik dunia ni ?

by - Jumaat, Julai 13, 2012

 

Sejak jadi Mr. Mama ni , semua channel kat tv aku tengok .. Dari SPM hinggalah Wanita Hari Ini , aku layann .. Heheh .. Semalam , berbangga gak bila seorang kenalan blogger aku masuk kat MHI di TV3 kerana kecekalan hatinya. Yup , dia memang cekal ! Aku tak mungkin boleh jadi setabah dia .. Tahniah Sukur ..

Cakap je sinetron apa yang aku tak layan ? Haa .. abis aku tengok .. Tapi tak la sampai nak follow… Sekadar tengok sambil lalu jer .. hehe .. Maklumlah , tengah dukung si kecik tu haaa …

Pastu , petang terlayang WANITA HARI INI .. Huuhu.. Masuk bab fesyen hijab , aku ternganga .. Apa kepeliknya fesyen hijab gini ? yang sorang dah macam balut ketupat ..ketat gitu .. Yang sorang dah macam tgok  pokok kat I-CITY tu haaa.. Lorrr ..

Kot yer pon nak berfesyen , berpada pada laa .. Tujuan berhijab ni nak elakkan dari timbul fitnah selain dari tutup aurat .. Fitnah ni bukan sekadar mengata yer .. Kena faham gak tu ..

Dan paling penting , di zaman ni hijab mampu menyekat dari dikacau dek lelaki yang miang atau terdesak tu haaa .. Tapi bila dah cam ni , bukan saja burung gagak datang bertenggek , lelaki pon pakat hurung .. Masa ni , nak kata lelaki gatal ? Yang gi tumpahkan gula , sapa suruh kan ? Semut datang laaa .. Cuba tutup baik baik balang tu ..

Wahai wanita berhijab .. korang dah cukup cantik dah .. serius ! Ayu je nampak.. Lembut jer .. Yang lain tu , biar je la Allah yang tau .. Biar kita nilai luaran jer .. Baik buruk perangainya , tu antara Allah dengan mereka. Sapa kita nak menuding jari kan ?

Aku bukanlah nak pertikaikan .. Cuma kesian jer .. Aku lelaki .. Bila nampak perempuan dah macam pokok krismas ni , terasa macam jadi mangsa fesyen jer..  Yang reka lak tu lelaki .. dan ada gak perempuan tapi dia tak lak pakai gitu .. Haaa .. camana tu ?

Ok .. maaf la yer kalau terasa .. Cuma nak bagitau jer.. Bukan nasihat .. Kalau tak nak terima , tak pe.. aku tak kisah pon .. Aku senyum je bila lalu depan aku .. atau tengok dalam gambar di FB tu.. hehe ..

Jangan lupa niat utama kenapa berhijab .. Disamping suruhan agama , ianya untuk elak dari gangguan lelaki .. Jangan la kata yang berhijab pon ada kena rogol atau kena kacau .. Tu diluar kawalan kita .. Allah yang tentukan . Macam rumah kita gak la kan ? Pasang alarm , pencuri masuk gak tapi mereka pk berkali kali gak nak masuk.. Bayangkan kalau tak pasang ?? Camana ?

Hurm .. mungkin la kot aku yang kolot bab fesyen ni haa .. Oh , aku tak la baik mana pon.. Cuma tak larat nak pandang ke lantai jer .. Maaf la yer kalau ada yg terasa ..

You May Also Like

35 comments

  1. komen abg ben pasal fesyen tudung skrg sangat kelakar tp I setuju!!! I pon tak suka fesyen zaman sekarang tudung belit-membelit ala2 turban. bg I ckup sekadar pakai tudung simple2 :)

    reeneeraaid.blogspot.com

    BalasPadam
  2. hahaha... first time gelak besar bila baca posting en.ben kali ni... pokok krismas??? kuikuikui... Ain pernah gak cuba nak pakai macam tu tapi tak selesa, kena pakai berhelai-helai dan berlilit-lilit. habis satu kotak keronsang ngan jarum sebab nak cucuk sana sini...

    BalasPadam
  3. mmg bangga dgn kecekalan dan ketabahan sukur :)

    BalasPadam
  4. tak larat pandang ke lantai?hahaha.. sy setuju

    BalasPadam
  5. yerr..saya setujuuu sgt² dgn u ben..byk skrg yg berpesen bkn menutup aurat (sigh)

    BalasPadam
  6. ramai wanita/gadis dan termasuk gak makcik2 kat luar sana terjebak menjadi mangsa fesyen yang agak hazab ni... kesiann

    BalasPadam
  7. Bukannya Abg Ben yang kolot tapi mereka tu yang terlampau dah dalam fesyen.. saya tah usaya masih cetek lagi dalam bab2 berhijab ni tapi saya rasa tak perlu nak lilit2 macam sarang tebuan kat atas kepala... cukup la dengan bertudung labuh itu dah cukup menunjukkan kita ni menutup aurat. tak penting rasanya nak berfesyen2 terlebih tu walaupun itu amsih menutup rambut kita.. di dada kita tutup ker?

    BalasPadam
  8. Setuju dengan abg ben ! fesyen ntah apa2x ja sekarang nie... even pakai tudung still tak tutup aurat.. Makna tutup aurat pon tak paham... hmm ..dunia2x... sesungguhnya yang baik itu datangnya dari allah s.w.t dan yang buruk itu datangnya dari kesilapan saya sendiri..

    BalasPadam
  9. assalam, mmg setuju dgn Ben....nak berhias biarlah bersederhana....

    BalasPadam
  10. tu dia... amik la perhatian wanita2 diluar sana bila lelaki bersuara... rimas tgk.. nk pkai tudung n berfesyen tapi x kena gaya... nk kata lawa.. ntah la.. nak kata tutup aurat pun tak juga... habis pakai smata2 kerana fesyen.. nilah akhir zaman.. moga diberi hidyah sblum terlmbat. sama2 lah kita doa..

    BalasPadam
  11. setuju 200% dgn abg ben. mereka menjadi mangsa fesyen dan mereka menjadikan fesyen sebagai mangsa!

    BalasPadam
  12. thx a lot bg syarahan yang sgt berguna buat kaum saya..memang bnda ni sangat perlu orang perkatakan sebab dah makin pelik dah cara muslimah menutup aurat sekrang, semakin cari bala orang kata..dah la habis duit beli hijab mahal2 pastu pakai pulak bukan utk tutup aurat tapi semata2 nak berfesyen..

    BalasPadam
  13. setuju sangat2 kdg2 perempuan ni merbahayakan diri mrk sendiri..

    Byangkan jarum peniti yg dicucuk di kepala,bahu,..Fikirkanlah kalau accident ke tercucuk dkt kepala tak ke naya tu..Kemalangan kecil je tapi disebabkan peniti ni masuk bilik kecemasan @ pembedahan..

    Bahaya lagi pd anak2 kecil kalau jumpa peniti tu.Di telannya ke..Bayangkan!!

    Ni raya ni keadaan kelam kabut hati2 pd baby..Kalau isteri tak pakai peniti adik2 lain memakainya.Nanti jumpalah bwh kerusi,dlm bilik air dan dlm kereta..

    BalasPadam
  14. hurmmm...no komen...nnti komen ada ayat censored yg terkeluar...kuingkuingkuing...sendiri mau ingat yg berhijab tu....cam krismas....kelakar2....

    BalasPadam
  15. Alhamdulillah, makin ramai yang berhijab. Moga perkembangan baik ini datang dengan kefahaman atas tuntutan berhijab, jangan atas fesyen semata.

    Tak salah berfesyen, tapi Islam pun suka moderation, minimal.

    Rupanya abang ben orang ketereh. hehehe

    BalasPadam
  16. Tak gemor tgok pesen tudung skrg. Serabut ah. Sy pakai bawal simple tudung awning simple, shawl pun simple. Tutup yg wajib tu. Lilit-lilit kemain buh topi bunga apetah la apentah, tp tuuu dada xtutup. Adus! *tepuk dahi*

    BalasPadam
  17. hihi..bru nk blajar tutorial hijab yg trendy nih..tp bile bace abg ben munye pndpt, mmg btol pun...jd, trus sy lupakan hasrat tu tkut jd pokok krimas pule..hihi

    BalasPadam
  18. Ikut syariat Islam ke bergaya ghoper itu? Baju ketat mcm sarung nangka, sarung nangka pon longgo.

    Pokok krismas?? Setuju sangat2!!! dah rupa mayat, lilit2, mayat lagi cantik aku rasa. Tak pun ghoper orang yg baru kluo dari bilik ayor, selubong kain tola tutup kepala, haduhhhh kesian oghang muda jaman sekarang ni wei!!

    BalasPadam
  19. TAHNIAH..Entri yang baik dari seorang LELAKI bergelar SUAMI dan AYAH pada bakal anak perempuan (coming soon)..INSYALLAH...amiiiin..

    BalasPadam
  20. betul sangat tu...
    nak berfesyen biarlah kena pada gaya dan tempatnya
    kalau dah sarat barat macam pokok krismas dan sarung ketupat dah memang jadi hamba fesyen dah...

    BalasPadam
  21. Hihihihi.. pokok kat i city.. nak tergelak plak..

    BalasPadam
  22. abg ben tak kolot pun, personally, saya pun rasa cmtu. sometimes saya tgk yg berhijab sanggul tinggi menggunung dah mcm kepala alien, mana yg cantik pun tak tahu, rasa mcm keindahan berhijab tercemar pun ada :(

    BalasPadam
  23. entry yang sangat sangat bagus..memang bersetuju :)

    BalasPadam
  24. BETUL-BETUL (ala2 upin ngan ipin hahahahaha)

    BalasPadam
  25. husband kite soh kite pakai tudung bawal je ...huhu

    BalasPadam
  26. salam...senyum sumbing saya baca entri ni. mmg mangsa fesyen kebanyakan kami wanita ni. Tapi kan saya rasa wanita tak dengar komen lelaki psl ni kot?kat alam maya ni mmg lelaki pelik dgn fesyen tudung zaman moden ni.ala serban la, lip lap lip lap bagai. sederhana itu lebih cantik kot.

    BalasPadam
  27. Rupanya terbukti ramai lelaki yang rimas dengan fesyen tudung yang entah apa2. Boleh nak bergaya tapi jgn sampai jadi mangsa fesyen. Less is more. :)

    BalasPadam
  28. geng2 blogger wanita bro ben pun ramai yang pakai tudung pelik2 ni kan... mohon bro nasihat kat diorang sikit kakakakaka

    http://buasirotak.blogspot.com/

    BalasPadam
  29. Haha... celah mana kolot. Betul lah apa yg abang cakap tu. Saya yg suka gila dgn fesyen pun tak pernah sokong style tudung zaman sekarang ni. Macam balut tuala atas kepala je adalah! Sorry ye siapa yg terasa. *peace*

    BalasPadam
  30. Memang pelik la abg ben dunia skarang ni...Selalu kalau ada aktiviti berkaitan Islam memang sye akan join and to respect Islam people, sye akan pakai tudung juga, lebih2 lagi kalau ikut dengar kelas kat surau, masalah dengan tudung ni kan, sye rasa okey n cantik je dengan tudung biasa, tapi ada sesetengah yang sampai bersayap-sayap, berekor ekor..dan kadang2 yang paling pelik ialah tudung yang trasparent..kadang2 nak tegur tapi nanti dikata balik,"er, kamu nak sebok watpe." =.=" sye pula yang sedih tengok macam tu,..

    BalasPadam
  31. satu lagi isu...ada yg sanggup beli tudung berharga ratusan ringgit...so...mana silapnya...dah lari dari tujuan sebenar berhijab...

    BalasPadam