Bila aku tengok budak itu berlari ..

by - Selasa, Julai 10, 2012

 

Sampai kat Kuala Lipis tadi , aku terperasan satu sekolah ni sedang mengadakan sukan sekolah . Ramai budak dengan baju sukan berwarna sedang bergembira di tepi padang sekolah . Tersenyum je aku lihat .. Terimbas kembali aku saat saat di sekolah dulu ..

Seingat aku , mak bapak aku tak pernah hadir ke sekolah waktu sukan sekolah . Aku tak kasi . Aku tak nak mereka berjemur di bawah panas mentari . Lagi pon , aku tak amik apa acara masa tu kecuali bila dah darjah 6 . Tu pon gara gara cikgu paksa sbb aku wakil sekolah untuk sukan bolasepak. Jadi , mesti boleh lari pecut punya kan ?  Tapi tetap tak kasi diorang datang !

Sekarang ni , aku dah faham .. Ibu bapa yang hadir tu , bukan semata mata datang utk melihat anak mereka menang dalam acara yang disertai anak anak mereka sebaliknya macam tak percaya yang anak mereka sudah besar dan mampu berlari dengan pantas atau sudah ‘bermasyarakat’ .. Petah berbicara dan juga bijak.. Satu perubahan serta perkembangan yang mereka tak sedar berlalu begitu pantas .

Itulah yang aku rasa bila lihat Qhaliff skang ni .. 3 bulan yang berlalu berasakan begitu sekejap sangat .. Sehari demi sehari aku lalui bersama Qhaliff .. Dari ibunya mengandungkannya .. pelbagai karenah yang ditempuhi bersama .. Melahirkankanya .. Sakit .. Berpantang.. Ke hulu ke hilir aku dibuatnya .. Segalanya dah berlalu .. Sekarang , masa membesarkan Qhaliff ..

Alhamdulillah .. syukur pada Allah kerana panjangkan umur aku untuk melihat segala keindahahan ciptaanMu ..

Patutlah mak bapak aku gembira bila anak anak mereka balik ke rumah .. Walaupun penat , diorang tetap melayan . Sapa sangka , anak anak kecik mereka yang selalu mereka perambat dengan tali pinggang , dah berkeluarga dan punya waris masing masing ..

Huhu.. pantas benar masa berlalu ..

You May Also Like

6 comments

  1. bumi tu berputar macam roda kan. dulu kita kecil dan dipantau oleh kedua orang tua, tapi sekarang kita pula yang memantau anak sendiri. pergh. ayat macam orang da ada anak da ni

    BalasPadam
  2. Hari ini kita jadi anak,esok kita jadi bapak. Lusa kita jadi datuk. Tulat kita jadi arwah. Sekejap saja masa...

    Namun, setiap detik yg berlau harus kita hargai dan hayati.. :)

    BalasPadam
  3. Detik2 camtu yang akan jadikan kita lebih hargai mak bapak kita..

    BalasPadam
  4. Bro betol tu.. itu klu bro bayangkan pasal anak... tp kan kdg kita x terpikir masa dulu dan masa skrg... rasanya mcm cepat jek berlalu... kdg2 aku lupa umur aku.. eh.. berapa ye? maksudnya bkn x ingat langsung.. contoh la 34 ke.. 35?.. hahha tp bila tgk kawan2 dah kawin ada anak yg dah besar rasa mcm cepat jek.. rasa baru jek lepas belajar... dulu masa tunggu result SPM aku keje kejap cari duit saku... jadi "JAGA" dok tepi jalan jaga mesin.. sambil dok atas "divider" tgk keter lalu.. terdetik kat hati ni kdg2 "wah! besar2... lawa2... laju2...keter yg lalu kat highway ni... aku rasa sampai mati la kot x mampu beli keter... tp dunia dah berubah.. Alhamdullilah dah ada 2 bijik keter..(bkn nak nunjuk ok)".. pejam celik.. pejam celik dah sekian lama aku hidup... perghh...kdg rasa takut sebab amalan senipis kulit bawang blm tentu ada untuk bekalan hari esok...
    NOTA: hidup ni ibarat korang baca novel 500 muka surat..tau2 habis.. sedangkan korang x tau pon berapa jumlah mukasurat novel tu...

    Tahniah bro sbb di anugerahkan Qhaliff

    BalasPadam
  5. melalui pengalaman yang dilalui oleh mak bapa kita mendewasakan dan menginsafkan kita..=)

    BalasPadam
  6. semuanya berlaku dengan bgtu pantas..pengalaman menjadi anak, kini dewasa bergelar isteri / suami, dan melangkah lagi ke satu tapak iaitu menjadi para ibu / ayah kepada anak kita... :)

    BalasPadam