Car seat tak sesuai untuk bayi ?

by - Sabtu, Julai 14, 2012


IMAG2088 

Dulu , sewaktu aku tengok orang dok dukung baby , aku nampak kesian jer baby tu .. Samada guna tangan atau baby carrier .. Kalau guna stroller pon , pk tak panas ke dalam tu  haa ?? Macam macam fikir memandangkan takde pengalaman mengenainya masa tu  ..

Setelah punya Qhaliff , maka baru aku sedar hal hal gini .. Kalau tak selesa , masakan mereka buat kan ? Pasti mereka dah buat kajian dengan teliti .. Dan anak kita bukanlah yang pertama yang gunakannya ..
Sama gak kalau guna car seat … Sbb tu kena cari yang betul betul selesa .. Ok , bab harga tu , biasa la.. mana ada barang ok harga murah kan ? Kecualilah mmg betul betul punya lelong atau beli kat tempat yg tak kisah sangat bab untung rugi ni ..

Kedudukan  Qhaliff pada gambar pertama  nampak pon tak selesa je kan ? Gambar kedua pula cam ok kan ? Camana tu ? Kedudukan car seat ada 3 ubahan dan dia dalam kedudukan terakhir yang mana sesuai untuk newborn .. Dan kedudukan di dalam kereta pula terbalik .. mengadap ke belakang dan bukannya mengadap pemandu ..

Lagi pun keutamaan adalah keselamatan .. Cam contoh semalam , bila aku break kereta secara mendadak kerana dapati kereta depan memberhentikan keretanya secara tiba-tiba.. Bayangkan kalau wife dok pangku dia atau baringkan di tempat duduk belakang ? Wife sendiri pon kata nasib baik dia dalam car seat .. Kalau tak mmg dah boleh terlepas Qhaliff …
Berapa banyak bayi tercampak keluar  dari kereta bila berlakunya kemalangan ? Selesa atau keselamatan ?

You May Also Like

11 comments

  1. Car Seat ini dibuat untuk keselamatan.. Supaya baby boleh duduk dengan selamat dalam kereta..

    Tetapi memang tidak dinafikan ada kalanya ia kurang selamat..

    BalasPadam
  2. kesselamatan lebih penting.. kedua baru keselesaan.. nyawa tu.... sapa tak sayang anak kan... orang giler je yang tak sayang kan anak..
    itulah namanya car seat kan.. utk memberi keselamatan buat baby2 kita kat dalam kereta..

    BalasPadam
  3. masa anak kakliza lepas pantang sehingga 9 10 bukan kakliza letakkan dalam craddle [yg dia boleh tidur tu] didalam kereta..kalau kakliza drive letak didepan seat sebelah driver [ikat ngan seat belt..craddle tu ada bucklenya..ikat baby agak jgn gelungsur..] jika asben drive letak belakang..anak duk depan dalam car seat..
    Alhamdulillah semua anak akk disiplin baik,,dok diam..berbanding ngan cucu lain pulak citernya...

    BalasPadam
  4. Car seat tu mmg dah dilengkapkan dgn ciri2 keselamatan tapi aiman masa kecik dulu .. car seat, baby stroller .. sume dia tak mau. dia nak berpegang jugak. dari baby memang dah nampak karakter dia yang manja .. nak mama dia pegang jugak.

    BalasPadam
  5. betul2...lecturer saya merangkap supervisor saya, dia letak baby car seat terbalik..mula2 dulu tertanya jugak..nape letak terbalik, lama2 baru paham nape..hehehe...safety first k~

    BalasPadam
  6. yang pasti qhaliff lena tidur ;p

    BalasPadam
  7. Sebenarnya dari peringkat pembelian kerusi keselamatan anak, ibubapa telah buat silap dengan pemilihan kerusi keselamatan anak.

    Kebanyakkan membeli sekadar untuk mencukupi syarat. Kerusi keselamatan hendak dibeli mengikut berat badan dan ia perlu ditukar apabila berat badan anak kecil berubah. Apa yang berlaku ibubapa beranggapan kerusi keselamatan adalah fit for all sebenarnya kurang tepat.

    Saya pernah menulis mengenai tahun lepas ini adalah linknya: http://akubiomed.com/isu-semasa/pemakaian-tali-pinggang-keledar-kepada-kanak-kanak-selamatkah/

    BalasPadam
  8. car seat penting utk usaha keselamatan. both anak saya 5 & 7 tahun masih guna car seat ikut kesesuaian umur mereka.

    BalasPadam
  9. car seat penting utk usaha keselamatan. both anak saya 5 & 7 tahun masih guna car seat ikut kesesuaian umur mereka.

    BalasPadam
  10. yang Jaja tau baby umur bawah enam bulan belum boleh duduk.... tulang belakangnya masih lembut.... cuba abg ben tanya doktor/nurse masa check up nanti.... sesuai ke tidak untuk duduk dalam car seat ni masa travel jauh....

    BalasPadam