Faham perasaan ‘ibu’ akhirnya ..

by - Rabu, Julai 04, 2012

 

Dulu , sewaktu aku budak budak la kan .. selalu menjerit nak keluar bermain .. Kalau tak bagi , aku teriak bagai nak keluar anak tekak .. Dan aku dapat laa hadiah dari mak aku yakni hanger baju singgah di kaki .. Bila bapak aku balik , dapat lagi saguhati .. Menarik kan ? Dan satu perasaan ‘bengang’ ada dalam hati , waktu tu ..

Bila dah besar skit , dah pandai bukak pintu sendiri maka … makin mudahlah aku lesap dari rumah .. Bukan g mana pon tapi g bermain dengan rakan rakan sebaya yang tinggal berhampiran .. Mula-mula area rumah , lama lama jauh dan semakin jauh hinggalah masuk ke dalam hutan mahupun ke kawasan perlombongan .. Skang tempat tu dah dijadikan taman perumahan .. Dapat tau kat mak aku , mmg kena libas kaw kaw punyaaaa .. Cam biasa , saguhati lagi dari ayah aku.. Serik ? Serik la gak .. 4-5 jam je seriknya .. hehe

Bila dah ada anak ni , aku faham dua perkara .. Yang pertama , perasaan ibu duduk di rumah dan jaga anak sepenuh masa.. Tu belum lagi yang memasak , mengemas serta jaga anak 3-4 orang macam mak aku .. Lebih dari tu , lagi la kan ? Memang para suami patut respek isteri mereka yang berkorban demi menjaga waris mereka .. Jangan ingat dok umah goyang kaki je tau . Ingat senang je nak goyang kaki .. Huh ..

Yang kedua , menjaga anak anak yang dah pandai berjalan , bercakap dan rasa dah cukup besar ni ! Ni bukan mudah untuk seorang ibu nak kendalikan .. Resepi utama , pendidikan agama perlu kuat dalam diri anak anak untuk mereka senantiasa berfikir baik buruk sesuatu perbuatan .. Semua tu , kerana sayangkan anak  ..

Tak mudah weehh .. Tak mudah !! Jadi para suami jgn ingat , kerja kat opis tu konon cukup beri tekanan .. Duduk rumah lagi pon sama tau ! Tak nampak dunia lagiii ! Haaa.. Rutin sama jer setiap hari .. Dah tu , ‘waktu kerja’ tamat , bila semua dah tidur ! Tolong tolonglah isteri anda tu yer ..

Tabik spring kat semua ibu di dunia ni ..Semoga Allah berkati anda semua ..

You May Also Like

17 comments

  1. sejak jd mak & bini org ni rasanya.. rehat yg plg lama waktu tidur je la. Tu pun 5 6 kali gak bgn susukan anak.. sapa kata jd surirumah tu byk rehat.. tidak ok!

    BalasPadam
  2. bila semua dah tidur pun belum tentu waktu kerja tamat ben. masa tu lah overtime plak start - nak kemas umah, basuh lipat kain baju, siapkan benda benda utk esok etc etc yang tak sempat buat masa dok sibuk melayan anak anak & suami(or like me, siang kat opis). rasa cam keja ibu ibu ni tak pernah habis, 24/7 x infinity!

    BalasPadam
  3. Kalau la semua lelaki faham tugas isteri.......hmmmm.......

    BalasPadam
  4. Patutbile sya duk senang lenang kat rumah, wife marah... Ingtkan sy yg duk cari rezeki lg penat, rupenya wife lg penat... Ambik anak kat pengasuh, kemas rumah, masak, basuh baju, pinggan dan macam macam lagi... Dan aku just tahu nak main ngan anak je... Lepas ni taknak buat camtu la... Cian dialah

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah...**bace entri sambil linangan air mate**

    BalasPadam
  6. ada juga suami yang memahami dan membantu..hargailah pengorbanan mereka dan give and take dalam apa jua situasi..saling lengkap melengkapi.menerima kelemahan masing dab buat yang terbaik..aikk dah bersyarah pulak saya ni...ok apa? he2

    BalasPadam
  7. suka n3 ni..tanda menghargai ibu dan para surirumah yg mmng tak abes kerjanya..tapi kami semua redha demi kebahagiaan keluarga tersayang..

    BalasPadam
  8. hahahaha. tau takpe.. patutlah mak kita selalu bising dulu kan..hahaha

    BalasPadam
  9. bagusnya kalau semua suami berperasaan macam bro ni :)

    BalasPadam
  10. setuju sgt. ibu yg bkerja, kerjanya x berhenti sampai la dia tidur....kannnnnn........mcm saya.....tapi seronok....

    BalasPadam
  11. RINGKASNYA.. semua pekerjaan/kerja ada bebanannya tertentu.
    Saya rasa jadi suri rumah, susah juga. jadi ibu lagi susah... jadi ayah penat juga...
    hmmmmmmm

    BalasPadam
  12. yaa... aku faham itu walau aku belum jadi mak.. huu. rasa tak cukup umur lagi nak kawin.. ahahah.

    BalasPadam
  13. betul tu abg ben... bg nuri, kalau suami nuri tak tolong kerja2 kat rumah, mmg nuri tak kisah. sbb itu mmg tggjwb isteri dan suami pun dah penat seharian keluar bekerja. nak2 kalau isteri surirumah sepenuh masa. kalau isteri yg bekerja, rasanya suami pun kena bantu juga, sbb sama2 penat kan. tp isteri yg keluar bekerja pun kenalah niat yg betul, niat utk bantu suami, bukan sbb nak duit lebih tuk diri. lg satu, zaman sekarang ni, nuri tgk, mana2 wanita yg berkahwin dan tak bekerja, yg jd surirumah sepenuh masa akan dipandang rendah. kononnya mcm goyang kaki je kat umah, tggu suami pulang bawak duit untuk mereka. kenapa ye??? kadang2 nuri naik segan bila org2 tanya, kerja apa, then bila nuri jawab surirumah, mereka akan buat muka, mcm kerja surirumah ni hina sgt.

    BalasPadam
  14. tq kerana memahami..besarkan anak sekarang memang tak mudah lagi2 bagi yang bekerjaya..Dan yang jadi surirumah pun mencabar jugak. Jujurnya saya rasa yang kerja di rumah sepanjang hari lebih penat dari yang bekerja di ofis..

    BalasPadam
  15. bila bgi psanan, mak sy akan ckap.. "kalau ckp baik2 xmo dgr"... psal tu lh, bila mak bgi psnan je, trus ikut nsihat.. sbb xnak cara pnyampaian pesanan tu berubah..

    BalasPadam
  16. Alhamdulillah, Abg Ben menyedarkan para2 suami diluar sana betapa berharganya para2 isteri & Ibu... bukan mudah sebenarnya utk menjaga anak2, makan minum suami dan anak tapi kami tak pernah mengeluh. :) malah itu adalah kewajipan para isteri.. :)

    BalasPadam