HOORE HOORE best eh ?

by - Ahad, Julai 08, 2012

 

 

Sinopsis ni aku amik dari Youtube yang mana ada bagi video Hoore Hoore penuh punya  .. hehe .. Tqqqq …

Filem ini mengisahkan seorang wanita Nurul Aiman(Farah Nazirah) yg mempunyai tubuh yang agak gempal dan tidak terlalu cantik, lurus bendul tapi berhati baik. Namun begitu, ciri-ciri kewanitaan tetap ada seperti gadis-gadis yang lain. Aiman mempunyai 2 orang sahabat baik Lana dan Azadan, mereka adalah rakan sekampung dan satu sekolah. Hubungan mereka erat dan mesra. Ibunya bernama Lia(Adibah Noor), dan ayahnya bernama Hairil (Harun Salim Bachik) .Nenek Aiman bernama Nenda Zaimah(Fauziah Nawawi) dan tinggal bersama mereka. Di sekolah Aiman mempunyai seorang kawan bernama Johari (Akim AF7), seorang yang tampan dan segak. Dalam diam Johari menyukai Aiman. Dalam pada itu, Lana dan seorang rakan sekolah yang lawa dan popular bernama Rita juga sangat meminati Johari. Rita seorang gadis yang ego dan sentiasa cari pasal dengan Aiman. Ayah Johari pula ialah seorang Ustaz iaitu Cikgu Murshid. Pada masa yang sama, Aiman tergerak untuk menyertai pertandingan Ratu Impian yang di anjurkan oleh sebuah majalah. Rita juga menyertai pertandingan itu. Mengetahui yang Aiman juga menyertai pertandingan itu, Pelbagai rintangan yang dihadapi oleh Aiman bukan saja dari musuh ketatnya Rita tetapi masyarakat memandang serong akan niatnya itu. “

 

Selepas aku terdengar sok sek sok sek mengatakan movie Hoore Hoore ni best sangat , aku tergerak hati nak tengok apatah lagi para pelakonnya ramai yang baru ..

Movie ni lama dah aku dengar orang kata bagus sayangnya promosinya tersangatlah lembab sekali .. Kenapa ? Aku pon tak tau .. Tapi begitulah di Malaysia ni .. Filem yang bagus , promosi kureng.. Yang tak bagus , serupa kasi promote macam bagus giler . Tapi bila tengok ? Hampeeh ..

Maka semalam aku pon layanlaaahh .. Baru 30 minit aku layan , aku berenti !  Kenapa ?? Hehehe .. Aku on laptop aku , aku g cari blog atau web yang ada video ni untuk aku download ! Jadi , faham faham je la eh .. Hehehe ..

Menghiburkan dan dalam pada masa sama punya sindiran sinis .. Baekk punyaa .. hahaha .. Tahniah buat penerbit dan pengarah serta para pelakon tetapi takziah kerana gagal capai  sasaran . Tapi tak mengapa , ianya menarik dan sesuai ditonton sepanjang zaman .. Tak de la macam filem filem tu haaa ..

Ada banyak lagi movie melayu yang free kat youtube tu haa tapi malas nak tengok .. Sbb banyak sangat yang nak tunjuk Malaysia ni ganas  .. Ganas sangatkah ? Yelah kot .. tapi pelik camana malaysia boleh dikatakan negara yang terselamat untuk diduduki sedangkan dalam movie kebelakangan ni , banyak benar keganasan .. Hehe ..

Tak tau .. tak tauu ..

You May Also Like

35 comments

  1. best la !
    dh tgk kt YouTube hari tu..
    wakaka, tgk kt youtube je.

    BalasPadam
  2. cita ni memang best sebab muzikal..tambah2 lagu2 arwah Sudirman pulak..

    BalasPadam
  3. Ym tak tgk lagi.Tapi, ramai gak kawan2 yg komen filem nih best.Mybe sbb diorang tak caya pada lakonan org2 baru, that's y filem ni tak capai target.Tapi oklah.Nak compare ngan filem baru ni, penuh ngan retis terkenal, tapi hampeh...serius!huhu

    BalasPadam
  4. HOhohohoXD
    Yesza...
    Hore-hore memang best^^

    Apapun, betul lah..
    Keganasan Malaysia masih tahap rendah lagi kot..
    *tak tahu lah macam mana lagi baru nak ganas tahap tak selamat.. ish3.. geleng kepala

    BalasPadam
  5. kat youtube pun bersepah movie melayu

    tak yah astro first sgt la.

    BalasPadam
  6. Cerita nie best , hepi je bila tengok . ohsemmm :)

    BalasPadam
  7. assalam, ade komen2 yg dpt dibacadlm media tempatan yg mengatakan filem ini sebaliknya....tapi bila Ben ckp mcm ni, kena tengok le pulak...

    BalasPadam
  8. cter ni best jugak laa..x mcm cter2 yang lain..tah pape je...huhu

    BalasPadam
  9. Dalam banyak2 movie melayu, hoore2 je yang bestt. :D Suka sangat tengok..

    BalasPadam
  10. yup . sangat best . best malay film ever . *for me lah . menangis kot tengok . banyak sangat pengajaran . tersurat dan tersirat . skrip pun bagus .

    BalasPadam
  11. betul tuh abg ben! citer nih mmg best..tapi tuh la promosi kurang..maybe sbb pelakon baru2..tapi filem ini memang best~

    BalasPadam
  12. not bad la cite ni. Pengarah pun cine yang wat movie ni. 1 Malaysia kan. Lagu2 pulak lagu Allahyarham Sudirman. Pelakon pun ok la.

    BalasPadam
  13. semalam baru tengok.. memang best giler..!!! paling best ialah arrangement lagu2 sudirman mmg sgt2 bagus.. SALUTE pada AUDI MOK...!!!

    BalasPadam
  14. Cerita nie memang best !! Ramai dah kata best lepastu try tengok mmg betul2 best !!

    BalasPadam
  15. TAHU TAK PE...filem yg bagus promosi kurang tp filrm yg merepek di promote berhabis habisan...

    http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/07/lulus-dan-8-jam.html

    BalasPadam
  16. dah tgk2 !!!! best...1st time tgk cite tribute and sgt2 awesome...blh improve lgik..tp overall mmg mantap..cayalah !! martabatkan filem melayu..

    BalasPadam
  17. best yang teramat sangat! sbb lagu2 sudirman..lagu2 skang ni xde feel, tp bile dgr lagu allahyarham sudirman (wlaupun org lain nyanyikan) feel btol! kagum, penulis skripnya orang cina..tahniah! filem yang masyuk!

    BalasPadam
  18. hak ar kan, kalo buat filem yg byk motivasi mcm ni kn best utk ank remaja. .asyik nk gengster je, x pn rempit. .adeh !! bosannnn

    BalasPadam
  19. 1000 kali setuju untuk komen2 tentang kebanyakan filem2 kat malaysia ni..

    nak tgk jugaklah hoore2 ni

    BalasPadam
  20. Best , dah download masuk dlm lappy . hehe

    BalasPadam
  21. tahu takpe ! best gila kan :) dapat feeling muda ~ tak sangka la sore iman tu boleh thn sedapp .

    BalasPadam
  22. cerita ni best tau. tengok kat pawagam lagi... lagu2 pun sedap, ada yang diubah balik. aiman lagi sedap. dia pun pandai berlakon. cerita yang ada mesej pengajaran.

    BalasPadam
  23. cerita ne mmg best,,
    byk pengajaran yg kita ambil dari cerita ne..
    ada part yang lucu,ada juga part yg mmbuatkan kita minitiskan air mata :)

    BalasPadam
  24. tulah, saya pun baru nak nengok sebab ada orang komen best!!

    BalasPadam
  25. tersangat best...tgk bbrapa kali pon, still x puas lg.. sape yg x tgk, mmg rugi la...

    BalasPadam
  26. hari tu nk tgk. tetiba jew. ada 10 org dlm panggung. tak jadi.

    BalasPadam
  27. baru semalam kitorang tengok dekat Youtube.. memang sangat2 best..memang banyak pengajaran ada dalam filem ni.. :)

    BalasPadam
  28. Citer ni memang best, banyak input disebalik lagu2.

    BalasPadam
  29. Kita nk tgk citer ni pon bukannya sebab apa . Sebab nak dengar lagu2 sudirman yg diorang nyanyikan :)

    BalasPadam
  30. mmg the best malaysian musikal movie.. sape x tgok mmg rugi.. huhu..

    http://atia-gadismelayu.blogspot.com/2012/06/menyingkap-kenangan-sekolah-hoore-hoore.html

    BalasPadam
  31. Anak² memang suka tengok cerita ni... Jangan sibuk nak alih tv tu... Haip....

    BalasPadam
  32. Saya pon baru tengok hari tu! Mmg best! Tunggu time bole download je...tengok kat wayang dah mmg tak bole...huhu.

    BalasPadam