Hotel Felda Residence , Kuala Terengganu ..

by - Isnin, Julai 16, 2012

 

Minggu lepas , aku sekeluarga menginap di Hotel Felda Residence ni selama 3 hari 2 malam .. Lama dah aku tak lepak kat hotel berbanding sewaktu kerja dengan Kementerian Pelancongan .

Dari luar , aku tengok hotel ni nampak cam hotel 3 bintang di Kuala Lumpur .. Rekabentuk dia bagi aku la kan .. yang takde ilmu bab rekabentuk ni , tak menarik perhatian aku untuk amik gambar hotel ni .. hehee ..

Tapi view persekitaran , mmg best la terutama belah malam .. Yang tu tak dapat dinafikan ..

Bilik ? Bilik , bagi aku sangat selesa . Kira kalau nak bawak keluarga tu , atau nak g bercuti dan tidur semalaman di hotel ni , ok dah ..

Cuma makanan yang disajikan di hotel ni , tak banyak pilihan .. Tu je kelemahan hotel ni . Kakitangan hotel , bagi aku .. ok ! Ada senyuman terukir di bibir mereka .. Kira talak sombong punya olang laa ..

Kesimpulannya , kalau nak bercuti dan berjalan jalan di sekitar Kuala Terengganu sekali lagi , hotel ni mmg boleh jadi pilihan aku . Harga , boleh tahan la gak .. Tak boleh nak bagitau berapa sbb harga bilik hotel ni berubah rubah .. hehe  ..

 

IKLAN

RAMAI wanita bimbang dengan proses penuaan yang berlaku pada wajah. Namun penuaan adalah proses semula jadi yang tidak dapat dielakkan.

Selanjutnya di SINI

You May Also Like

2 comments

  1. betul juga tak der la menarik sangat reka bentuk dia.. (^_^)
    tapi oklah kan dari takder.. (^_^)

    BalasPadam
  2. kami ada kenangan buruk dengan hotel tu.so company pangkah dah tak nak buat kat situ lagi

    BalasPadam