Jangan pandang remeh sebarang tanda pada bayi kita .

by - Selasa, Julai 17, 2012

 

Seorang ibu mendedahkan bagaimana 20 doktor menafikan anaknya menghidap barah dengan hanya menyifatkannya sebagai tanda lahir sehingga ia membesar seperti sebiji anggur.

 

 

Yvonne, jururawat di Sturminster Marshall, Dorset berkata, doktor sebelum ini memberitahunya, tanda ungu itu yang asalnya bersaiz bola golf, hanyalah tanda lahir ‘strawberi.’ Apabila ia semakin membesar dan berdarah, Yvonne berulang kali membawa Isabel ke hospital tetapi doktor hanya memberi ubat untuk mengecutkan tanda lahir itu.

Selepas beberapa kali ulang- alik, Isabel akhirnya dirujuk ke Hospital Great Ormond Street di London dan ujian mendapati dia menghidap ketumbuhan sarkoma, sesuatu yang jarang berlaku.

 

Tetapi si kecil itu terpaksa menjalani kemoterapi kerana tanda itu yang akhirnya disahkan ketumbuhan dan membesar dalam masa sebulan hingga menutup telinga kirinya.

Isabel yang sekarang berusia empat bulan, menjalani pemulihan setelah kehilangan telinga kiri berkenaan selepas doktor menjalankan pembedahan membuang ketumbuhan itu.

Yvonne yang merancang untuk mengambil tindakan undang-undang berkata, Isabel kini hanya mempunyai telinga sebelah kanan dan parut yang besar pada mukanya.

Doktor juga memberi amaran, kanak-kanak itu juga mungkin tidak boleh bercakap dan berdepan dengan masalah bahasa pada masa depan . “

Artikal penuh di HMETRO.

 

Hurmm .. Aku malas nak tuding jari kat mana mana pihak .. Bukan tak pernah berlaku kes kes ‘tengok sebelah mata’ ni  .. Pernah .. Bila pergi jumpa doktor , dia kata demam biasa .. Seminggu kemudian , ICU .. dan seterusnya , meninggal dunia .. Punca ? Denggi .. Hurmm ..  Tu berlaku pada arwah sepupu aku ..

Patutnya doktor yang sekadar jadi doktor ni perlu lebih bekerja dengan lebih tekun bila memeriksa pesakit terutamanya yang di klinik swasta ni .. Servis takat pegang dahi , cek denyutan jantung .. Tu jer.. pastu suh amik ubat kat luar ! Bukan semua kan ? Tapi yang segelintir tu yang merosakkan profesion doktor ni .. Lagi pon , doktor pon manusia biasa jer ..

Kita , sebagai orang yg tak de ilmu perubatan ni kena senantiasa alert terutamanya pada bayi kita .. Kadang-kadang nampak je ok .. Atau demam biasa .. Sebaiknya , rujuk pada yang lebih pakar .. jangan memandai .. Huh..

Nasihat untuk aku gak ni .. hehe ..

You May Also Like

10 comments

  1. Baru berlaku semalam kat anak aku yg baru umur 16 bulan... anak aku terkena air panas then aku bawak g klinik... nampak mmg x serius tp doktor tu balut jari ank aku... 2 hari baru suruh dtg klinik utk bukak... tapi ptg smlm jugak gua bukak lilitan tu... dibiarkan nnti jd hal lain plak... tkut darah x mengalir sbb lilitan tu agak ketat... pastu lgsung xda ubat krim atau apa utk bwk blk... cuma bg ubat tahan sakit dan antibiotik... cas Rm50... perghhh... dah la ubat krim x bagi pun...

    BalasPadam
  2. kes macam ni da banyak berlaku.. tapi susah jugak kalau nak salahkan doktor..sbb kalau doktor biasa dan tak buat ujian lanjut biasanya tak tau apa sebenarnya benda tu.. sbb yg jadi doktor ambil ringan adalah sbb ada sesetengah patient ni mmg ada masalah anxiety disorder..sakit sikit pun takut mcm sakit membawa ke mati..so case by case jugak..

    anak sedara saya ada jugak tanda lahir strawberry ni..tapi bila diorang makin besar mmg makin hilang..so doktor tu pun tak tengok dengan betul2 kot..

    BalasPadam
  3. mcm anak saya..tiada tanda apa2..cuma dr dia.berjalan jatuh..tiba2 dia nak baring je..dan kepala dia goyang2..terus bawak cek pakar..dan terus detect ada ketimbuhan otak dan terus detect nazak..dan segalanya terus terusan..hingga sekarang masih di.kemoterapi..sebb dah ke tulang belakang..yg ini dugaan Allah..

    BalasPadam
  4. betul tu,kita kena alert bnda cam ni,kalau rasa cam tak puashati ngan jawapan doktor,berusahalah untuk dapatkan rawatan kat tempat lain plak.. sy pun pernah kena jugak..doktor cakap tak ada apa2 retak biasa jer siap ketawa2 lg..aduhai.. tak puashati pergi jumpa doktor hospital lain plak..

    BalasPadam
  5. seramkan dengar hal2 mcm ni.. masa ank saya batuk dan berkahak umur 3 minggu, saya bawa gi klinik private, 3 kali bawa, check dgn cara sama.dktr kata xde ape2...asyik ckeck suhu dmm...xpuas hati, saya bawa gi klinik kerajaan, dia ambik darah sbb baby kerap demam..resultnye ada kuman sikit dlm darah..wlwpun kuman tu sikit jer..3kali jg gi klinik tu,yg last dktr bg antibiotik yg paling kuat, tp dia ttp suruh refer kat hospital klang.. so ambik darah dan air kencing jg kat sana...dktr kata dah ok..kuman pon dah xde... moralnya, nasib baik saya bawa ke klinik kerajaan..diorang lebih peka..tp xsemua peka pon..kan??

    BalasPadam
  6. kes denggi tu...
    jadi kat anak sepupu saya...
    2 orang meninggal pasal denggi...
    kecik lagi...
    tu hospital swasta tu...
    lambat detect...

    BalasPadam
  7. dah banyak berlaku kes2 macamni.. apa gunanya ada doktor , ada hospital, ada klinik kalau doktor sendiri tak leh peka masalah anak2 kita.. kat mana kita nak rujuk lagi.. sangat2 terkilan dengan hospital kerajaan yang mana nak ambil kesempatan di atas kesempitan dan kesusahan orang lain.. dorang minta duit poket dari kami masa kami rujuk anak kami pada mereka...

    BalasPadam
  8. eemm.. tak semua doctor buat kerja sambil lewa tapi sekali terkena sampai bila2 ingat kat doktor tu.. kalau boleh time dapatkan rawatan takmo jumpa doktor tu..

    BalasPadam
  9. macam takut pulak..anak saya skang telinga dia macam berair and berbau busuk. dah bawak pegi klinik swasta and kerajaan but semua doktor cakap takde ape2. doktor goverment tu lagi la..check pun lebih kurang. then bagi ubat selsema and antibiotik. tapi telinga dia still macam tu.kena jumpa specialist ENT pulak baru puas hati.

    BalasPadam