Jangan ‘sedap tekak’ bila mengomen di blog !

by - Isnin, Julai 09, 2012

 

Seperkara yang aku belajar dalam dunia blog ni ialah BERHATI HATI .. Mula berblog dulu bila aku kena tegur , aku jadi cam ‘hangin’ dan terasa lalu mulalah membalasnya dengan sindiran ..  Sungguh tidak profesional kan ? Memang pon.. Amatur lagi aku masa tu .. Skang pon amatur tapi terbuka la sedikit berbanding dulu ..

Namun segala teguran itu adalah untuk membina ‘kerjaya’ aku sekarang ni .. Aku semakin faham kenapa aku ditegur . Segalanya adalah utk kebaikan aku sendiri. Cuma teguran yang bersifat positif je aku layan . Yang dok mencaci maki tak tentu hala tu , aku tak amik pot.. Cukup biar dia je dpt dosa . Aku tak larat nak kumpul dosa dah ..

Ada blog yang tak amik kisah mengenai komen komen ni . Lantak korang laaa nak bergaduh dlm tu .. nak caci maki ke .. nak tunggang langgang ke .. Janji trafik masuk dan dia masyuk ! Teringat kata kata otai dunia blog ni , dia tapis segala komen adalah untuk kesenangan dua dua pihak di dunia dan akhirat. Tak nak berdosa..

Itu yang aku lakukan .. Bukan apa kadang kadang kita tak tau , entri entri kita ni orang lain baca .. Budak sekolah , orang tua malah ada yang berkait dengan subjek yang kita tulis tu , pon baca ! Contoh , dlm entri aku terbaru mengenai bayi tersedak susu .. Hurm.. sian bila aku imbas kembali .. Oh , sambung .. Si ayah datang ke blog dan komen mengenai entri aku . Nasib baik la aku tulis yang elok elok serta rakan pembaca komen yang ok .. Kalau tak ? Bukankah akan menguris hatinya yg sedang sedih tu .. Hurmmm ..  ( rujuk entri  Bayi seusia Qhaliff meninggal tersedak susu )

Jangan lupa yer .. Selagi penulisan kita di dlm dunia maya ni kekal , selagi itu saham ada .. Ini termasuk juga komen komen ..

Wallahualam ..

You May Also Like

11 comments

  1. Assalam, betul juga apa yang Abang Ben cakap tu... bila kita kena tegur biarlah kita berfikiran positif dan jangan sepat naik hangin... tanpa komen2 semua tu kita takkan kemana... Bersyukurlah kita kerana mempunyai readers2 yang sanggup menegur kesalahan kita... ceh, berfalsafah pula aku ... Peace Abg Ben... >.<

    BalasPadam
  2. kena berhati2 dalam berkata2. taknak sakitkan hati orang dan tak nak buat dosa.. lebih baik komen yang mmbina dan berkongsi pendapat daripada berdebat dan maki hamun..

    BalasPadam
  3. skrg nie bkn lidah jerk boleh jadi senjata. jari yg menaip pun boleh terjadinya perang. mntk d jauhi ^^

    BalasPadam
  4. ku pun tersentap jugak baca komen dia...tu lar kena hati2 dlm semua perkara..kerana mulut badan binasa

    BalasPadam
  5. hmmm kadang2 kita buat entri tak ada niat pun nk sakitkan hati mana2 pihak. sekadar nk luah perasaan. tup2 terkena pd mrk2.. susah juga kan.
    but sometimes really dont mean it..

    BalasPadam
  6. amik positif je kalo x tu yg leh jadi caci maki

    BalasPadam
  7. Betul betul..jadi yang pentingnya jika ada pendapat, biarlah pendapat tu bernas (constructive criticism). Kawan blogger i pun ada terima kritikan pasal mukanya yang hodoh. mmg peluh je bila i baca comment cam tu.

    BalasPadam
  8. pasal penulis, pembaca, pengomem smua tu manusia, sebut kata manusia msti ad prasaan n kpala hangin masing2.

    jd masing2 kena jga lah kpala hangin tu spya kite x skitkn mnusia2 lain. belajar utk berpositif.

    BalasPadam
  9. Ya Allah!! tak terniat pun utk menyindir keluarga En Rizal sekeluarga..Al-Fatihah buat anaknya..Minta maaf byk

    Sebenarnya akak marahkan pengasuh taska yg menyebabkan anak beliau jadi begitu.

    Bayangkan penderitaan yg anak kecil alami sebelum ajal mrk tiba dan bagaimana pula anak menjadi cacat disebabkan kecuaian pengasuh taska @ dirumah..

    Mana ada pengasuh yg dihadapkan ke mahkamah sebab tiada bukti2 kukuh.Dgn adanya org yg berpengaruh shj blh memperbaharui akta asuhan kanak2 ke parlimen spy diperketatkan..En Rizal berhak menuntut keadilan anaknya spy beri pengajaran kpd pihak taska dan pengasuh ni..

    Ada dikalangan pengasuh ini mengunakan buaian letrik utk memudahkan mrk.Sambil itu diberi susu.Henjutannya sampai no5,bayangkan kita berada di roller coster sambil minum air..Ini akak nampak sendiri ye!!..bagaimana otak budak berumur 5 bln ke bwh??

    Blh juga melayari FB kump supermum dan super dad's Angel..Ada dikalangan anak2 ini cacat disebabkan kecuaian pengasuh dan hospital..Saman menyaman berlaku tapi ambil masa berthn2 akhirnya terlepas begitu shj..Byk sebenar kejadian di Malaysia ni, yg dipaparka terlalu sedikit..

    Mungkin akak terlebih emosi hari tu melihat keadaan anak En Rizal dan keluarga berhadapan situasi begini..Dgn harapan dpt di bawa ke pihak atasan tak de niat lain pun ..Mohon maaf sgt2..

    Kalau Ben tak siarkan pun tak apa.Mungkin isu jadi besar tapi itulah hakikatnya tulus dr hati akak..

    BalasPadam
  10. huhu..dulu kalau kena tegur pun sy mcm tu..rasanya semua mcm tu kot kalau mula2...huhuhuhu....tapi bila dah makin meningkat usia, orang kata dah matang skit..boleh la terima pandangan orang len..xpandai mengamuk..huhuhu..

    BalasPadam