Kesian dengan pembikin filem skang ni ..

by - Rabu, Julai 18, 2012

 

Serius .. Lama dah aku tak g tonton wayang melayu ni .. Kalau nak layan cerita melayu , aku tunggu je cerekarama kat TV3 yang kadang kadang standardnya lebih baik dari filem melayu skang ni !

Aku rasa , sejak aku bergelar dewasa ni , entah berapa kerat filem melayu yang aku tonton .. Selebihnya , aku tengok balik filem filem P.RAMLEE atau tengok tv waktu raya .. Skang ni , dah boleh tonton kat ASTRO atau YOUTUBE ..

Sebenarnya , ada je filem filem bagus yg dibikin , sayangnya tak dipromosi betul betul atau kurang promosi .. Contoh cam filem  HOORE HOORE , yangaku tonton kat youtube baru ni .. Aku tau pon filem ni melalui komen komen di FACEBOOK .. Pernah nampak posternya , tapi aku ingat tu cam teater jer .. Haa.. Salah aku kah ?

Skang ni , cerita berunsurkan gengster lak .. Dan menariknya , bukan pelakon yg memang muka gengster berlakon tetapi dan bijak tarik ikon ikon internet ni berlakon sama .. Secara tak langsung , promosi lebih kuat kat situ .. Hahahah .. Bijak kan ? Maaf laa .. Nafsu aku hilang untuk tonton filem filem begini ..

Tak lama lagi filem TANDA PUTERA akan ditayangkan  di pawagam .. Sepatutnya hari ni ada previewnya dan aku dijemput hadir .. Sayangnya , aku ada hal .. Tapi insyaAllah , aku akan g tonton nanti ..

image

Kalau cerita gaduh gaduh cam gengster tu , baik tayang je kat tv jam 3 pagi .. Toksah laa dok rosakkan minda masyarakat lagi ..  Bawak bawak la jadi pembikin filem yg lebih bertanggungjawab. Jangan dok pikir duit jer .. Haihh ..

Ingat yer .. nak g tonton wayang , bukan RM10 skang ni .. Duit minyak atau duit pengangkutan , duit popcorn + air coke , duit parking , duit belanja awek atau belanja kawan kawan .. Berapa dah ? Kalau tak berbaloi ?? Produser nak bayar balik ke ?

Saya sokong filem tempatan , yang benar benar layak dibuat filem ..

You May Also Like

16 comments

  1. kadang kadang dah muak dengan filem melayu sekarang .. hampeh kalau tengok kat wayang .. baik tengok cerite omputeh walau pun kadang kadang mengarut ..

    BalasPadam
  2. btl tu... agaknya penerbit filem kat malaysia ni nak duit je buat filem... niat disebaliknya umpama nak mnyedarkan masyarakat tak de... kosong!!!!

    BalasPadam
  3. sokong pernyataan di atas. hehe..

    BalasPadam
  4. btl la kn, kdg2 nk g tgk pn kne pkir byk2 kali, tp itu la feberet bdk skrg. dpt mkn pop corn. haha

    BalasPadam
  5. abg ben dah tengok drama kat astro... Dimana Hilangnya Juwita..? memula tengok barisan pelakon bukan main hebat.. lisa surihani.. ada umi aida.. ada erra fazira... tapi bila tengok episode pertama macam tu... rasa kecewa sangat..

    BalasPadam
  6. rasanya macam dah tak hebar dah filem2 melayu sekarng..macam satu filem gangster baru2 ni, kata gangster dan samseng tapi tak suka ar ada adegan yang tak sesuai ditonton oleh remaja2 kan.. perempaun peluk2 dengan lelaki.. alahai macam dah kat negara omputih dah.. dah tak der unsur2 keagamaan la..

    BalasPadam
  7. setuju!!!! filem skang x bnyk yg berkuatliti seperti filem2 terbitan allahyarham yasmin ahmad. mcm songlap, bunohan pun menarik jugak. bnyk pengajaran kt situ yg bole kita contohi. :D

    BalasPadam
  8. depa kata filem gangster lebih gempak dan penuh saspen. Lagi pula, masyarakat dah pandai menilai mana baik mana buruk...depa kata.

    skrg ni, nampak sangat pengarah filem, pnulis skrip, penerbit dah bercelaru fikiran nak banding mana baik mana buruk...filem gangster yang tak sah kalau takde adegan lucah dikatakan filem pecah panggung. aduuh.spe la yang pegi tgk smpi pecah panggung tu..

    BalasPadam
  9. sgt setuju dgn en. Ben...sy tgk filem skng mmg bnyk ke arah keruntuhan moral je...tak phm cemana FINAS bole luluskan filem2 camni...

    BalasPadam
  10. Salam, maaf la mencelah jer ni ... aku nampakkan Abang Ben kite ni cuma luluskan komen yang sokong dia jer ... yang bantai dia bukan dia keluarkan pun.... nampak macam poyo jer abang ben kite ni ... perasan bagus

    BalasPadam
  11. @irjat sure ke ? fitnah ni . kalau yang mencaci maki , benar saya tak luluskan. Maklumlah , saya tak nak jawab di akhirat kelak .. tapi kalau kritik semula , ok jer ..

    Hehe .. baru singgah blog ni ke ?

    BalasPadam
  12. tak suka la filem skrg ni...
    cikit2 babak gaduh, cikit2 babak ranjang/ rogol..
    kononnya jd pengajaran,
    tp sy tgk, jadi 'contoh' ada la...
    ish...

    BalasPadam
  13. Bro Ben ...jenis gentleman punya org....apa apa pun, sendiri punya ingat ler nak kena menjawab di hari pengadilan kelak boh.. So far...alhandulillah semua komen diterbitkan tanpa disensor....

    BalasPadam
  14. filem malaysia...kuantiti lebih dari kualiti. ingat dulu filem sembilu...bukan kerana kualiti tapi lebih kepada popular dan kontroversi.. apa pun mereka keluarkan banyak filem yang remaja, muda mudi nak tgk. Berapa kerat la yang melihat sesuatu filem yang berkualiti.Suka tgk citer BUNUHON...ada banyak yang tersirat dari tersurat

    BalasPadam
  15. tak yah nak object apa yg abg ben kata ni..ni mmg kenyataan. pembikin filem msia rmi yg dah hilang identiti. byk paparan buruk berbanding pengajaran..
    sikit sgt filem bkualiti..

    BalasPadam