Lebuhraya Rakyat di Kelantan

by - Selasa, Julai 10, 2012

 

Waaa .. Sewaktu dalam perjalanan ke Kelantan tadi , ternampak papan tanda ni haa … Lebuhraya Rakyat ! Lebuhraya yang sedang dibina tanpa tol berkonsepkan wakaf di mana kos pembinaan serta penyelenggaraannya dibiayai sebahagian daripada dana hasil sumbangan derma dan wakaf oleh rakyat dan syarikat swasta, termasuk syarikat berkaitan kerajaan  …

Wife bagitau aku . Nak join derma sekali . Aku ok kan ajer .. Benda baik, apa salahnya kan ? Lagi pon aku sendiri akan guna .. Untuk kegunaan gak kan ? Orang kata , saham akhirat .. Kita nak bina sebuah masjid , tak mampu la kan .. heeheh ..

TG Nik Aziz menandatangani plak perasmian pembinaan Lebuh raya rakyat Kota Bharu - Kuala Krai ( HarakahDaily )

Semoga ianya dapat memberi manfaat pada penggunanya nanti .. InsyaAllah ..

Maaf , ni bukan artikal politik … Aku kan ulang alik Kelantan . Lagi cepat lagi bagus kan ?

You May Also Like

13 comments

  1. ni la masanya jd sebahagian penderma Insha-Allah akan mendapat pahala berterusan selagi ia dpt digunakan dan memudahkan kehidupan manusia

    BalasPadam
  2. pasni mudah le nak melancong ke kelantan.. senang dan mudah bila dah ada lebuhraya..

    BalasPadam
  3. Semua lebuhraya hak rakyat abg ben...kite je xperasan..Allah panjanglah umur Tok Guru

    BalasPadam
  4. abg ben buatlah tabung utk wakafkan sumbangan ni utk projek ni. blh sama-sama kita menyumbang dlm projek bermanfaat ni. :)

    sama-sama warga pemblog kita beri sumbangan utk projek ni.

    BalasPadam
  5. Bagus kalau kite rmai2 menderma sebab pesan my dad; kite akan sentiasa dapat pahala kalau kite derma kearah sesuatu yg berguna kepada org lain. Kalau siap highway ni, lg senang kitaorg kelik kelantam :)

    reeneeraaid.blogspot.com

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah. lepas ni senang sikit nak ke Kelantan..

    BalasPadam
  7. sepatutnya, seluruh rakyat berhak mendapat kemudahan spt tu.. tak kisahlah siapa pun pemimpinnya, tak kisahlah siapa juga pengundinya, kita rakyat malaysia berhak kan..
    (errk, dah lama sgt tak ke kelantan ni)

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah.. Menyumbang utk lebuhraya dunia dpt sekali saham akhirat..

    BalasPadam
  9. ehem...bukan tentang politik erk...dah banyak dah rasanya yang sipi2 mcm ni...hehehe...

    BalasPadam
  10. untuk kemudahan masa depan juga kan.. tak salah rasanya utk menderma ke arah yang baik.. (^_^)
    bukan bermaksud nak turut serta dalam politik kan..

    BalasPadam